Wednesday, August 19, 2020

Potluck Sambut Aidiladha

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Seperti biasa, aku nak berkongsi cerita mengenai sambutan perayaan aidiladha keluarga aku pada tahun ini. Tahun ini sambutan perayaan cukup berbeza sekali ya kerana masih lagi dalam fasa berjaga-jaga melawan virus Covid-19. Jadinya, banyak perlu diambil kira dari segi kebersihan dan penjarakkan sosial. Tapi percayalah, penjarakkan sosial dalam keluarga amat susah untuk dicapai. Apa-apa pon, Alhamdulillah, sambutan perayaan aidiladha untuk keluargaku berjalan lancar dengan cukup meriah walaupun bersederhana.


Persiapan lebih sikit pada tahun ini sebabnya rumah kitorang jadi lokasi untuk sanak-saudara berkumpul. Gigihlah ubah kedudukan perabot, menyapu, mengemop semua benda untuk menyambut tetamu besoknya. Mohon saudara-maraku semua terharu ya di atas usaha gigih kami.



Dua minggu sebelum kejadian memang dah plan semua benda. Baik lokasi berkumpul mahupon menu-menu potluck. Yer, konsepnya adalah potluck. Demi tak nak ada menu yang sama, makanya kena berbincang. Alhamdulillah semuanya bagi kerjasama yang baik. Kalau tak bagi kerjasama, memang aku carut dalam nie. Tibehhh.



Memandangkan hari raya aidiladha tahun nie jatuh pada hari Jumaat, makanya kami semua mula berkumpul selepas habis solat jumaat. Memang riuh dan ramai gila satu rumah. Lepastu boleh pulak ada kejadian air tumpah. Habis banjir rumah aku weyh. Satu balang besar air manis tumpah akibat meja petah. Bukan air je yang terkorban, menu lain juga habis tumpah, antaranya ialah bubur durian kacang hijau juga ya. Kesian kempunan nak makan bubur durian kacang hijau.

Aku yang tengah sibuk ber-photoshoot dekat luar disuruh masuk rumah untuk tolong lap dan bersihkan. Helooo ! Dah pakai cecantik disuruh lap-lap benda euuu-euuu ? Lambat lagi dikkk. 



No lah, nak tak nak kena buat jugak. Banyak kot. Aiyooo, macam manalah boleh patah meja tu. Dah jadi kerja, tak memasal je. Apa-apa pon, sambutan diteruskan dengan acara memotong kek untuk meraikan mereka-mereka yang lahir bulan Julai. Makan-makan, and borak-borak sampailah ke petang. Lepastu balik. Itu je. Tak ada apa sangat pon. Dan tahun nie juga, langsung tak dapat daging korban ya. Sup tulang jauh sekali. Kah !

Aci lah erk kalau aku lampirkan gambar-gambar yang sempat diambil pada hari tersebut.




Then belah malam keluar dengan kawan-kawan sekolah. Satu hari sibuk melayan tetamu dan bersosial, kita reward diri sendiri dengan pencuci mulut. Motif sangat reward diri sendiri. 




Besoknya, satu keluarga aku bersiap-siap untuk balik ke kampung ayah. Terdapat satu misi yang perlu dilakukan di kampung dan kami perlu pastikan misi tersebut berjaya. Apakah misi itu ? Jeng jeng jeng . . . . . . 


Balik kampung ayah sehari je. Lepastu balik semula ke Selangor. Sebab aku ada interview hari Selasa nya tu. Jadi banyaklah kena buat persediaan. Banyak lagi tak settle. Tapi seriouslah, dah lama gila kitorang tak balik Pahang. Kali terakhir balik Pahang macam tahun lepas, takpon awal tahun. Aku pon tak ingat sangat. Lepastu, PKP pulak. Memang langsung tak baliklah cerita dia. 


Misi balik kampung kali nie ialah nak bawa Atok dan Nenek aku balik Banting sebab Achik aku nak balik ke kampung suami dia. Jadinya tak ada sape yang jaga dorang dekat Pahang tu. Makanya kena pujuk dorang sebab dorang memang tak nak ikut/tinggal dekat Banting. Sayang betul dengan rumah dorang tu tau. Kalau boleh tak nak keluar langsung. Hahahaha



Tapi akhirnya berjaya jugak weyh pujuk ikut balik. Alhamdulillah. Seronok gila kitorang sebab dorang jarang teramat sangat tidur rumah kitorang. Seingat aku cuma sekali je masa adik lelaki aku lahir. Itu je. Lepastu tak pernah pon. 


Sebelum balik Selangor tu, kitorang singgah makan Ikan Patin Masak Tempoyak dekat satu restoran tepi sungai Temerloh yang sedap gila tu. Aku ingat nak cerita lebih detail pasal kedai makan nie dalam blog, tapi mood aku jadi turn off sebab abang RELA yang jaga kedai tu sangat kurang ajar dan tak chill. Eeeee geram je rasa. Aku dah nak meletop masa tu.


Apa-apa pon, ikan patin masak tempoyak dekat situ memang sedap gila. Itu tidak dapat dinafikan. Tapi aku malas nak sebut nama kedai. Lain kalilah, kalau aku balik sana, aku pergi lagi makan dekat situ, aku cerita. Sekarang nie aku memang tak ada mood nak cerita sebab teringat abang RELA yang kurang ajar tu. 


Seronoklah ada Tokki dan Wek di rumah aku. Ingatkan dapat stay lama sikit dekat rumah kitorang, tapi dapat bertahan seminggu je. Nenek aku ada sakit Alzheimer. Setiap hari dia minta untuk dihantar balik rumah sebab dia risau ada pencuri masuk rumah. Dah cakap banyak kali pon dia akan ulang benda yang sama 5 minit kemudian. Hahahaha

"Dik, boleh bawa makcik ke pintu luar, makcik nak balik"
"Ahh sudah, masuk pintu, jumpa pintu lagi"

Yer guys, dia bahasakan diri dia makcik sebab dia bukan kenal pon aku siapa. Hahahaha. Setiap hari, dia akan cuba cari pintu keluar. Rumah aku banyak pintu sebab banyak bilik, dia jadi confuse tak jumpa jalan keluar. Dia jumpa pintu lagi tu sebabnya dia masuk bilik then terjumpa bilik air. Memang tak jumpa jalan keluarlah cerita dia. Hahahahaha


Haritu masa aku pergi interview SPA pon dia ikut tau pagi-pagi. Comel je. Kalaulah boleh dia tinggal lebih lama lagi dekat rumah kitorang, mesti best. Tapi tak boleh, macam mana sekalipon, dia tetap mintak untuk dibawa balik. Seminggu jelah dia duduk rumah aku.

So macam tu sahaja sambutan hari raya aidiladha aku pada tahun ini. Korang punya sambutan mesti meriah kan ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...