Thursday, August 8, 2019

2D1N @ Tadom Hill Resorts

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nama Tadom Hill pasti sudah tidak asing lagi kerana ia pernah tular satu ketika dahulu di laman sosial akan kejernihan airnya. Aku percaya ramai sudah tahu yang aku nie orang Banting. Tapi terus terang aku cakap, ini merupakan kunjungan pertama aku ke Tadom Hill. Ikuti butirannya !


Nama je orang Banting tapi Bukit Tadom pon tak pernah jejak. Apo 😅.

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk ke sana. Saja bercuti ke Tadom Hill Resorts (THR) dengan kawan-kawan sebab dah lama tak berkumpul ramai-ramai macam nie. Alhamdulillah percutian kali nie sangat dipermudahkan. Terdetik je nak berkumpul, semua sepakat pilih Tadom sebagai lokasi. Lepastu bincang pasal tarikh, terus onz !


Harga tiket masuk ke Tadom Hill Resorts

Nak masuk ke THR nie boleh pilih sama ada nak ambik day pass atau nak menginap. Berikut merupakan butiran mengenai daily pass di Tadom Hill Resorts nie.

DAY PASS TADOM HILL RESORTS
Masa : 9.00 AM - 6.45 PM

DAY PASS
DEWASA
KANAK-KANAK
WEEKDAYS (ISNIN – JUMAAT)
RM 22
RM 17
WEEKENDS (SABTU – AHAD)
RM 25
RM 20
PEAK SEASON
RM 28
RM 22
SUPER PEAK SEASON
RM 30
RM 28

**Kanak-kanak di bawah 3 tahun dan warga emas 65 tahun ke atas masuk PERCUMA
**Jaket keselamatan disediakan secara PERCUMA
**Extend waktu sampai jam 10 malam - Tambah RM10/pax


Selain daripada aktiviti air, pengunjung juga boleh menikmati aktiviti-aktiviti lain yang disediakan di Tadom Hill Resorts nie. Antara aktiviti lain termasuklah, ATV Riding, Flying Fox, Combat Archery dan macam-macam lagi. Untuk aktiviti-aktiviti ini, bayaran tambahan dikenakan kepada pengunjung.

ATV RIDING


ATV Riding mengelilingi kawasan sekitar THR nie agak sedikit mencabar sebab faktor muka buminya yang berbukit. Kelakar pon ada bila ada kawan-kawan yang tersangkut masa nak daki bukit semua tu. Best walaupun agak panas dek terik mentari. Yang nak cuba ATV Riding dekat THR nie, boleh rujuk butiran harga di bawah.

TRACK
WEEKDAYS
WEEKENDS
2.5 KM (Average 20 minit)
RM 48
RM 48
4.5 KM (Average 40 minit)
RM 80
RM 88
NIGHTRIDE (MINIMUM 5 PAX dari 8 PM – 10 PM)
2.5 KM (Average 20 minit)
RM 73
RM 86
4.5 KM (Average 40 minit)
RM 110
RM 128

COMBAT ARCHERY

Mereka-mereka yang menggemarkan aktiviti perang hendap pasti suka akan aktiviti Combat Archery ini kerana di sini, kita berentap mematikan ahli pasukan lawan dan mengejar bendera untuk mencapai kemenangan. Sangat mencabar kerana kita perlukan kemahiran memanah yang betul supaya terus hidup. Main nie kena pantas. Lambat je kena tembak.


Keselamatan amatlah dititikberatkan ketika aktiviti perang berlangsung. Peserta tidak dibenarkan sama sekali menanggalkan topeng ketika di dalam gelanggang. Pada mereka yang berminat nak sertai aktiviti ini ketika di THR, boleh rujuk butiran harga di bawah.

