Saturday, November 9, 2019

Hidangan Krismas Bertemakan Fairytale di Le Meridien Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cepat betul masa berlalu, tahu-tahu je dah nak sampai ke penghujung tahun. Kalau dah dekat hujung tahun, itu maknanya banyaklah hotel-hotel menawarkan hidangan bersempena sambutan hari krismas. Baru-baru ini aku sempat mencuba sendiri hidangan sempena sambutan krismas di Le Meridien Putrajaya. Ikuti butirannya !


Hidangan istimewa yang sentiasa menjadi menu wajib ketika sambutan hari krismas ialah ayam turki bakar. Pengunjung boleh menikmati hidangan ini di sini bersempena sambutan hari krismas tak lama lagi.


Bukan itu sahaja, pengunjung juga akan dijamu dengan potongan daging kambing bakar yang disalut rempah khas dan juga hidangan-hidangan makanan laut yang segar sebagai pembuka selera seperti ikan salmon, tiram, scallop dan macam-macam lagi. Pasti korang akan jatuh cinta dengan kesegaran setiap hidangan makanan laut di sini.




Tidak lengkap hidangan krismas tanpa hidangan pencuci mulut. Di Le Meridien Putrajaya, mereka menyajikan pelbagai jenis pencuci mulut. Semuanya comel-comel belaka. Rasa sayang nak makan. Seriously hidangan pencuci mulut sempena sambutan hari krismas ini sangat sedap.




Sangat menarik kan hidangan sambutan hari krismas di Le Meridien ini ? Pengunjung juga akan dihiburkan dengan lagu-lagu krismas dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran santa claus yang pasti akan membuatkan anak-anak kecil teruja.

Berikut merupakan butiran harga hidangan krismas dan tahun baru di Le Meridien Putrajaya :

Harga buffet Krismas 2019

Christmas Eve Dinner : RM168 (Dewasa) dan RM84 (Kanak-kanak 5-12 tahun)
Christmas Day Brunch : RM148 (Dewasa) dan RM74 (Kanak-kanak 5-12 tahun)
Christmas Dinner : RM138 (Dewasa) dan RM69 (Kanak-kanak 5-12 tahun)

Free flow of beer or house-pouring wine dari RM75 (Dewasa)

Harga untuk Sambutan Tahun Baru

New Year's Eve Dinner : RM168 (Dewasa) dan RM84 (Kanak-kanak 5-12 tahun)
New Year's Day Brunch : RM148 (Dewasa dan RM74 (Kanak-kanak 5-12 tahun)
New Year's Day Dinner : RM138 (Dewasa) dan RM69 (Kanak-kanak 5-12 tahun) 

New Year's Eve dinner dan New Year's Day dinner berharga RM250 (Minimum 2pax).


Kalau berminat dengan tawaran buffet ini, boleh hubungi 03-8689 888/6847/6868 atau email ke dining.lmputrajaya@lemeridien.com . Jom ramai-ramai tempah sekarang untuk menikmati tawaran dan menu hidangan yang lazat ini di Le Meridien Putrajaya.

Le Meridien Putrajaya
Lebuh IRC, IOI Resort City, Sepang, 62502 Putrajaya


9 comments:

  1. Amboi! Sedap-sedapnya hidangan tu. Terliur betul tengok..

    ReplyDelete
  2. Setiap kaki Krismas suka tengok dekorasinya. Ya bila Krismas juga ayam Turki menjadi makanan utama seperti lemang dan rendang lag pada Hari Raya. Tak sah jika tiada dua jenis makanan tu kan?

    ReplyDelete
  3. I am so excited for Christmas ! Can't wait for Christmas to arrive and gathering with friends and family.Thanks for sharing this wonderful place~

    ReplyDelete
  4. Sedapnya makanan nampak menarik sangat. Hidangan untuk kek pun semua cantik-cantik. Harga pun berpatutan sangat! Terbaik, terima kasih sudi berkongsi!! ✨✨

    ReplyDelete
  5. Nampak semua makanan sedap-sedap belaka. Harap semua di tanggung HALAL . HEHE. Naim cerewet sedikit kalau makan tempat besar-besar sebegini.

    ReplyDelete
  6. alahai comelnya tengok dessert die. Ayam turki tu nampak sedap je. Harga pun rasanya berbaloi kalau makan besar macam ni

    ReplyDelete
  7. Lama tak makan biskut halia tu mesti sedap rindu nak makanan buffet untuk krismas hehehe tak ajak kita pun tak ada orang sudi nak jemput kita hehehehe tapi sini memang nampak sedap dan harga berpatutan..

    ReplyDelete
  8. Sedapnya menu makanan!! terus rasa lapar balik! aduii. nampak gaya nak kena pgi jugak ni bwk family. thanks share ya zharif :)

    ReplyDelete
  9. Ayam turki.. wah.. tak pernah cuba lagi saya. Nampak sedap. Harga pun berbaloi dengan hidangan makanan yang banyak seperti ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...