Monday, March 4, 2019

Pure Heart Program Anjuran Muslim Volunteer Malaysia

Assalamualaikum and good day everyone

Nama pertubuhan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) pasti sudah tidak asing lagi di Malaysia. Siapa yang tidak mengenali pertubuhan yang banyak membanting tulang membantu dan menjayakan misi-misi kemanusiaan ini. Antara program yang telah dijalankan ialah Program Pure Heart. Ikuti butirannya !


Program Pure Heart oleh Muslim Volunteer Malaysia

Pada mereka yang masih belum maklum, program Pure Heart ini ialah sebuah program khas yang dibentuk untuk membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan RM1500 ke bawah agar dapat menjalankan kehidupan harian dengan lebih selesa. Bentuk bantuan yang diebrikan adalah dalam bentuk barangan asas dapur dan latihan kemahiran seperti menjahit dan memasak.


Siapa sangka, program Pure Heart yang ditubuhkan sejak tahun 2016 ini telah menyenaraikan MVM sebagai 5 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik di Malaysia oleh pihak IM4U dalam Volunteer Malaysia Awards 2016 - Anugerah Perdana Menteri. Program yang kini usianya sudah menjangkau 4 tahun diadakan selama 10 bulan setiap tahun bermula bulan Februari sehingga November.


Setiap tahun, MVM berkolaborasi dengan sekolah kebangsaan di sekitar Selangor yang berbeza. Sekolah yang telah terpilih akan dikenalpasti keluarga asnaf yang berpendapatan RM1500 kebawah seisi keluarga. Program ini juga turut mendapat khidmat nasihat daripada pihak Zakat Selangor sendiri. Antara sekolah-sekolah yang telah berkolaborasi bersama MVM untuk program Pure Heart ini dan bilangan keluarga yang menerima bantuan :
  • 2016 - Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam (88 keluarga)
  • 2017 - Sekolah Kebangsaan Puchong Utama (200 keluarga)
  • 2018 - Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana (220 keluarga)
  • 2019 - Sekolah Kebangsaan Puchong Indah (250 keluarga)

Secara keseluruhannya, penerima bantuan dalam program Pure Heart selama 4 tahun program ini dilaksanakan adalah sebanyak 3790 orang. Satu angka yang agak banyak ya.


3 Fasa Bantuan Program Pure Heart

1) Fasa Bantuan Barangan Asas

MVM memfokuskan keperluan barangan asas kepada penerima bantuan. Kebiasaannya, penerima bantuan akan mendapat kotak Pure Heart yang mengandungi pelbagai barangan asas untuk keperluan merekse sekeluarga selama sebulan. Bukan sahaja terhad kepada keluarga penerima, anak-anak asnaf juga turut mendapat faedah dalam fasa ini. Ia berupa bantuan pendidikan dan bantuan pek permulaan sekolah seperti alat tulis, uniform sekolah dan sebagainya.

Penerima bantuan kotak Pure Heart

2) Fasa Bantuan Kemahiran

Bagi memastikan asnaf mampu berdaya saing seiring dengan cabaran ekonomi, MVM telah mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan yang berbentuk latihan dan kemahiran. Antara bantuan kemahiran yang disertakan termasuklah latihan kemahiran seperti memasak dan menjahit, pengisian rohani dan emosi, latihan pengurusan kewangan dan keselamatan serta lain-lain.


3) Fasa Bantuan Komitmen

MVM perhatikan ada beberapa keluarga asnaf yang mempunyai kemahiran dan bakat tersendiri yang mungkin dapat membantu dalam menambah pendapatan keluarga mereka. Justeru itu, MVM cuba membantu penerima bantuan yang komited dan bersungguh untuk memulakan perniagaan. MVM juga menawarkan peluang menunaikan umrah kepada keluarga yang paling komited dalam program Pure Heart sepanjang tahun. MVM akan meneruskan usaha untuk membawa lagi satu pasangan keluarga asnaf untuk menunaikan umrah bagi keluarga yang memberikan komitmen yang tinggi sepanjang program Pure Heart pada tahun 2019 ini.

Kelainan Program Pure Heart 2019

1) Kempen Lunch Box Junior

Tahun ini, MVM menambah lagi 2 inisiatif bantuan khas kepada anak-anak keluarga asnaf iaitu tajaan kelas tambahan dan juga bantuan keperluan asas persekolahan seperti bekas makanan dan botol minuman dalam kempen Lunch Box Junior.


