Friday, September 13, 2019

5 Tips Untuk Dapatkan Tidur Yang Nyenyak Dan Berkualiti

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Seharian membanting tulang mencari rezeki membuatkan badan kita penat dan juga letih. Rehat yang cukup dan tidur yang nyenyak sangat diperlukan untuk mengisi semula tenaga yang telah dicurahkan. Tapi kita sering mengalami masalah tidur yang tidak cukup, tidak nyenyak dan tidak selesa. Kenapa perkara ini berlaku ? Mari kita ikuti tips berikut untuk dapatkan tidur yang berkualiti dan lebih nyenyak.


1. Jangan makan berat dekat waktu tidur

3 jam sebelum masuk tidur sangatlah dielakkan untuk makan makanan berat. Seeloknya, makan malam anda diambil sekitar jam 6 - 8 malam. Hal ini kerana, kita perlu memberi masa untuk perut kita hadam makanan-makanan tadi. Sekiranya kita langsung tidur selepas makan, dikhuatiri akan datang masalah lain pula dan ia akan memberi impak pada kualiti tidur kita.

Sekiranya anda berasa lapar di tengah malam, cuba elakkan makan-makan berat dan juga pedas. Sebaliknya ambil sesuatu yang ringan seperti bijirin dan juga oat.

2. Jangan minum minuman berkafein

Untuk mendapatkan tidur yang nyenyak, elakkan pengambilan kafein pada belah petang dan malam. Walaupun toleransi terhadap kesan kafein berbeza untuk setiap manusia, tetap perlu dielakkan bagi menjamin kualiti tidur kita. Yer, memang ada Starbucks buka 24 jam. Satu godaan yang sangat berat dan mencabar kerana sukar untuk ditolak. Tambah-tambah lokasinya dekat dengan rumah. Sangat mencabar keimanan !

Ouh ya, aku suka minum teh panas dengan sedikit perahan lemon pada waktu malam. Walaupun ramai kata tak bagus minum teh waktu malam, tapi aku dapati ia bagus untuk aku sebab aku rasa mudah untuk tidur.

3. Mandi dan bersihkan diri

Penat macam mana pon korang seharian, bila balik rumah sebelum nak tidur, WAJIB pergi mandi okay. Macam mana nak dapatkan tidur yang nyenyak kalau badan belengas dan melekit-lekit. Jadinya untuk keselesaan semasa tidur, mandi dan bersihkan diri. Tak kesahlah mandi air panas ke ataupun air sejuk. Asalkan korang mandi. Percayalah, mesti rasa selesa je nak tidur kalau badan dah bersih. Barulah dapat tidur dengan nyenyak.

4. Tilam yang selesa

Yer, ini part yang paling penting. Nak dapatkan tidur yang nyenyak dan selesa, kita mestilah kena tidur di atas tilam yang selesa dan berkualiti. Percaya atau tidak, tilam banyak memainkan peranan dalam memastikan tahap kualiti tidur kita tau. Jadinya, pemilihan tilam sangat perlu dititikberatkan.


Ramai sarankan untuk menggunakan tilam dari Sonno sebab ia mempunyai 3 lapisan gabungan getah (latex) asli. memory foam dan juga support foam. Lapisan-lapisan ini dipercayai mampu memberikan keselesaan pada tulang belakang kita. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan alas lembut yang berteksturkan seperti bubble untuk memberikan keselesaan dan keanjalan.


Alas ini juga berperanan untuk menyesuaikan suhu badan yang mana sekiranya suhu bilik terlalu sejuk, ia bertindak untuk memanaskan badan dan sekiranya ia terlalu panas, ia bertindak untuk menyejukkan badan. Satu teknologi yang aku fikir sangat canggih dan bijak. Ia juga boleh ditanggalkan dan dibasuh. Jadi sekiranya tertumpah air atau kotor, boleh tanggalkan dan basuh.


Bukan sahaja tilam, malah Sonno juga ada mengeluarkan bantal sekali. Akan datang, Sonno juga akan mengeluarkan pelbagai lagi produk-produk  lain untuk menjamin keselesaan dan kualiti tidur anda. Jadi, sesiapa yang berminat dengan tilam Sonno, boleh rujuk harga-harga di bawah untuk setiap saiz yang ditawarkan oleh Sonno.

Single (190x90x23cm) : RM 1699.00
Super Single (190x107x23cm) : RM 1999.00
Queen (190x150x23cm) : RM 2499.00
King (190x180x23cm) : RM 2999.00

Bantal : RM 149.00

Penghantaran dibuat di seluruh Malaysia. Sekiranya ingin menempah, boleh hubungi dan layari laman sesawang berikut :

Website : www.sleepsonno.com

Tel : 016-299 1509

Penghantaran adalah percuma di seluruh Malaysia. Jadi mereka-mereka yang berada di Sabah dan Sarawak, korang pon boleh dapatkan tilam Sonno nie tau. Ouh ya, korang boleh baca feedback-feedback positif akan kualiti dan keselesaan tilam dari Sonno. Rata-rata semuanya sangat berpuas hati.



Aku dah dapatkan satu tilam single dari Sonno. Disebabkan belakang aku asyik sakit je tiap kali bangun pagi, jadinya aku buat keputusan untuk tukar tilam katil. Maklumlah, duduk dekat kolej nie, kena redha je dengan tilam yang pihak kolej bagi. Jadinya, kenalah beli sendiri tilam yang berkualiti untuk keselesaan sendiri. Ye dakk ?


