Thursday, September 5, 2019

Produk Rambut Machine Kini Boleh Didapati di Guardian

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Minggu lalu, aku berkesempatan bersama beberapa rakan yang lain dalam sesi esklusif bersama produk Machine dan juga team Guardian. Machine merupakan sebuah produk penggayaan rambut. Aku percaya, semua lelaki di muka bumi ini pasti mempunyai produk penggayaan rambut untuk tampak bergaya. Mungkin kalian boleh pertimbangkan produk penggayaan rambut dari Machine pulak lepas nie. Ikuti butirannya !


Ramai lelaki bersetuju, rambut merupakan mahkota mereka. Sejauh mana kebenaran kenyataan ini, aku tidak pasti. Bagi aku, benar. Rambut memainkan peranan yang cukup penting dalam melengkapi gaya seseorang lelaki itu. Oleh itu, potongan dan penggayaan rambut perlulah dititikberatkan oleh semua lelaki untuk kelihatan bergaya dan kacak.


Produk penggayaan rambut Machine mensasarkan pengguna yang terdiri daripada golongan milennium dan generasi Z. Dipercayai dua golongan ini sangat menitikberatkan penampilan. Oleh sebab itu mereka menjadi sasaran utama untuk produk ini. Kepada mereka yang menggemari gaya-gaya rambut ala-ala artis Kpop, produk Machine adalah untuk anda.

Can Machine hairstyle product turns this ugly human into oppa ? I doubt. Hahaha
Photo credit : Hans Hanis

Produk Machine tidak mempunyai bahan-bahan kimia yang merbahaya. Kandungan produk Machine terdiri daripada bahan-bahan semulajadi yang kaya dengan manfaat dan kebaikan untuk rambut dan kulit kepala kita. Semuanya selamat untuk digunakan dan juga selamat untuk kulit kepala kita.
  • Jeju Lawa Seawater : Mineral untuk kesihatan rambut
  • Ceramide & Macademia Nut Oil : Menguatkan dan menyuburkan folikel rambut
  • Vitamin E : Nutrien untuk rambut sentiasa berkilat dan sihat
  • Jeju Volcano Ash & Mineral Clay : Memberikan kesan matte pada rambut
  • Candelilla Wax : Wax daripada sayuran yang memberi kelembapan pada rambut



Produk penggayaan rambut terdiri daripada 3 jenis. Pomade, Clay dan juga Wax. Secara jujurnya, aku juga tidak berapa cakna akan perbezaan ketiga-tiga jenis produk ini sebelum nie. Namun setelah bersama dengan team Machine dan juga Guardian dalam sesi esklusif ini, baru aku dapat bezakan dan fungsi ketiga-tiga jenis ini dalam penggayaan rambut. Mari aku kongsikan.
  • Pomade : Jenis berkilat dan juga matte, hold power bersifat medium, semi flexible dan mudah dibasuh
  • Clay : Jenis matte, hold power bersifat strong, tak flexible dan rambut hanya boleh digayakan dalam keadaan lembap
  • Wax : Jenis berkilat, hold power bersifat strong, mudah dibasuh, semi flexible dan boleh digayakan dengan meletakkan sedikit air


Produk Machine mengeluarkan 2 jenis pomade (glossy dan matte), 1 jenis clay dan 2 jenis wax (solid & soft). Pengguna boleh memilih mengikut gaya yang ingin dicapai. Setiap jenis produk penggayaan rambut adalah untuk jenis penggayaan yang berbeza. Kena bijak memilih.



Berikut merupakan butiran harga produk Machine di Guardian

45g : RM15.90
80g : RM22.90

Aku sudah mencuba sendiri produk penggayaan rambut dari Machine ini dalam sesi tersebut. Rambut aku telah digayakan oleh seorang pakar penggayaan rambut, Encik Arief Effendi Wong. Hasilnya sangat memuaskan dan yang peling aku suka mengenai produk daripada Machine ini ialah harumannya. Sangat wangi !


Oppa enough ? Hahaha
Photo credit : Sylvia Soo

Kalau korang berminat untuk mencuba produk penggayaan rambut Machine, ia boleh didapati di cawangan Guardian seluruh Malaysia. Thank you Guardian for having me ! Looking forward for more collaborations in future.


