Monday, March 16, 2020

Glide Lubricants, Minyak Pelincir Keluaran Bumiputera

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bila dah ada kereta nie, banyak benda nak kena ambil tahu. Terutama sekali bab kesihatan enjin. Kalau tak jaga, habislah duit melayang nak hantar betulkan. Lebih baik elak dari benda tu terjadi. Rajinkan diri datang servis kereta bila tiba waktunya, memandu secara berhemah dan sentiasa cek kesihatan enjin kereta.  Ikuti butirannya !

Glide Lubricants

Tidak dinafikan, minyak pelincir enjin merupakan salah satu benda penting yang perlu dititikberatkan dalam hal penjagaan kereta. Hal Ini kerana, ia akan beri kesan terhadap ke-efisien pemanduan dan kelancaran enjin kereta. Ia juga dapat memberikan perlindungan optima untuk enjin kereta kita. Jadi buatlah pilihan yang terbaik.

Glide Lubricants

Baru-baru ini aku berkesempatan menghadiri majlis pelancaran yang dianjurkan oleh Syarikat Glide Technology Sdn Bhd. Mereka memperkenalkan dua gred produk barunya iaitu MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-16 API SP/SN PLUS dan MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-20 API SP/SN PLUS. Di samping itu, mereka turut memperkenalkan rekaan botol dan pelekat botol baru untuk ke semua produk yang dikeluarkannya. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan sendiri oleh CEO Glide Group iaitu Ybhg Dato’ Muhazli Bin Muhamad.

Glide Lubricants

Glide Lubricants

Kedua-dua produk baru ini cukup menekankan ciri-ciri penjimatan penggunaan bahan api dan mengurangkan pelepasan bahan api. Teknologi Molybdenum yang terdapat di dalamnya turut bertindak sebagai lapisan bagi meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih baik.

Glide Lubricants

MaxiGLIDE BEYOND SAE 0W-16 API SP/SN PLUS : RM190.00
MaxiIGLIDE BEYOND SAE 0W-20 API SP/SN PLUS : RM170.00

Ternyata, minyak enjin multigred dengan kelikatan yang rendah baik untuk keadaan enjin waktu baru mula dihidupkan dan cukup sesuai untuk penggunaan enjin kenderaan cekap tenaga. Kesemua produk yang berwajah baharu ini sudah hampir 6 tahun menembusi pasaran Jepun tau. Untuk pengetahuan semua, Glide Technology Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat di bawah Glide Group yang ditubuhkan pada 16 Januari 2007.

Glide Lubricants

Bersandarkan dari pengalaman tersebut, Glide Technology Sdn Bhd telah menambah baik formula agar ia lebih sesuai dipasarkan di Malaysia yang mana ia telah melalui ujian saringan selama tiga tahun.

Boleh dapatkan produk-produk yang baru dilancarkan ini daripada pengedar-pengedar sah Glide di seluruh Malaysia atau kalian boleh hubungi talian khidmat pelanggan di talian 03 - 7842 2170 atau email ke admin@glidetechnology.com.my

14 comments:

  1. btul tu..bila dh bawa kete kena tau la penggunaan minyak pelincir bila time servis kete biasanya nk kena tukar minyak pelincir..tq share produk minyak pelincir terbaru dr Glide

    ReplyDelete
  2. Kalau bab minyak pelincir ni memang jujur Sis lepas tangan pada servis kereta dan juga pada Suami, tapi bila fikir-fikir balik, kita kena belajo gak hal ni kan, supaya tak mudah tertipu..kang guna sembarangan, lunyai enjin kereta kan...dari apa yang di baca, bagus juga minyak Glide ni..boleh nanti bgtau kat Suami dan mencubanya...

    ReplyDelete
  3. Kalau dah ada kereta bolehlah cuba produk ni. Apa apapun terima kasih share pasal ni, nanti saya share dengan kawan2.

    ReplyDelete
  4. Baguslan Bumiputra sekarang dah maju boleh menghasilkan produk minyak pelincir macam ni.. Boleh diperluaskan lagi pemasarannya diperingkat antarabangsa

    ReplyDelete
  5. saya pernah jumpa owner glide ni dan wife nya, dua-dua usahawan dan punya knowledge dalam industri automotif ni, bagusnya makin berkembang bisnesnya, kualiti minyak ni memang boleh tahan juga

    ReplyDelete
  6. Bagus ada produk-produk macam ini. Tambah keluaran tempatan.
    Pasti kualitinya lebih terjamin dan boleh gunakan tanpa was-was.

    ReplyDelete
  7. menarik betul minyak engine ni! banyak yang ditambah baik pada minyak dengan tawaran harga yang berpatutan. Boleh lah cuba nanti produk ni

    ReplyDelete
  8. Kalau ada ciri penjimatan bahan api tu mmg paling penting la untuk kereta, tapi selalu husband yang pi servis. Boleh la bgtau dia psl minyak ni.

    ReplyDelete
  9. Selama ini jarang tahu atau ambi tahu mengenai jenama minyak enjin kecuali yg dari shell sbb kita guna minyak shell jadi nampak lah minyak enjin yg dijual. Masa servis keta pun mrk yg guna minyak pelincir jadi tak lah tanya sgt jenama apa yg diguna kan? Pas mi maybe kena ambi tahu lah hihi

    ReplyDelete
  10. Bagus juga ada jenama baru minyak pelincir macam ni lebih-lebih lagi dah 6 tahun dipasarkan di Jepun. Dah tentu ianya bagus dan berkualiti. Time PKP ni kereta pun jarang keluar rumah, maybe lepas PKP ni kita boleh servis kereta pakai minyak ni

    ReplyDelete
  11. Satu minyak pelincir yang boleh dijadikan alternatif untuk mereka yang mahu mencari minyak terbaik buat kenderaan masing-masing. Mana tahu lepas guna glide kereta pun cantik gliding nya hihi...

    ReplyDelete
  12. Thank you for sharing! I think my dad will be interested in this! Since I don't know much about car stuff , but these details will definitely help! God bless you.

    ReplyDelete
  13. Masa mula-mula baca tu, dah terbaca Glade... pelik juga bila tengok ia merupakan minyak pelincir... hehehehe... masa tengah buat trial, saya pernah cuba minyak pelincir Glide ni... memang ada beza masa drive tu... tahniah kepada pihak pengurusan Glide Lubricants atas kejayaan ini ya... keep it up...

    ReplyDelete
  14. haritu ada terbaca pasal GLide ni.. nmpk bagus setanding dah dengan international company.. nnt nak kena cuba la utk kereta za.. thanks for sharing

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...