Thursday, August 27, 2020

Jom ke 828 realme Fans Festival !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali nie aku nak kongsikan satu event menarik anjuran realme yang akan berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 28 Ogos ini di realme Design Studio yang terletak di Jalan Sungai Penchala, Damansara. Ikuti butirannya !


Untuk pengetahuan korang semua, realme Design Studio ini baru sahaja dilancarkan dan dibuka pada umum. Wujudnya design studio ini mengukuhkan lagi jenama Realme sebagai pelopor peranti yang mementingkan rekabentuk dan teknologi. Hasil kerjasama bersama Nauto Fukosawa dan Jose Levy ini, realme telah meletakkan jenama mereka setaraf dengan peranti terkenal yang lain dan menjadikan Realme sebagai sebuah jenama peranti yang moden. Lebih menarik lagi, studio ini disiapkan dalam tempoh 20 hari sahaja. Seiring dengan tagline nya "Dare to Leap", Realme memungkinkan sesuatu yang mustahil. Tahniah Realme !



Sehubungan dengan pembukaan realme Design Studio ini, mereka turut mengadakan 828 realme Fans Festival 2020 buat julung-julung kalinya buat peminat-peminat realme. Festival ini bagi meraikan sokongan peminat-peminat dan pengguna jenama realme. Realme 8282 Fans Festival ini akan berlangsung pada 28 Ogos 2020 bersempena hari kemerdekaan negara.. Korang boleh saksikannya secara langsung di atas talian. 


Di live streaming itu nanti akan turut menampilkan beberapa jenama terkenal lain seperti Laneige, Sunway Lagoon, Shopee, Lazada, Nene Chicken, Nerdunit, Eggette Lab, BaWangChaJi dan juga Disy. Pelbagai hadiah, voucher dan tawaran menarik bakal ditawarkan kepada mereka yang menonton live streaming itu nanti. 



Yang paling best, korang berpeluang untuk memenangi telefon pintar realme tau ! Jadi, rajin-rajinkanlah diri untuk sertai setiap aktiviti yang mereka buat. Manalah tahu rezeki, dapat bawa pulang satu telefon pintar realme. Bukan calang-calang telefon pintar tau. Canggih dan berteknologi tinggi. 


Baru-baru ini juga mereka baru sahaja melancarkan satu telefon pintar baharu iaitu iaitu realme C12 yang menampilkan tri-camera dengan skrin bersaiz 6.5 inch dan bateri berkapasiti 6000mAh. Harganya pula dijual pada kadar RM529 SAHAJA !! Menarik bukan ? Kalau berminat, boleh dapatkan tawaran harga eksklusif ini di Lazada ataupun Shopee. 


Aku tak sabar nak mnyertai realme 828 Fans Festival tu sebabnya ia akan menampilkan beberapa penyanyi terkenal tanah air seperti Sufian Suhaimi, Floor88, Neeta, Bunga dan ramai lagi lah. Tak tertaip rasanya kalau senaraikan semua. Yang pasti, korang jangan lupa live stream nanti okay. Jom set masa sekarang !


Oleh kerana kita masih lagi dalam fasa pemulihan pandemik Covid-19, jadi festival ini terpaksa diadakan secara atas talian. Oleh itu, sama-sama nanti tonton live stream di Facebook rasmi Realme ya.

realme Design Studio
Lot 58370, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur

9 comments:

  1. Wow!!!!!! This design studio look so fun and interesting. Congratulations to RealMe marketing team for coming up with this creative idea. This is really cool! Thank you for sharing, Jejaka Kalau.

    ReplyDelete
  2. wow makin mantap lah realme ni! Bestnya ada Neeta dengan Sufian Suhaimi dekat fan fest nanti!

    ReplyDelete
  3. Aku mmg jadi pengguna realme, so best jugak hp ni tak lag, ram tinggi. Main games pon seronok, harga murah. So siapa nak cari memang cadangkan realme

    ReplyDelete
  4. Kiranya realme design studio ni macam marketing plan dorang jugak lah kan. Bukan pengguna realme ni pun macam nak try guna realme pulak. Kawan2 kata best

    ReplyDelete
  5. Meletop dah realme ni sekarang. hehe. nampak best rasa teringin nak pakai realme hehe

    ReplyDelete
  6. Wah memang banyak entertainment during their Fan Festival, i also watched from FB Live.

    ReplyDelete
  7. dasyat dia punye promo.. tempat pon cantik!

    ReplyDelete
  8. Festival pun secara online! Memang sesuatu yang menarik dan lain drpd yg lain! Stay safe semua!

    ReplyDelete
  9. Byk betul entertainment dorg buat utk fans realme kat fans festivalnya... Bila la kita nak merasa ke sana pula.. Hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini