Assalamualaikum dan salam sejahtera
Beruang Matahari kini dapat disaksikan oleh pengunjung yang berkunjung ke taman tema Sunway Lagoon. Kerjasama antara Sunway Lagoon dan Sunway University menjadikan hal ini kenyataan. Kini pengunjung boleh melihat dan mengenali Beruang Matahari secara lebih dekat. Ikuti butirannya !
Sunway Lagoon |
Minggu lalu, aku berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran kerjasama penyelidikan antara dua organisasi ini. Penyelidikan pemuliharaan beruang matahari bagi melindungi spesis beruang matahari yang semakin terancam akibat pemburuan secara haram dan pemusnahan habitatnya oleh manusia rakus yang tidak bertanggungjawab. Beruang Matahari terkenal dengan harga bahagian tubuhnya yang mahal dan dijual secara komersial untuk perubatan dan masakan tradisional masyarakat Asia. Oleh itu, kegiatan pemburuan haram beruang matahari sangat berleluasa. Jika tidak dicegah dan tiada kesedaran, spesis ini boleh pupus kerana statusnya kini yang dikategorikan sebagai haiwan terancam.
Sunway Lagoon |
Untuk pengetahuan semua, terdapat dua subspesies beruang matahari di Malaysia, subspesies Malayan (Helarctos malayanus malayanus) dijumpai di Semenanjung Malaysia dan subspesies Bornean (Helarctos malayanus euryspilus) terdapat di Borneo. Kedua-dua subspesies ini agak sukar dibezakan, oleh itu penyelidikan mengenai spesies ini adalah penting. Beruang matahari disenaraikan sebagai Hidupan Liar yang Dilindungi Sepenuhnya di bawah Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Sunway Lagoon |
Majlis kerjasama penyelidikan ini dilancarkan dan dihadiri oleh Mr Calvin Ho (Pengarah Eksekutif Sunway Theme Parks), Dr. Elizabeth Hee (Pengarah Eksekutif Kanan Sunway Education Group) dan Profesor Madya Dr. Shyamala Ratnayeke (Jabatan Sains Biologi). Kerjasama ini bagi memberi kesedaran kepada orang awam akan masalah dan bahaya yang dihadapi oleh beruang matahari dan memberi inspirasi kepada pihak lain dalam membantu kelangsungan hidupan liar negara kita yang terancam ini.
Sunway Lagoon |
Sunway Lagoon |
Profesor Madya Dr Shyamala Ratnayeke sangat dikenali dalam kajian mengenai ekologi. Beliau pernah menerima Anugerah Felo Penyelidikan Antarabangsa dari Yayasan Sains Nasional AS pada tahun 2002 untuk melakukan penyelidikan mengenai haiwan karnivor liar di Sri Lanka, termasuk kajian perintis pada beruang sloth. Sejak memulakan perkhidmatan di Universiti Sunway, beliau mula melakukan kajian ekologi dan genetik populasi beruang matahari.
Sunway Lagoon |
Sambil bersuka ria di taman tema Sunway Lagoon, sambil itu kita dapat belajar serba sedikit mengenai Beruang Matahari, di samping dapat melihat secara lebih dekat bagaimana rupa Beruang Matahari itu kerana ramai di antara kita tidak tahu akan kewujudan dan rupa beruang matahari. Satu usaha yang bagus oleh pihak Sunway Lagoon dan Sunway University.
Butiran lanjut boleh didapati di laman sesawang mereka : https://sunwaylagoon.com/
Sunway Lagoon |
Jom ke Sunway Lagoon hari ini !
Wah, good effort la Sunway. Beruang matahari ni mmg rare kan. :)
ReplyDeleteBaru tgk 999 malam td tentang pemburuan haram beruang matahari ni. Moga inisiatif seperti ini dpt beri kesedaran pada orang ramai hendaknya.
ReplyDeletewow nice effort. love to go there and visit all the wild animals/
ReplyDeletebaguslah semoga usaha ni dpt beri kesedaran pd org ramai..dl pernah tgk sunbear di deerland..
ReplyDeleteUntungnya dapatt tengok beruang matahari secara dekat. Bagus pendekatany dilakukan oleh sunway lagoon dan sunway universiti.
ReplyDeletei pegi sana last,dua thun lepas.. since beruang ni ada.. nak repeat lagi la after covid ni reda.....
ReplyDeleteBestnya lama tak pergi sunway. Suka tengok binatang2 ni. Lagi2 beruang yang jarang tengok depan2
ReplyDeleteWah... Bagusnya inisiatif Sunway Lagoon. Comel laaa beruang tu
ReplyDeleteMemang hidupan rare ni harus di jaga rapi agar tidak pupus
oh the sun bear is so cute! I miss them so much. Wish to go Sunway Lagoon with fam soon again
ReplyDeleteBukan selalu peluang gini ada . Nanti K.Sal plan dengan anak-anak tuk bawak dyorang pi tengok. Sambil tu bolehla share dengan kengkawan opis.
ReplyDeleteBest nya dah lama x pg sunway. Rindu nak main air hehehe
ReplyDeleteDapat gak invite utk event ni hari tu tapi tak dpt g... baru tgk rupa beruang matahari tu... hitam rupanya...
ReplyDeletewahh beruang matahari..comelnya..nak pergi lah bawak adik bongsu..dia mesti suka..thanks for sharing :)
ReplyDelete