MASA
PAKEJ A (MIN 4PAX)
PAKEJ B (MIN 10PAX)
30 MINIT
RM 35/PAX
RM 25/PAX

FLYING FOX



Seterusnya kami mencuba aktiviti Flying Fox pulak. Flying Fox di THR ini akan merentasi tasik Tadom. Sangat best dan mengujakan. Peserta perlu memakai alat-alat keselamatan seperti harness dan juga topi keselamatan. Seterusnya peserta akan dibawa ke bukit tempat pelepasan dengan menggunakan lori/Hilux.


Boleh saksikan sedikit video yang aku sempat rakam ketika aktiviti Flying Fox dijalankan. Enjoy !


Butiran harga untuk aktiviti Flying Fox di Tadom Hill Resorts nie boleh rujuk carta dalam gambar di atas. Harga dia sangat berpatutan dan percayalah, memang sangat seronok ! Mereka yang sukakan aktiviti yang mencabar dan derasan adrenalin, wajib cuba aktiviti flying fox di THR nie.


BAMBOO RAFT BUILDING + RACE

Untuk day pass tu, tidak termasuk untuk aktiviti rakit buluh nie. Jadinya kalau nak menyertai Bamboo Raft Building + Race boleh ikuti dengan bayaran tambahan.

BAMBOO RAFT BUILDING + RACE
RM 78/PAX



Agak penat ya berlumba rakit buluh nie. Sebagai seorang yang tak reti berenang, rasa macam tak menyumbang apa-apa pada ahli kumpulan. Hahahaha. Tapi best aktiviti nie cuma sedikit memenatkan.

AKTIVITI AIR LAIN YANG BOLEH DICUBA (Day Pass tiket)



Puas berendam dalam air. Habis kecut semuanya. Sesekali dapat berendam, mestilah kena berjam-jam kan. Bukan selalu dapat peluang mandi-mandi macam nie. Okay dah jom balik bilik dan bilas badan untuk aktiviti BBQ pulak.


PENGINAPAN

Kesemua kemudahan dan tempat penginapan di sini sangat unik kerana semuanya menggunakan batang buluh. Termasuklah penginapan kami pada malam itu. Bentuk banngunan ini sangat unik. Ia diinspirasikan oleh seni bentuk binaan rumah kaum nomad Hakka di China. Bnetuknya yang bulat bertujuan untuk melindungi penginapan mereka dan isi di dalamnya daripada musuh.


Tulisan China yang terdapat di pintu masuk ini bermasksud "HAKKA VILLAGE" Lihat sahaja seni bentuk rekaan bangunan ini, semuanya diperbuat daripada batang buluh. Malah perabot seperti katil, meja dan pintu bilik juga dibina daripada batang buluh. Bilik-bilik di Hakka Village nie boleh memuatkan 6-7 orang satu bilik. Oleh kerana kami semua berjumlah 20 orang, jadinya kami ambil 4 bilik di Hakka Village.


Di Tadom Hill Resorts, terdapat pelbagai jenis penginapan. Jadi pengunjung boleh pilih penginapan mengikut kapasiti yang mereka mahukan dan jenis bilik yang macam mana. Untuk maklumat lanjut tentang jenis-jenis bilik dan harga, boleh rujuk di laman sesawang berikut : https://tadomhillresorts.com/accommodation/


Hakka Village nie ada dua tingkat sahaja. Untuk tingkat bawah, kesemua bilik ada pendingin hawa. Untuk tingkat atas, semua bilik menggunakan kipas. Jadi kalau nak lebih selesa, korang boleh pilih bilik yang berpendingin hawa. Bilik air tidak attach dengan bilik, konsepnya ibarat macam dekat kolej atau asrama, berkongsi bilik air.

BER-BBQ @ TADOM HILL RESORTS


Untuk ber-BBQ, pengunjung tidak dibenarkan untuk membawa bahan mentah sendiri. Kesemua bahan mentah dan termasuk peralatan, akan disediakan oleh pihak THR. Pengunjung hanya perlu menempah dan bayar di kaunter untuk ber-BBQ di sini. Jadi tak perlu korang susah-susah bawak banyak-banyak benda untuk datang bercuti. Renyah kalau nak bawa bahan mentah dari rumah. Tambah-tambah bahan-bahan basah.


