Monday, August 12, 2019

Nikmati Korean Street Food di MyeongDong Topokki

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku nie bukanlah minat sangat dengan makanan-makanan Korea, tapi kalau member nak belanja, aku onzz saja. Ini merupakan kali pertama aku cuba menu-menu di MyeongDong Topokki yang berkonsepkan Korean Street Food.

Ikuti butirannya !


MyeongDong Topokki menyajikan menu-menu yang biasa didapati di Korea. Harga untuk satu sajian di sini sangat berpatutan berbanding restoran-restoran makanan Korea yang aku pernah pergi sebelum nie. Suka datang ke restoran berkonsepkan makanan Korea disebabkan side dishes yang didatangkan sekali dengan meal set yang kita ambil. Jom tengok menu-menu yang telah menjadi santapan kami pada hari itu.

KIMCHI JJIGAE - RM17.90 (Ayam) & RM18.90 (Daging)

Kimchi Jjigae nie merupakan menu sup ala-ala tomyam tapi bukan tomyam yer. Jangan silap. Supnya tak pedas. Rasa dia just nice. Not really my favourite sebab tak pedas. Sape-sape yang tak makan pedas mesti suka dengan menu ini. Ia didatangkan bersama nasi dan juga condiments lain.

BULGOGI BEEF DEOBAP - RM18.90

Satu lagi menu yang tidak berapa pedas. Menu ini sesuai untuk mereka yang gemar hidangan daging yang tidak pedas. Rasanya sedikit manis-manis dan masin. Digaul rata terlebih dahulu sebelum makan ya.

DAKGALBI CHICKEN DEOPBAP - RM18.90

Kalau tengok pada warna dan rupanya, pasti ramai menyangka menu Dakgalbi Chicken Deopbap ini pedas. Tapi sangkaan meleset sekali apabila aku mencuba menu ini sendiri. Rasanya manis-manis sikit.

JAJJANGMYUN - RM18.90

Yang tak nak makan nasi tu, boleh pilih menu Jajjangmyun nie. Rasa dia unik dan pelik sikit. Kepada mereka yang nakkan kelianan, mungkin boleh cuba menu ini.

CHEESE BULGOGI FRIES - RM9.90 (Ayam) & RM10.90 (Daging)
YANGNYEOM CHICKEN - RM10.90
GANJANG CHI-KEN - RM10.90

Untuk hidangan tambahan, aku sangat menyarankan korang untuk order ketiga-tiga menu ini. Sangat sedap ! Dan kali ini, ayam yang berwarna merah itu rasa dia pedas. Sangat-sangat pedas ! Finally dapat pon makan hidangan yang pedas setelah dikecewakan menu-menu lain yang tampak seperti pedas, tetapi tidak. Sangat disarankan ketiga-tiga menu ini !

DOL SOT BIBIMBAP - RM19.90 (Ayam) & RM20.90 (Daging)

Dalam banyak-banyak menu yang aku rasa, menu Dol Sot Bibimbap ini paling terbaik. Rasanya cukup harmoni apabila digaul rata kesemua bahan-bahan yang terdapat di dalamnya. Aku memilih set daging kerana aku lebih gemar hidangan daging apabila berkunjung ke restoran Korea.

MYEONGDONG TOPOKKI - RM7.90 (Regular) & RM11.90 (Large)

MyeongDong Topokki merupakan signature dish di sini, jadi kalau singgah makan di sini, mestilah wajib order kan. Makan ketika panas-panas memang sedap.

HANGUL CHICKEN RAMYUN - RM18.90

Nampak macam mee segera yang kita biasa masak tu tapi bukan ya. Rasanya sedikit sama tapi ada kelainan sedikit. Menu ini didatangkan dengan beberapa side dish lain seperti sushi dan juga kimchi. Terdapat ayam yang digoreng rangup sebagai pelengkap kepada menu ini.


Secara keseluruhannya. aku cukup berpuas hati dengan hidangan yang ditawarkan di Restoran MyeongDong Topokki ini. Kalau korang mencari restoran yang menyajikan menu-menu Korea pada harga yang berpatutan, boleh masukkan restoran MyeongDong Topokki ini dalam senarai okay.


Terdapat lebih dari 10 cawangan di seluruh Malaysia. Jadi korang boleh datang ke mana-mana cawangan yang ebrhampiran dengan tempat tinggal anda.
  • MyeongDong Topokki Sunway Pyramid
  • MyeongDong Topokki 1Utama (New Wing)
  • MyeongDong Topokki Paradigm Mall
  • MyeongDong Topokki Sunway Putra Mall
  • MyeongDong Topokki SS15 Subang
  • MyeongDong Topokki The Mines Shopping Mall
  • MyeongDong Topokki Setia City Mall
  • MyeongDong Topokki IPC Shopping Centre
  • MyeongDong Topokki Sunway Velocity
  • MyeongDong Topokki Kuantan City Mall
  • MyeongDong Topokki Ipoh Parade
  • MyeongDong Topokki Aeon Ipoh Station 18
  • MyeongDong Topokki Kuala Terengganu
  • MyeongDong Topokki Mesa Mall Nilai
  • MyeongDong Topokki Aeon Nilai
  • MyeongDong Topokki Palm Mall Seremban

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan restoran ini, boleh layari laman sesawang berikut.


