Monday, March 23, 2020

Tok Lat Homestay, Pulau Langkawi - Homestay Yang Besar & Selesa Berhampiran Pantai Cenang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku sempat pergi bercuti ke Pulau Langkawi bersama rakan-rakan sebelum perintah berkurung dikuatkuasakan. Mungkin ini bukan masa yang sesuai untuk korang pergi bercuti, tapi aku tetap ingin berkongsi lokasi penginapan yang aku inap sepanjang berada di sana. Manalah tahu bila keadaan Covid-19 nie reda nanti korang bercadang untuk ke sana kan. Jadinya, boleh pertimbangkan untuk inap di homestay nie. Ikuti butirannya !


Chalet, motel, hotel, homestay memang bersepah merata-rata dekat Pulau Langkawi. Kadang sampai tak tahu dan keliru nak menginap di mana. Bagi aku, kalau korang pergi dalam kumpulan yang ramai, adalah lebih baik menginap di homestay. Lebih jimat dan murah. Macam kitorang, memandangkan kitorang pergi berenam, jadinya kami pilih untuk menginap di homestay.


Homestay tu namanya ialah Tok Lat Homestay. Homestay nie boleh dikatakan agak strategik kedudukannya kerana ia berhampiran dengan Pantai Cenang tetapi tidak di kawasan yang sesak tu. Luar sedikit dari situ tapi masih berdekatan dengan Pantai Cenang. Ia juga berhampiran dengan Lapangan Terbang Langkawi.




Terdapat 4 buah unit homestay di sini dan setiap satunya mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik mandi. Sangat luas dan besar ruangan di dalamnya. Sesuai untuk mereka yang bercuti dalam kumpulan  yang besar. Kalau bawa satu keluarga datang Langkawi, elok kalau ambik unit Homestay Tok Lat nie. Selesa sangat-sangat tau !



Berikut merupakan kemudahan yang disediakan/terdapat di Homestay Tok Lat
  • 4 unit homestay
  • Setiap unit mempunyai 3 bilik tidur (Dua bilik tidur katil saiz Queen, satu bilik tidur 2 katil single)
  • Setiap bilik dilengkapi pendingin hawa
  • 3 bilik air (2 bilik air attached dengan bilik tidur, hot shower)
  • Dapur untuk memasak (Perkakas asas untuk memasak, periuk nasi, water heater, peti ais mini, dapur gas)
  • Mesin basuh untuk membasuh
  • Seterika dan papan seterika
  • Television dan saluran tv yang basic
  • Extra toto dan bantal


Tapi wifi internet tidak disediakan di homestay ini. Mungkin pemilik homestay boleh tambahkan kemudahan ini di masa akan datang. Walaubagaimanapun, aku masih sarankan korang untuk ambik homestay nie.

Harga satu malam di Homestay Tok Lat 
RM300 satu malam (Cuti sekolah dan cuti umum RM350 satu malam)

Bagi aku cukup jimatlah, sebab homestay nie boleh memuatkan ramai orang. 6 sehingga ke 10 orang. Kalau korang pergi dalam kumpulan yang besar, memang jimat sangat. Hotel bajet atau motel dekat kawasan Pantai Cenang pon paling-paling dalam RM120-RM150 satu malam. Nak sewa banyak-banyak motel, rugi je. Lebih baik ambik homestay terus.


Sekiranya korang berminat untuk tinggal dekat Homestay Tok Lat nie, boleh tempah melalui Ezeego Travel & Tour. Atau terus whatsapp nombor yang berikut. Bukan penginapan je korang boleh tempah dengan mereka, pakej-pakej untuk teroka Pulau Langkawi, tiket kapal terbang dan pengangkutan pon dorang boleh buat.

Whatsapp : 013 - 421 0084 (En Syafiq)


Pakej Island Hopping dan Mangrove Tour kitorang haritu pon tempah dengan mereka. Mudah dan lancar je perjalanan percutian 4 hari 3 malam kami di sana. Nanti ada masa, aku cerita lagi ya pasal percutian kami nie. Satu percutian yang sangat best dan penuh dengan gelak ketawa dengan dorang nie.

17 comments:

  1. Eh. Itu ke topi MM yang hilang di Laut Andaman? Hik hik hik

    ReplyDelete
  2. I like clean homestays. selesa nak stay.

    ReplyDelete
  3. Masa mula nampak korang masuk video Homestay ni, memang dah tau dah betapa luas dan selesanya..siap ada suasana kampung sebelah tu kan...seronoknyaaaa

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak pi main, after Covid 19, I am so going to travel! Can't wait for this to over.

    ReplyDelete
  5. Selesanya nampak homestay ni. Kalau akak gi satu family ni best ni. Niat di hati nak ke Langkawi. Tunggu reda Covid-19 ni.

    ReplyDelete
  6. The home stay looks clean and nice to stay. Good for big group of people kan. Wish they have swimming pool too so that can guest can swim

    ReplyDelete
  7. ni kalau pergi bercuti dengan kawan ramai-ramai ni memang berbaloi ambil homestay ni

    ReplyDelete
  8. ni kalau pergi bercuti dengan kawan ramai-ramai ni memang jimat ambil homestay ni

    ReplyDelete
  9. okay bolehlah nanti tempoh homestay ni bila nak datang langkawi nanti :) harga pun berpatutan dengan kemudahan yg disediakan :)

    ReplyDelete
  10. Wahh rindunya untuk berada kat sini lagi hehehe bestnya kalau dapat jalan-jalan macam hari tu kat sini kan hehehe seronok rumah besar dan selesa best sangat pasti aktiviti penuh tak bosan tapi kejap sangat hehehehe...

    ReplyDelete
  11. Nampak selesa. Kalau pi group besar, memang elok ambil homestay. Hehehe. Entah bila nk ke Langkawi. Rindu nak travel. huwaaa

    ReplyDelete
  12. best nyer jalan2 dgn bff gini, zharif.
    dpt plak homestay yg best gini, bertambahlah keseronokannya.
    kat langkawi lah ekk korang byk buat tik tok tu?
    ada tgk kat fb maha :) kelakar!!!

    ReplyDelete
  13. bestnya dapat pi cuti.. luas dan cantik homestay ni.. boleh la nnt kalau ke sana stay kat sini dgn family

    ReplyDelete
  14. Best masuk homestay ni kalau pergi bercuti ramai-ramai.
    Rasa macam masuk umah sendiri pulak..
    Erm.. Ntah bila la dapat bercuti kan.. Berkurung dulu la buat masa ni.

    ReplyDelete
  15. wahhh cantiknya homestay ni! luas macam tu boleh lah bawa family pergi Langkawi duduk serumah senang sikit nak menyembang

    ReplyDelete
  16. menariknya tempat ni. luas, selesa dan kemudahan pun sangat banyak

    ReplyDelete
  17. Kalau pergi dengan family besar and group is good to rent a homestay, boleh masak and have more activity together compared to just stay in the hotel.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...