Untuk makan-makan tengahari, tak perlu risau, sebab dekat Tadom Hill Resorts nie ada kafe-kafe yang menyediakan makanan. Untuk makanan tengahari kami, kami makan hidangan buffet dari Kafe Tadom Hill Resorts.


PRODUK BERASASKAN BULUH YANG DIHASILKAN DI THR

Oleh kerana, majoriti penggunaan buluh digunakan di sekitar Tadom Hill Resorts ini, makanya pihak pengurusan mengambil kesempatan ingin menerangkan serba sedikit kegunaan dan manfaat buluh kepada semua. Tidak ramai yang tahu bahawa buluh sebenarnya banyak fungsi nya. Konsep yang cuba diketengahkan oleh THR ialah zero waste dan seorganik yang mungkin. Jadinya dengan mengolah manfaat buluh, pihak penguasaha berjaya menghasilkan beberapa produk berasaskan buluh.


Sebagai contoh, arang yang digunakan untuk ber-0BBQ di sini tidak menggunakan arang batu mahupun arang kayu. Mereka menggunakan arang buluh yang mereka hasilkan sendiri. Penghasilan arang buluh ini mengambil masa selama 4 jam. Selain menjadi bahan bakar, arang buluh ini juga mampu menghindar bau busuk. Setiap bilik penginapan di THR, arang buluh akan diletakkan di dalam beg bagi meresap bau-bau yang tidak dingini.


Mereka juga ada menghasilkan minyak buluh yang mampu menghalau serangga perosak dan juga bertindak sebagai insects repellent. Hebat ! Sebab itu, pengunjung dapat lihat sangat kurang kehadiran lalat mahupun nyamuk. Ada tu still ada tapi tidak banyak. Pengunjung juga boleh beli minyak buluh itu dengan harga cuma 1 ringgit sahaja untuk satu botol. Baja juga mereka hasilkan dengan menggunakan buluh. Tak sangka banyak kegunaan buluh yang kita tidak tahu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
2 hari 1 malam penuh dengan aktiviti. Sangat seronok sesekali dapat bercuti dengan kawan-kawan, meluangkan masa bersama-sama. Bila masing-masing dah kerja nie, nak luang masa macam nie bukan selalu. Nak kena plan betul-betul bagi semua free. Jadi, memang sangat disarankan untuk korang buat gathering kat sini. Best !

TADOM HILL RESORTS
No 2, Jalan Bukit Tadom, (Kg Orang Asli) Kg Labohan Dagang, 42700 Banting Selangor

Phone numbers: 
012-5225728, 012-5225908, 012-5225883 
(Hotline Hours: 9.00am – 10.00pm)

E-mail: 
info@tadomhillresorts.com
reservation@tadomhillresorts.com


Day Pass Opening Hours: Monday – Sunday (9.00 AM – 6.45 PM)

19 comments:

  1. Bestnya...!! Seeonok enjoy kalau dapat pegi sini. Paling kita suka aktiviti flying fox dan BBQ. Ni kalau rekemen kat opis untuk aktiviti team building bagus ni kannn?
    Thnaks tau sharing

    ReplyDelete
  2. Bestnya.nak pergi tadom hill. I pernah dengar sini best untuk team building. Nanti i share web u. Very detail...i suka :) BBQ guna buloh tu menarik betul

    ReplyDelete
  3. selalu dengar pasal resort ni kalau nak buat family day ke apa tapi tak pernah lagi pergi. boleh lah plan trip dengan member lepas ni

    ReplyDelete
  4. Tak pernah tau pun Banting ada tempat mcm ni. Dekat je la klau nak gi dr KL. Buat family day syok ni.

    ReplyDelete
  5. Wah,byk aktiviti menarik ya kt sini. Dah lama teringin nak ke THR ni tapi takda kwn nk bwk haha. In shaa Allah lepas ni akan pergi jika ada peluang. Terima kasih share ya.

    ReplyDelete
  6. First time heard about Tadom Hill and love this place so much after reading your post. I'm sure my children will love this place too especially the activities there.

    ReplyDelete
  7. menarik ni, zharif. meskipun aida ni sejenis yg x brape nak lasak, but, lihat surrounding nyer, tertarik.
    then penginapan nye pun sungguh-sungguh back to nature nampak nyer :) terbaik.
    asben minat ni semua ni. then gi ramai2, kan. baru la syok.
    meriah ramai2 join semua aktiviti yg ada.
    teringin nak try flying fox tu tau. pe lah rasa nyer ye? :)
    rakit buluh tu aida takot lah. tak pandai berenang, karang pe pe jadik, haruuuuuu!!!!

    ReplyDelete
  8. uikh.. seronok ni. seronok kalau pergi ramai2 buat aktiviti sama-sama macam zaman muda mudi. atau buat family day. ni kena masuk dalam list ni. biasa dah sampai tarikh nak cuti masa tu la lupa terus mana tempat best nak pergi.hihii.. tq for sharing this.

    ReplyDelete
  9. Best tuuu pergi Tadom Hill! Memang banyak aktiviti2 menarik yg kita boleh buat kat Tadom Hill tu kan, best kalau pergi dgn family atau berkumoukan! Tempat pon cantik dan nyaman, tenang je stay kat situ kan.

    ReplyDelete
  10. Nama je duk Kl, tapi tak pernah jejak kaki ke sana lagi. Apooolah (rubylah tu) hehehe.

    Flying fox tu bestnya. Wajib pergi ni. Lagi ramai lagi meriah kan.

    Malam lak berBBQ

    ReplyDelete
  11. Kalau pergi sini untk beriadah bersama-sama keluarga tercinta best nie. Melihat pada harga not bad dan mampu membayarnya dengan kawasan yang indah lagi gempak hehe.

    ReplyDelete
  12. Masih ingat lagi kita pernah pergi Tadom Hill ni tahun lepas kot untuk program company tapi tak adalah cantik macam sekarang ni makin bertambah lagi kemudahan dan aktiviti kat situ bestnya nampaknya kena ulang datang lah sini lagi hehehe...

    ReplyDelete
  13. Wah Tadom dah ada banyak aktiviti air sekarang. Hakka village tu pun daj siap. Last year masa kak ana ke sini, masih dalam pembinaan. Ni yg rasa nak repeat blk ni.

    ReplyDelete
  14. Tak sangka rupanya banyak aktiviti yang boleh buat dekat Tadom ni. Ingatkan ada tempat mandi je. Sebab masa viral tempat ni dulu, orang duk mention pasal tempat mandi tu je

    ReplyDelete
  15. Terbaiklah review dari tuan @Zharif. Dulu zaman belajar selalu juga lepak kat banting. Hope boleh la ke Tadom Hill ni bawa anak bini bercuti nanti. Dah lama tak mai semenanjung tuk cuti2 dengan anak dan isteri. Thanks tuan.

    ReplyDelete
  16. oh my god, best giler tempat dia kot..banyakaktiviti boleh buat..sesuai ni baak family ke sini..tempat tidurnya pun macam best je...

    ReplyDelete
  17. Tadon Hill Resorts ni sebenarnya famous. Pernah terfikir nak bawa family sebab banyak aktiviti. Tapi sebab ada anak kecik, kita simpan sampai anak-anak besar sikit. Menariknya banyak produk berasaskan buluh!

    ReplyDelete
  18. Ehhh boleh ambik day pass ya???
    ingatkan mmg kena menginap sana. boleh laa buat dating port ni! hahaha

    ReplyDelete
  19. Menarik ni. Boleh cadang untuk team building department!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...