18 comments:

  1. great product.. ur hair is looking superb... time to use machine hair product ya.. looks nice and great... yeah!

    ReplyDelete
  2. hahaha oppa enough dah tu zharif! Power lah boleh transform dengan ubah gaya rambut je. Tak pernah tahu pulak beza wax, clay dengan pomade. Rasanya wax la better kalau nak style rambut terpacak kan?

    ReplyDelete
  3. la...ada beza rupanya jenis minyak rambut untuk lelaki. Sal pun baru tahu bila baca entry ni dan sesungguhnya memang kena tahu sebab anak suma bujang...harus masing-masing mintak beli. Nak try jugakla machine ni sebab harga cam ok !

    ReplyDelete
  4. Eh. Menarik gak ek bahan-bahan dia.
    Next Rawlins nak cari la - bila Rawlins gunting rambut Rawlins lebih pendek. Hehe
    Thanks Zharif sebab share.

    ReplyDelete
  5. Awak ni memang boleh jadi model la. Gaya rambut macam mana pun nampak helok! Nanti Yaya suggest kat Shawn okay produk penggayaan rambut Machine ni hee

    ReplyDelete
  6. Pakai ni terus nampak mcm oppa oppa ...
    As long as texture light, tak berminyak,
    mudah nak basuh ...mmg best la guna ..
    Dan haruslah wangi kan ..

    ReplyDelete
  7. korean sangat bro :), anak akak yang skola rendah tu pun dah pandai bergaya, pergi sekolah pun nak pakai pomade bagai, takpe janji kemas

    ReplyDelete
  8. WAHH INI KER RAHSIA RAMBUT IKAL MAYANG DAN JUGA CANTIK BERGAYA MACAM AWAK HEHEHE KALAU YANG TAK ADA RAMBUT SANGAT MACAM NI BOLEH GUNA TAK PRODUK NI WAKAKAKAK MALU NAK MENGKU HEHEHEHE.. TAPI BAGUS NAMPAK RAMBUT LEBIH KEMAS DAN SELAMAT....

    ReplyDelete
  9. Nampak cam menarik je produk ni. Harga pun tak lah mahal kan dn bahan yg digunakan pun bagus..bolehlah sis belikan utk anak bujang sis.

    ReplyDelete
  10. Wow! Oppa? Great style lah! Looks good product ni. Tak pernah lagi cx tahu pasal brand in. First time dengar dan dapat maklumat. Memang terbaik!

    ReplyDelete
  11. produk baru ni. boleh suggest kat laki and kawan laki and adik laki. hahah. good one ye.

    ReplyDelete
  12. Perghhh smart dohhh. Bagi orang lelaki inilah penampilannya iaitu bermula daripda rambut. Segak dan bergaya mmg bermula dari rambut

    ReplyDelete
  13. Wow.. Nampak smart la bila.dah gunakan produk tu..
    Terbaiklah..
    Lepas ni kaum adam dah ada pilihan baru la dalam menggayakan rambut.
    Harga produk pun tak mahal mana. Harga mampu milik.

    ReplyDelete
  14. Zul dah cuba wax ni, memang terbaik sebab rambut kekal kemas dan keras. Berbaloi sangat beli produk machine ni!

    ReplyDelete
  15. First time tau pasal produk ni. Saya nk jarang sbnarnya guna pomade atau wax ni. Sbb tak reti nak gayakan rambut haha. Selalu pakai cap ja. Bolehlah nk try produk ni nnti.

    ReplyDelete
  16. uish rambut ni penting bagi lelkai tau..diaorng memng suka gayakan rambut..tapi laki kita tak de rambut..hahaha..kita pun suka tengok laki gayakan rambut..tengok gaya rambut zharif guna machine ni terus woww rambut dia

    ReplyDelete
  17. Betol2 transform sis tengok pic zharif hehe. Untunglah pakar yang ubah imej penggayaan rambut. Sis setuju jugak sebab suami generasi y tengok ramai suka pakai cap. Hehe. Memang takxe nampak die pakai ape2 minyak rambut. Org lain tak sure lah.

    ReplyDelete
  18. Ada kat Guardian ye. Nanti boleh la sis belikan untuk 2 hero sis. Suka depa dengan Pomade. Nak pi sekolah pun rambut mesti nak bergaya. Ikut sis, letak minyak rambut dah cukup dah la. Hahaha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...