Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini aku telah mencuba makanan di satu restoran yang berkonsepkan makan di atas bumbung iaitu di Restoran Atsky, Kota Damansara. Ramai menyarankan untuk menikmati hidangan di sini kerana suasananya dan makananya yang berkonsepkan mewah tapi dengan harga yang sangat berpatutan. Netizen menggambarkan restoran ini sebagai tempat eksklusif yang menawarkan makanan 5 bintang pada harga kedai mamak. Tak percaya ? Ikuti butirannya !
Ini merupakan kunjungan pertamaku ke sini. Raungan makan di sini agak luas dan terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu ruang berhawa dingin, ruang terbuka dan juga ruang majlis keraian. Lokasi makan ini sesuai untuk dijadikan lokasi untuk bersantai, menyambut keraian seperti majlis hari jadi, majlis pelancaran produk dan banyak lagi. Bahkan ingin membuat majlis besar seperti majlis kenduri kahwin pon boleh diatur di sini. Hebat bukan ?
Menu-menu yang ditawarkan pula berkonsepkan menu daripada barat dan juga tempatan. Ia dimasak dengan penuh kasih sayang dari chef-chef yang cukup berpengalaman berkhidmat di hotel-hotel terkemuka. Sungguhpon menu dan suasana tampak mewah, harga makanan di sini sangat berpatutan dan dikatakan sebanding dengan kedai mamak. Makan sedap tapi tak buat dompet kita menangis. Itu yang semua mahukan, ye dakk ?
Menurut Pengarah Urusan ATSKY, En Ali Ikhwan, pembukaan restoran yang berkonsepkan begini merupakan satu inisiatif agar mereka yang tidak berpendapatan tinggi, bisa menikmati hidangan mewah dan berkualiti di suasana yang eksklusif pada harga yang berpatutan.
Terdapat banyak hidangan yang ditawarkan di sini namun signature dish di ATSKY ini ialah YOUYU Beef Steak. Ia merupakan potongan daging yang rasanya persis menikmati daging wagyu, potongan daging yang paling bernilai di dunia. Harga YOUYU Beef Steak ini 5 kali ganda lebih murah berbanding harga pasaranm daging Wagyu.
Di samping tawaran makanan yang pelbagai, pengunjung yang ke restoran ATSKY juga boleh menikmati makanan yang berbumbungkan langit malam di samping dihiburkan dengan nyanyian kumpulan buskers Cakial & Friends setiap malam. Bahkan kalau pengunjung hendak berkaraoke juga boleh berbuat demikian.
Waktu Operasi
8.00 AM - 12.00 PM (Sepanjang tempoh PKPP)
Akan dilanjutkan kepada jam 2 petang sebelum ke dunia baru.
ATSKY
Roof Garden, Tingkat 3A, Dataran Cascades, PJ.
Bersebelahan dengan Giant Kota Damansara.
Syok la kalau dating ni! Hahahaha... Youyu? Mcm wajib try ni... Kalau dah kata setanding dengan wagyu 🤔🤔
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteKonsep yang menarik. Makanan mewah, harga murah. Kena singgah rasa ni nanti.. Hee..
ReplyDeletesukanya this kind of restaurant... sebab boleh dinner dress up and be elegant !
ReplyDeletetambah pulak dekat rooftop ! environment best...
Sangat-sangat berbaloi tuuu...dari segi suasana, menu dan harga, macam tak sangka boleh dapat sebegitu jika tengok pada tempatnya..perghhh
ReplyDeleteATSKY ...nama pun dah gempak ...tengok tempat lagilah gempak...boleh test nanti makan kat sini berdua-duaan ...sebab nampak romantik dan makanan pun nampak sedap
ReplyDeletemenarik yakmat. wagyu pun murahhh. harus try nanti. thanks share
ReplyDeleteBest tempat makanan kat sini. Macam2 hidangan ada dan paling suka konsep terbuka mcm ni
ReplyDeleteTeringin nya nak try beef steak tu! Looking so good! Tempat pun cantik, sesuai lah nak celebrate special day atau nak buat event!
ReplyDeleteSangat menarik tempat makan tu..kalau p sana boleh singgah lah nanti. Menu dia pun sangat best
ReplyDeletePernah nampak haritu kat social media, memang meriah tempat ni. Ingatkan tempat mahal, tapi okay lah harga dia.
ReplyDeletewow memang eksklusif sangat tempat makan atsky ni..semua menu dan air pun sedap giler..kena masuk wishlist ni next time pergi area sana..
ReplyDeletewah eksklusifnya tempat :) seronok environment mcm ni. rasa ada good vibes
ReplyDelete