Saturday, August 31, 2019

Penduduk Tanah Merah Kelantan Bakal Menerima Kain Daripada Jakel Secara Percuma

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bertuah sungguh rakyat Kelantan yang menetap di Tanah Merah kerana bakal menerima kain pasang daripada Jakel hasil sumbangan Parlimen Tanah Merah, YB Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abd Azis. Ikuti butirannya !


Ini merupakan tahun ketujuh kerjasama antara Parlimen Tanah Merah bersama pihak Jakel. Usaha murni ini merupakan salah satu cara beliau untuk berterima kasih dan menghargai jasa baik penduduk di Tanah Merah yang senantiasa memberi kepercayaan memilih dirinya sebagai Parlimen Tanah Merah, Kelantan.


Sebanyak 67,000 pasang kain daripada Jakel bakal diagihkan kepada penduduk Tanah Merah secara berperingkat. Pengagihan akan mula dibuat hujung September sehingga hujung tahun ini. Agihan kain pasang Jakel ini tiada diskriminasi di mana kesemua penduduk Tanah Merah bakal menerimanya tanpa mengira jantina, agama dan juga kaum.


Kain yang telah dipilih untuk agihan ini ialah jenis washable silk kosong yang mana ia sesuai untuk semua jantina. Washable silk Jakel ini mempunyai tekstur dan kualiti yang sangat baik untuk digayakan pada bila-bila masa, tidak kira pada musim perayaan, mahupun untuk dipakai pada hari-hari biasa. Malah pilihan warnanya juga sangat pelbagai.


Zharif sempat menghadiri ke sidang media memorandum persefahaman (MoU) antara ahli parlimen Tanah Merah, YB Datuk Seri Ikmal Hisham Bin Abd Aziz, bersama Pengurus Urusan Jakel Shah Alam, Tuan Haji Mohamed Izani Bin Mohamed Jakel. Bertuah sungguh penduduk Tanah Merah mempunyai Parlimen seperti YB Datuk Seri Ikmal Hisham.

JAKEL SEDANG MENGADAKAN JUALAN JUMBO TAHUNAN DENGAN HARGA RUNTUH RM0.90 SEN SEMETER BAGI MENGHARGAI PELANGGAN-PELANGGAN SETIA JAKEL. PROMOSI INI AKAN BERLANGSUNG SEHINGGA 16 SEPTEMBER 2019. JANGAN LEPASKAN !


Sebarang maklumat lanjut akan Jakel dan promosi yang diadakan, boleh kunjungi ke laman sesawang berikut,

Facebook Jakel Shah Alam : https://www.facebook.com/jakelshahalam/
Instagram Jakel Shah Alam : https://www.instagram.com/jakel_shahalam/

10 comments:

  1. Waa bagusnya mereka buat mcm tu, untunglaa penduduk di Tanah Merah tu at least dapatlaa sepasang baju free kan dari Jakel pulak tu insyaAllah kualiti bagus dan cantik2 kan. Anyway fuhh Jumbo Sale tu memanggil betul tuu, wajib pergi tgk tuu hehee!

    ReplyDelete
  2. wah.. seronoknya jadi warga tanah merah kelantan.. dapat kain dari Jakel.. jenis washable silk kosong pulak tu.. sesuai untuk lelaki perempuan nak buat baju.. pemberian pulak tak kira agama .. semua boleh dapat ye

    ReplyDelete
  3. So good that they provide silk to the needs and from Jakel some more. Sedekah kena bagi benda elok baru berkat. But is muslim guy permissible to wear silk?

    And another thing, kain murah tu best nak beli tapi nak pergi ke tukang jahit tu malas. And I gemuk dah. So.. redha dgn jualan kain ituuuu.

    ReplyDelete
  4. Semoga usaha murni ini berterusan dan tahniah pada penduduk Tanah Merah. Btw tulisan merah tu menarik sangat .. hehehe. Terasa macam nak memborong plak ..

    ReplyDelete
  5. Bestnya org Tanah Merah dapat banyaknya kainšŸ¤© Murah rezeki diorg. Makin ramai org ke JakelšŸ‘

    ReplyDelete
  6. eyh, ahli parlimen kita ni. hahah. cam mano kita boleh tak tahu yang kita nak dapat kain jakel free nih.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Bertuahnya penduduk di sana. Dapat kain percuma. Jarang juga saya ke Jakel selalunya bila musim perayaan barulah satu keluarga ke sana. Apa2 pun tahniah penduduk tanah merah ya

    ReplyDelete
  8. wahhh, best lah org Tanah Merah, Jakel sponsor kain pasang, boleh pakai raya tahun depan. Kain Jakel semuanya cantik dan selesa dipakai dalam cuaca Malaysia ni

    ReplyDelete
  9. Waaahhh..untunglah..kain silk cantik pulak tu
    https://anakperak.com/

    ReplyDelete
  10. Beruntungnya jadi penduduk tanah merah. Tiap2 tahun mesti dapat kain Best2 dr Jakel. Tahun lepas pun diaorg dpt gak. Kain kat Jakel mmg Best n terbaik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...