Thursday, August 20, 2020

RASA VIET Menawarkan Hidangan Autentik Masyarakat Vietnam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau tercari-cari atau mengidam nak makan makanan autentik masyarakat Vietnam, boleh cuba di Rasa Viet yang terletak di The Sphere Bangsar. Minggu lalu aku dah cuba makanan di sini. Betul, memang sedap dan rasa seolah-olah berada di Vietnam. Jom ikuti butirannya !


Kenapa aku kata seolah-olah berada di Vietnam ? Kerana suasananya. Dekorasinya bercirikan Vietnam dan ala-ala berada di kedai makan kampung. Boleh dilihat terus dari hiasan di pintu masuk restoran ini. Membawa vibe restoran zaman 60-70 an. Unik dan aestetik !


Rona warna kuning dan merah yang dipilih memberi impak mewah dan eksklusif. Suka betapa minimalis hiasan di dalam restoran ini. Tidak sarat dan pandai bermain dengan pengcahayaan. 



Ramai pesan, kalau pergi ke negara Vietnam, jangan lupa untuk mencuba kopi Vietnam. Katanya sangat umpphh dan sedap. Memandangkan aku tak pernah ke negara itu, jadi aku memang betul-betul teringin dan tertanya-tanya, sedap sangat ke ? Kopi Vietnam itu ada dijual di Rasa Viet ini. Serious cakap, memang sedap dan tidak mengecewakan.


Alang-alang dah sampai sini, takkanlah minum kopi je kan. Mestilah kena cuba menu-menu dorang. Aku dah lama teringin makan sup Vietnam yang dorang kata sedap sangat tu. Mujur ada disediakan di sini. Eh mestilah kena ada, nama pon restoran yang menjual makanan autentik Vietnam kan.


Untuk pengetahun korang semua, Rasa Viet merupakan sebuah restoran yang menyajikan makanan autentik Vietnam yang MUSLIM FRIENDLY ya. Jadi untuk mereka yang beragama Islam, jangan ragu-ragu, boleh datang sini. Daging dan bahan-bahan yang digunakan di restoran ini adalah halal.

Boleh rujuk butiran halal itu di laman sesawang mereka, klik di SINI .


Hidangan di sini menggabungkan 3 bahagian negara Vietnam yang berbeza dari segi rasa dan cara penyediaan. Di Rasa Viet, mereka menggabungkan ketiga-tiga ini di bawah satu restoran. Oleh sebab itu, pengunjung akan berasa seperti sedang berada di negara itu. Sangat disarankan untuk mencuba menu-menu signature restoran ini. Antaranya ialah Summer Roll mereka dan juga Smoked Duck Pho. Jom aku bawa korang, hidangan-hidangan yang aku cuba sewaktu kunjungan aku ke sana minggu lalu. 

Summer Roll - RM8.50/roll

Terdapat dua jenis roll/wrap yang aku cuba iatu Summer Roll dan juga Sizzling Pancake Wrap. Summer Roll tu aku rasa kebanyakan kita semua dah biasa nampak, betul tak ? Tapi yang bezanya Summer Roll di sini dicicah dengan sos kacang. Biasa kita nampak orang cicah dengan sos ikan. Tapi sebenarnya, Summer Roll nie kena cicah dengan sos kacang. Baru rasa dia melengkapi antara satu sama lain. Tapi aku rasa, aku lebih suka bila ia dicicah dengan sos ikan sebab ada rasa pedas-pedas sikit. 

Sizzling Pancake - RM23.90

Mango Salad Prawn - RM15.60

Hidangan pembuka selera je dah berapa kitorang order. Kenyang gila, belum lagi makan hidangan utama. Aiyooo. Nampak macam sikit, tapi kenyang gila kot. Dalam banyak-banyak hidangan pembuka selera nie, paling best Summer Roll tu dan juga Mango Salad Prawn. 