Packaging tilam Sonno memang sangat unik sebab ianya dalam bentuk kotak. Memang sukar untuk dipercayai tapi sungguh, memang tilam ini dibungkus di dalam kotak. Sebaik sahaja tilam itu dikeluarkan, agak MUSTAHIL untuk memasukkannya semula ke dalam kotak. Jadi, pembeli tak perlu risau soal kondisi tilam tersebut kerana tilam dari dalam kotak Sonno merupakan tilam-tilam yang baru.


Selain kualiti dan keselesaan tilam Sonno nie, aku tertarik dengan tawaran 100 hari tempoh percubaan dorang. Sekiranya dalam tempoh 100 hari tu korang rasa tilam nie tak sesuai untuk badan, korang boleh pulangkan tilam tu semula dan dapatkan refund. Tiada kos yang dikenakan untuk memulangkan tilam tu. Malah ada warranty selama 10 tahun lagi.

Menarik bukan ?

5. Bakar tenaga di waktu siang

Bakar tenaga boleh dalam pelbagai bentuk sama ada dengan cara bersenam ataupun dengan cara menyibukkan diri dengan kerja. Sekiranya kita bersenam atau sibuk dengan kerja harian, peluh keluar dan automatik badan kita jadi rasa letih. Bila badan letih maka mudahlah untuk kita tidur di waktu malam.

---------------------------------------------------------------------

Itu sahaja tips untuk memudahkan tidur dan untuk dapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti. Semoga ia membantu !

17 comments:

  1. Jarang dapat tidur berkualiti waktu malam, anak asik kejutkan je hahahaha So, selalu curi masa untuk tidur sekejab pada waktu siang...

    Ke, kena tunggu anak besar sikit kot

    ReplyDelete
  2. dengar jugak tilan sonno ni best tapi k.sal ade baby..dibuatnya tidur terlalu nyenyak kang sampai baby bangun pun tak terjaga ...hikhikhik..nanti k.sal nak share tips ningan husband...untung dapatla hadiah sonno..

    ReplyDelete
  3. kalau saya, kena makan makanan berat, kasi kenyang kaw-kaw punya kalau nak tido lena. jadi ular sawa.hahaha

    Mandi sebelum tidur pun good tips juga tu.memang lena

    whatever it is, bila ada anak kecik, meeeemang kirim salam la nak apply tips2 tido lena..hahahahaha

    Red Linda ~ https://anakperak.com

    ReplyDelete
  4. Nampak kelainannya pada tilam dan bantal jenama Sonno ni. Ada bubble-bubble. Yang bab adjust suhu tu pun luar biasa. Hebat teknologi tilam dan bantal sekarang! Mesti selesa betul la tidur atas tilam ni!

    ReplyDelete
  5. memang tilam main peranan untuk keselesaan n dapatkan tidur yg lena..tilam yg bagus semestinya tilam yg harganya ermmm mahal dan mempunyai kualiti yg bagus hihihi

    ReplyDelete
  6. Ohh ini ker gambar yang macam mangsa kena rogol jer tu wakakakak viral kejap gambar tu. Bila baca betul-betul baru tahu ada masalah tidur kerana tilam yang tidak selesa. Kita tak boleh tilam selesa sangat nanti terus tak nak bangun nak tidur jer sepanjang hari wakakakakka..

    ReplyDelete
  7. selalu dengr pasl tilam vonno je..ni ade sonno pulak..mcm menarik..siap boleh masuk dalam kotak lagi..mesti best tilam nya ni..nanti nak usha la..tidur kualiti memang penting

    ReplyDelete
  8. Hurm. Yang lain tu boleh buat tetapi selalu tersasar berkenaan makanan dan minuman di waktu malam.
    Lagi2 kalau air boba - hanya minum malam kan hahaha

    ReplyDelete
  9. bestnya tilam ni!! Nampak empuk giler. kalau dapat tidur atas ni memang lena habis hahahaha...kita dahla sakit tengkuk sekarang. tengok tilam ni terus meronta nak dapatkan satu hahahah

    ReplyDelete
  10. tilam dan bantal yang selesa memang mek akui dan stuju sangat. bab makan hmmm kadang terbabas jugak. tilam penting tau bukan sekadar nak selesa tidur malah untuk kesihatan tulang belakang.

    ReplyDelete
  11. Tidur yg berkualiti adalah salah satu faktor kesihatan...kalo tido xde quality itu lah yg mengundang pelbagai penyakit...dengan bantal ni mesti tido boleh lena....

    ReplyDelete
  12. thanks for the tips to hv nice sleep... i guess i really need all of it..hehehe... happy sleeping and sweet dreams everyone..

    ReplyDelete
  13. wah.. boleh ikut suhu yea.. bagusnya.. nampak unik.. TB suka tengok corak yang nampak elegan tu.. harga boleh tahan gak ye.. hehehe.. tapi alah membeli menang memakai.. yang penting keselesaan dan tidur yang lena ye tak?

    ReplyDelete
  14. Wow hargannya sangat memerannjatkan. Haha. Sememangnya kualiti tilamnya pasti hebat. Barulah tiduur dengan nyenyak. Terima kasih atas perkongsian ya

    ReplyDelete
  15. Fuhhh harga dia. Kena kumpul duit tabung betul betul ni. 😁😁😁
    Nampak empuk betul tilam bantal tu.
    Ni mau tdo lagi payah nak bangun pagi ni.
    🤭🤭

    ReplyDelete
  16. Banyak kali nampak iklan tilam SONNO ni dekat FB. Cool gila dari packaging kecil macam tu boleh jadi tilam full size biasa. Baca tentang tilam ni pun buat rasa nak beli je tapi harga menangis jugaklah. Macam nak try beli bantal dia dulu tengok macam mana.

    ReplyDelete
  17. Tidur memang penting utk merehatkan badan dan recharge tenaga. Produk ni sangat menyakinkan , siap bagi 100 hari untuk percubaan. Cool!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...