19 comments:

  1. Sedapnya. Kak min mmg suka makan kat myeongdong ni selalu kalo kat kawasan umah kak min tu mmg ada hehe..sedap sangat! I suka toppoki la opkos!

    ReplyDelete
  2. Masa akak travel ke Korea tahun lepas, satu benda yang akak takut bila tak dapat nak terima masakan Korea. Rupanya akak silap la....Makanan Korea sedap2. Jadi memang boleh la makan makanan Korea ni tapi takde la makan masakan yang pedas. sedang sedang pedas ajer.

    ReplyDelete
  3. Adoi sedapnya tgk ramyeon tu.. Kalau kimchi jigar tu biasanya org panggil sup kimchi.. Buat sup.. Pastu masukkan kimchi n lain2.. Akak selalu gak buat kat umah.. Tak pedas.. Just nice ja

    ReplyDelete
  4. Banyak bro order makan. Makan sorang atau ada geng tumpang sekali. Melihat pada harga dan suasana memang ia akan menjadi pilihan yang utama.

    ReplyDelete
  5. Cx suka tengok orang order dan makan makanan korea. Cx suka nak cuba makan juga tapi yak pandai nak order which one should try and eat. But after read your entry, it will be my reference soon to order my menu hehhe tq !

    ReplyDelete
  6. Last makan kfood dekat kfry rasanya. Rindu nak makan topokki lagi. Dah boleh ni masuk dalam list nak pergi makan di MyeongDong Topokki. Tapi kene check dulu laa kat mana paling dekat hehe. Tq jejaka kaula :)

    ReplyDelete
  7. alamak sedapnya myeondong toppoki. Iza suka dol sot bibimbap n toppoki dia. fav iza 2-2 tu. rasa macam nak pergi je balik kl next week ni.

    ReplyDelete
  8. brape org punyer makan ni? terbaik lah...
    chicken debab. ramyun.
    cheesy fries tu. ya Allah...
    aida ni bukan lah x minat kfood ni. tak pernah makan lagi, zharif!
    aduhai. lom dpt nak berjalan carik mencarik kat melaka ni.
    every weekend asyik lah terjah makanan melayu :) ha ha ha ha...
    ada few restaurants. tapi keraguan terserlah la.
    nak kena gi dataran pahlawan kot. sana sure ada top top restaurant cam korang dok ngap nih :)

    ReplyDelete
  9. uih sedapnya walaupun mek tak berapa in dengann makanan korean. tapi yang cheesy tu memang mek suka..

    ReplyDelete
  10. Wah tuan......bukan main lagi ya :) Tapi kita sama tuan, asal kawan yang belanja kita onzzzz je :) Orang bijak pandai kata, jangan ditolong bila orang ajak makan, kena pula bila dibelanja :) Order jak la..haha..Saya tak pernah lagi merasa makanan Korea ni, mungkin dah tiba juga masanya untuk merasa makanan korea..Kawan2 yang ke korea kata kalau kita makan masakan korea kita akan jadi hensem macam artis korea. Betul ke tuan? Kawan kata...

    ReplyDelete
  11. Aduhhhh sedapnya makanan korea ni. Dulu rajin pegi restoren korea dgn anak. Tp dh duk jauh ni xdaklah. Suami pulak tak suka makanan macam ni. Myendong topoki tu sedapnya. Terkeliur ais tau.

    ReplyDelete
  12. Ya amlun.. Lama dah tak makan makanan korea ni.. Lama aim myeongdongtopoki ni.. Semua menu nampak sedap.. Bolehla nnati cuba...

    ReplyDelete
  13. Pernah nmpak resstoran ni dkt the mines, tpi tak singgah la pulak. Harga mcm berpatutan. Nak singgah la nnti. Nmpk sedap.

    ReplyDelete
  14. Pergh. Banyak juga cawangan restoran korea ni. Tengok mcm byk dish yang tk pedas. Ingatkan makanan korea ni semuanya pedas je. Boleh la cuba ni

    ReplyDelete
  15. Wow sedapnya makanan Korean. Macam-macam nama pulak tu. Tapi sayangggg kat Penang takde lagi cawangan.

    ReplyDelete
  16. Antara fav korean food akak ni. Kat ipoh ada satu oulet dia. Memang nak makan korean food mesti g sini. Servis pun bagus. Eh ni rasa nak g makan lagi ni.

    ReplyDelete
  17. Kita suka makan ayan goreng tu memang sedap dan sangat menyelerakan best giler tapi tak suka yang pedas tu hehehehe sakit perut.. Tapi nanti Zarif nak belanja kita makan sini lagi kan ehhh betul ker wakakakakak....

    ReplyDelete
  18. Terliur tengok, pernah pergi sini sekali dua. Makanan memang sedap, Macam nak pergi lagi try menu lain pulak, tengok Zharif share banyak lagi makanan sedap-sedap yang tak pernah try.

    ReplyDelete
  19. Wah menarik . harga dia pon memang sangat berpatutan. so tak payah nak ke korea bagailah kalau rasa nak makan makanan korea kan. datang sini dah okay.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...