Vietnamese Sandwich Grilled Chicken - RM15.90

Dan akhirnya, hidangan utama iaitu Smoked Duck Pho. Ada banyak jenis soup dekat sini tapi aku pilih itik sebab jarang dapat makan sup itik. Serious cakap, Smoked Duck Pho nie sangat-sangat sedap ! Rugi kalau tak order. Rasa dia memang kaya, macam-macam rasa ada. Manis, masam pedas semua ada. Sedap sangat ! Daging itik tu pon lembut je.

Smoked Duck Pho - RM20.40

Bagi aku, portion Smoked Duck Pho nie sangat besar. Macam boleh makan untuk dua orang. Mungkin aku jenis makan sikit kot. Menurut chef di sini, pembuatan supnya mengambil masa yang cukup lama demi memastikan kualiti dan keaslian rasanya. Sangat disarankan untuk order ya ! Yang tak minat daging itik, mungkin boleh pilih daging lembu atau ayam. 

Traditional Caramel Pudding - RM5.90

Hidangan pencuci mulut pula kami memilih untuk mencuba Traditional Caramel Pudding. Rasa dia sangat manis ya. Sangat-sangat manis. Untuk mereka yang tak makan manis, boleh cuba hidangan pencuci mulut yang lain. Sedap tapi terlampau manis. Aku tak berapa gemar makan manis sangat. Nanti aku pening kepala. 

Drip Coffee with Milk - RM9.90

Kopi Vietnam nie pon wajib cuba, rasa dia sangat-sangat sedap. Kalah kopi yang harga mahal-mahal tu tau. Serious. Selain daripada kopi nie, aku juga order air Ice Lemongrass Ginger, harganya secawan RM8.90. Lupa pulak nak ambil gambar, sedap sangat sangat agaknya sampai boleh lupa. Hahaha


Menarik bukan ? Jom pakat bawa satu keluarga makan dekat sini okay kalau megidam nak makan makanan autentik Vietnam. Berikut merupakan butirannya,

RASA VIET BANGSAR SOUTH
G-3A, Level Ground, The Sphere 1 Avenue 1, Bangsar South City, 8 Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur 

Waze : Rasa Viet
Facebook : Rasa Viet The Sphere 
Tel : 03 - 2242 1880

10 comments:

  1. Wow! Terbaik ni dah ade Rasa autentik vietnam.. Mesti try ni.. Yeah.. Tq2

    ReplyDelete
  2. Suka dengan environment tempat ni. Sangat cantik dan colourful. Mmg sesuai dtg lepak2 sambik berOOTD

    ReplyDelete
  3. i just watched someone did vlog for this restaurant!
    its amazing!!!

    ReplyDelete
  4. Sis tak pernah makan makanan vietnam. Tapi ingin juga cuba. Peminat kopi mcm sis ni rasa teringin plak nk cuba kopi vietnam. Jauhlah plak

    ReplyDelete
  5. Woowww cantik gilosss dekorasi kedainyaa...
    Ini jenis yang suka bergambar, lebih kepada bergambar dari makan ni kan hehehe ...
    Boleh laa Sis share kat anak Sis nanti...

    ReplyDelete
  6. Memang terbaik lah tempat ni..menu2 dia nampak sedap..pencuci mulut tu nmpk sedap..

    ReplyDelete
  7. kopi vietnam memang terkenal dengan drip coffee kan?! Selama ni berani makan itik goreng atau itik masak kari je. Tak pernah lagi try sup itik. Macam sedap je! Deco restoran Rasa Viet ni pun cantik!

    ReplyDelete
  8. Wow terliur, i memang minat makan vietnamese food nanti kita nak singgah kat sana.

    ReplyDelete
  9. Popia Vietnam, soup vietnam memang my all time favv 🤤🤤 but sos lacang tu macam sos satey ke 😂

    ReplyDelete
  10. Firstime ni tengok restoran full dengan hidangan masakan dari negara Vietnam ni. Saya sendiri tidak pasti akan rasanya macam mana nak kena datang ni hehehehe tunggu kita akan serbu sedap lak tu semua makanan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini