Friday, February 28, 2020

Bantuan Kepada Mangsa COVID-19 DI CHINA Dari Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wabak virus COVID-19 sedang hangat diperkatakan sana sini. Banyak aktiviti dan urusan terjejas akibat virus ini. Terutama sekali di kawasan yang teruk terjejas, iaitu Wuhan, China. Banyak badan-badan kerajaan dan swasta cuba membantu apa terdaya untuk membantu kawasan yang terjejas. Terbaharu, Dato' Sri Liow Soon Hee melalui Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia bersama sama dengan sokongan salah seorang selebriti, penulis lagu dan penyanyi, Excella Chong, telah berjaya mendermakan sejumlah 76,920 topeng perlindungan pernafasan dan bekalan perubatan kepada kawasan penempatan yang dijangkiti wabak COVID- 19 di China.


Sumbangan ini bertujuan untuk membantu mengawal penularan wabak berkenaan di China. Topeng perlindungan pernafasan dan sejumlah bekalan perubatan telah dihantar melalui helikopter dari Jepun dan Malaysia ke kawasan yang dijangkiti virus COVID-19 di China itu. Ia telah diserahkan kepada Hospital Universiti Wuhan Renmin, Hospital Besar Henan Oil Field Nanyang, Hospital Besar Nanyang, Hospital Rakyat Bose City, dan beberapa hospital lain yang telah tersenarai.

Antara bentuk bantuan yang telah disumbangkan
  • Topeng perubatan
  • Termometer
  • Air pembasmian kuman
  • Ubat-ubatan dan lain-lain bekalan perubatan


Sejak penubuhan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia, Dato' Sri Liow Soon Hee telah berjaya melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti sumbangan sebuah kenderaan Ambulans baru kepada Pertubuhan Kepolisan Komuniti Malaysia, sumbangan bulanan sebanyak RM10,000 kepada Pusat KanakKanak Orang Kurang Upaya & Mental, Melaka (setakat ini telah terkumpul sejumlah RM460,000), sumbangan RM500,000 untuk pembinaan dan baik pulih Kuil Sri Maha Muniswarar di Ampang Jaya, sumbangan RM900,000 untuk menyokong pembangunan Sekolah Antarabangsa berprestij di Malaysia, sumbangan RM300,000 kepada Ti-Ratana Charity Home dan banyak lagi.



Menurut Dato' Sri Liow Soon Hee, "Kami begitu berharap agar sedikit derma serta sokongan perubatan dan emosi yang kami sumbangkan ini, mampu memberikan inspirasi serta menaikkan semangat mereka yang terkesan di kawasan yang terjejas dengan wabak untuk terus bersemangat dalam menempuh kehidupan terutama di masa-masa sukar ini. Kami akan terus menerus menjalankan pemerhatian kami terhadap kawasan yang terjejas untuk beberapa minggu lagi".


Beliau juga turut menyeru badan-badan organisasi lain untuk turut sama dalam menghulurkan bantuan bagi menentang wabak COVID-19 ini dan sekaligus dapat sama-sama menyumbang bagi membantu masyarakat di sana untuk menghadapi masa-masa yang sukar ini.

Dato' Sri Liow Soon Hee rasa terkesan apabila wabak COVID-19 ini terjadi. Hal ini kerana beliau sering mengadakan hubungan rapat niaga bersama China terutamanya di bandar Xingyi dan Wuhan. Sebagai seorang usahawan dalam pelbagai industri termasuklah platform e-Commerce, platform Internet mudah alih, reka bentuk rangkaian, pelancongan pembangunan perisian, multimedia dan banyak lagi di seluruh Asia Tenggara, wabak ini sedikit sebanyak memberi impak yang hebat kerana negara China merupakan pelopor dalam dunia perniagaan. Ekonomi dunia turut terjejas.


13 comments:

  1. Oh bagus juga yea mereka mengumpulkan dana dan pelbagai jenis bantuan seperti topeng muka etc tu untuk disumbang kesana..xckup dgn tu, dlm negara sendiri pon gigih bnyk juga sumbangan dibuat kepada ank2 yg memerlukan terutamanya..bagus usaha mereka, moga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  2. Satu usaha gigih oleh komuniti ini yang sanggup membantu masyarakat berpendapatan rendah. Pujian harus diberikan kepada Presidennya yg mendapat gelaran Uncle Kentang sebab usahanya membantu senua golongan tak kira bangsa... ada van jenazah pun disediakan selain ambulans. Terbaik!

    ReplyDelete
  3. Bagus program ni. Malaysia memnag baik hati.. Hehehe. Kita pun dekat sini kene berjaga-jaga.. Penyakit ni dha merebak sanagt ni..

    ReplyDelete
  4. Bagus inisiatif ini. Bantuan macam ni memang amat diperlukan. Sebab tak semua pihak dapat hantar sumbangan kepada channel yang betul. Semoga inisiatif ni berterusan. Kesian tengok mangsa Covid19.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah bagus ada inisiatif sebegini memberi bantuan kepada mereka.. harap2 semua nya cepat2 lah sembuh..

    ReplyDelete
  6. Covid 19 memang menakutkan sekarang ni. Setiap hari ada saja kes baru kan. Bagus juga inisiatif yang di ambil untuk membantu warga China mmebendung covid 19 ni

    ReplyDelete
  7. Kalau time sekarang ni, lebih baik berikan bantuan pada negara sendiri. Di China dah makin kurang kes2 positif. Di negara lain pulak yang makin meningkat, termasuk Malaysia. ;)

    ReplyDelete
  8. Bagus ada pertubuhan yg dapat membantu mangsa2 covid19 ni. Moga bertambah ramai lagi membuat kerja amal sebegini. Ini masa mereka..tak tahu masa kita mcm mana nanti..serius menakutkan

    ReplyDelete
  9. Bagus ni, dah banyak juga NGO kat Johor juga yang buat misi bantuan kepada mangsa Covid19 ni. Ikut Sis nak join juga tapi tak dapat restu dari Suami...kalau tak best juga kan, dapat pengalaman baru..

    ReplyDelete
  10. bagus betul ada pihak yang sudi membantu mereka yang kesusahan. Tapi sekarang negara kita sendiri dalam bahaya dan paling sedih susahnya nak dapat stok mask dan hand sanitizer. huhu

    ReplyDelete
  11. So true... kesan dek wabak Covid-19 ni sangat signifikan yang mana ia turut melumpuhkan sama-sekali ekonomi dunia... see, dengan hanya satu virus, terjejas teruk kita semua... thus, we need to ensure that we follow all of the precaution steps that had been circulated by KKM (juga WHO)... bukannya apa, sekarang ni, kita dah dalam kategori perlu mencegah dari ia terus merebak... semoga kita dilindungiNya... nevertheless, the assistance and help given to all in view of the CSR memang sangat bagus... #thumbsup #keepitup #sharingiscaring

    ReplyDelete
  12. Bagus la usaha persatuan ni membantu tapi tu la sekarang dah kena bg keutamaan pada negara sendiri sebab now covid119 yg tertinggi di asia tenggara adalah Malaysia

    ReplyDelete
  13. Bagus Malaysia membantu dan sekarang China membantu kita pula. Betapanya pentingnya hubungan diplomatik sebenarnya. Harap-harap cepatlah habis wabak ni di satu dunia. Bersyukur juga sebab Malaysia handle Covid-19 ni dengan bagus.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...