Wednesday, August 19, 2020

Tiki Yam Lay Sek Ala Carte Buffet Lunch & Dinner at Kontiki Restaurant, The Federal Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kebetulan minggu lalu aku menemani kawan aku ke Plaza Low Yatt, ternampak poster promosi ala carte lunch & dinner di Kontiki Restaurant, The Federal Kuala Lumpur masa menggunakan elevator. Terus ajak kawan aku singgah makan tengahari kat situ. Ikuti butirannya !


Walaupun masih lagi dalam fasa pemulihan pandemik Covid-19, hotel-hotel masih beroperasi dan menawarkan set lunch dan dinner. Namun ada beberapa SOP perlu diikuti oleh pengunjung yang datang, Antaranya, terdapat maksimum bilangan pengunjung dalam satu masa dan tempat duduk agak terhad. Oleh itu, pengunjung yang berhasrat untuk menikmati hidangan makan tengahari atau makan malam, hendaklah membuat tempahan terlebih dahulu.



Masa datang hari tu, walaupun tak buat tempahan ke apa,dapat jugak tempat duduk sebab kami datang awal. Sebelum jam 12 dah sampai. Jadi tak ramai lagi masa nie.


Promosi ala carte lunch & dinner di Kontiki Restaurant, The Federal Kuala Lumpur ini dipanggil Tiki Yam Lay Sek. Pengunjung boleh merasai perbezaan dan rasa yang sangat kaya yang menggabungkan rasa makanan rakyat Asia dan juga hidangan rasa dari benua yang lain. Mari aku sajikan korang dengan menu-menu yang aku sempat cuba minggu lalu. 



Terdapat 38 hidangan untuk promosi Tiki Yam Lay Sek yang terdiri daripada hidangan pembuka selera, hidangan utama dan juga hidangan pencuci mulut. Macam-macam jenis hidangan ada tau, antaranya ialah Tom Yam Seafood, Mee Cantonese Udang Galah, Ikan Siakap Sos Soya, Rendang Kambing Tok, Itik Rebus Halia dan macam-macam lagilah. 



Kesemua hidangan rasanya sangat sedap sekali. Antara banyak-banyak menu ini, yang paling kena dengan tekak aku ialah Sup Isi Ketam dan Bibir Ikan. Serious sedap sangat ! Ouh ya, hidangan Udang Goreng cara Madras dan juga Ayam Masak Butter juga menjadi pilihan aku. 



Hidangan pencuci mulut di sini juga sangat enak biarpon pilihan agak terhad. Antara hidangan pencuci mulut yang ditawarkan ialah Tart Mini, pelbagai perisa kek dan juga buah-buahan segar. Comel-comel hidangan pencuci mulut di sini. Rasa sayang nak makan sebab comel sangat.



Sangat menarik dan pelbagai hidangan yang ditawarkan. Kalau korang berminat untuk menikmati makan malam dan makan tengahari di sini, mohon membuat tempahan terlebih dahulu.

Berikut merupakan butiran promosi Tiki Yam Lay Sek ala carte Lunch & Dinner nie :

Harga : RM60/person

Waktu dan hari :
Isnin - Jumaat (12.00 PM - 2.30 PM)
Isnin - Khamis (6.30 PM - 9.30 PM)

Sebarang tempahan sila telefon ke nombor berikut : 03 - 2148 9166 (ext. 2239)

Promosi ini tidak berlangsung pada 15 Ogos sehingga 16 September 2020 kerana ingin memberi laluan kepada promosi Merdeka Food Fiesta bersempena ulangtahun ke-63 The Federal Kuala Lumpur.


Terdapat juga promosi-promosi lain yang menarik di tawarkan di sini, boleh layari laman sesawang mereka di www.kontiki.com.my

17 comments:

  1. Sukanya kalau dapat desserts.
    Main courses pun sedap nampaknya tu.

    ReplyDelete
  2. rm60//nett then boleh makan mcm2 ni.. best la! worth it ! worth the money kan

    ReplyDelete
  3. Perhh... Menarik woii.. Sedap tuuuu...
    Boleh pegi la nnt ni... Nyumm.. Tq info taw..

    ReplyDelete
  4. wah...nampak sedap semua makanan tu. alahai comelnya dessert nya. memang utk sekali ngapp je ni..haha

    ReplyDelete
  5. Banyak pilihan menu yang ada. Nampak sedap kesemuanya. Suasana restaurant pon cantik dan tenang.

    ReplyDelete
  6. Panjang betul nama Buffet yer.. best yer makan kat sini, makanan semua nampak sedap2 sangat! berbaloi betul dengan harganya

    ReplyDelete
  7. Sedapnya semua maknana dekat sini.. Memng kenyang makan ni. Rm60 makan semua ni.. Pergh best2.. Usha website dia jap

    ReplyDelete
  8. chinese food ehh..nampak sedap2nya suka tengok...akk dah lama tak makan makanan macam ni..rindu ...

    ReplyDelete
  9. Menariknya tempat makan dia. Cantik. Dessert dia tu memanggil manggil. Kalau ke kl ni bilehla singgah

    ReplyDelete
  10. Banyak betul promosi sempena Merdeka kan. So kena grab sebab peluang bukan selalu datang. Berbaloi tengok set menu yang ada !

    ReplyDelete
  11. Perghh, kenyang terduduk makan mcm ni. Penuh2 portion yang tgk dalam gambar. Boleh take away ke ?

    ReplyDelete
  12. Macam mana boleh makan banyak ni tapi tetap kurus apa rahsia hehehe sedap semua nanti bawa kita makan kat sini juga tau nak juga cuba hehehehe...

    ReplyDelete
  13. Sedapnya juadah kat situ. Kenapa you tak ajak I sekali? You tau I suka makan kat kontiki kan

    ReplyDelete
  14. Cantiknya restoran dia. Makanan dia pun semua nampak sedap. Especially yg mee ada udang tu. Terliur pulak. Kalau pergi kl boleh singgah ni makan kat sini.

    ReplyDelete
  15. Semua menu menyelerakan, lokasi cantik dan akak rasa nak pergi sekarang! Hahahaha. Lokasi ootd juga ni. Hehehe

    ReplyDelete
  16. Menariknya tgk siakap stim tue..buat AM lapar mlm2 ni.. banyaknya pilihan yg menarik dan menyelerakan di sini yea..

    ReplyDelete