2) Kempen Dapur Berasap, Keluarga Bahagia

Kempen Dapur Berasap, Keluarga Bahagia merupakan kempen baharu dalam program Pure Heart. Kempen ini membuka peluang untuk mereka yang berada di sekitar Lembah Klang dan Selangor untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk barangan asas dapur seperti beras, minyak masak, gula, kicap, tepung dan sos cili. Orang awam boleh menghantar barangan asas dapur tersebut ke alamat berikut :

Pusat Tuisyen Salam MVM, Puchong Prima
Waze : K3 Farmasi / Luni Collection
Landmark : Berdekatan stesen LRT Puchong Prima
Tel : 012-235 6854 (Azizi)

3) Kempen Wakaf Buku Si Cilik

Kempen Wakaf Buku Si Cilik merupakan kempen khas untuk Pure Heart Februari 2019 ini. Kempen ini bertujuan untuk memupuk minat membaca agar ia menjadi hobi si cilik di sekolah mahupun di rumah. Kempen ini membuka peluang untuk orang ramai menyumbang pelbagai jenis buku terpakai bagi kegunaan murid-murid terutamanya anak asnaf di sekolah. Buku-buku terpakai yang dikira sesuai untuk pembacaan pelajar sekolah rendah seperti buku latihan, kamus, buku agama, buku cerita kanak-kanak, Al-Quran atau muqaddam bolehlah diposkan pada HQ Muslim Volunteer Malaysia :

12-1 Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor
Waze : Muslim Volunteer Malaysia
Tel : 012-235 6854 (Azizi)


Peluang untuk bersedekah buat keluarga asnaf Pure Heart

Muslim Volunteer Malaysia mengalu-alukan orang ramai untuk bersedekah bagi menjayakan program Pure Heart ini. Barangan bantuan adalah dalam bentuk barangan asas dapur dan keperluan harian. Ia akan dibungkus di dalam kotak Pure Heart yang khas. Jenis barangan bantuan adalah seperti berikut :
  • Barangan asas dapur seperti beras, minyak masak, gula, kicap, sos cili/tomato
  • Barangan memasak atau makanan tambahan seperti rempah ratus, perisa, jus kordial dan lain-lain
  • Kit kebersihan seperti sabun, shampoo, berus gigi dan lain-lain.


Kotak Pure Heart dianggarkan bernilai RM80 untuk satu keluarga dan MVM mensasarkan sebanyak 250 buah keluarga setiap tahun. Oleh itu, jumlah sasaran yang diperlukan adalah sebanyak RM20,000 sebulan, atau RM200,000 untuk 10 bulan sepanjang program Pure Heart ini berlangsung.

Atau orang ramai boleh memilih mengikut pilihan tajaan seperti yang berikut.

Tajaan Sebulan:
1. Tajaan Barangan Asas 1 keluarga = RM80 sebulan
2. Tajaan Barangan Asas 3 keluarga = RM240 sebulan
3. Tajaan Barangan Asas 6 keluarga = RM480 sebulan
4. Tajaan Barangan Asas 10 keluarga = RM800 sebulan

Tajaan Setahun (10 bulan):
1. Tajaan Barangan Asas 1 keluarga = RM800 untuk setahun
2. Tajaan Barangan Asas 3 keluarga = RM2,400 untuk setahun
3. Tajaan Barangan Asas 6 keluarga = RM4,800 untuk setahun
4. Tajaan Barangan Asas 10 keluarga = RM8,000 untuk setahun


Anda juga boleh menyumbang terus ke website donation MVM : www.donation.mvm.org.my
Bagi urusan penajaan korporat atau tajaan lain-lain, boleh hubungi wakil MVM

Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
Tel: 03-8074 0434 / 012-235 6854 (Azizi)
Email : fund@mvm.org.my


20 comments:

  1. Satu usaha yang murni untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan di Lembah Klang ini yang sememangnya memerlukan kewangan untuk meneruskan kehidupan. Semoga usaha baik ini mendapat manfast dan sama-sama lah kita menjayakannya. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. alaa seronoknya , kenapa tak hajak join sekali ...biasa tengok iklan jer...tapi memang akan share aktiviti diorang kat fb...walaupun tak dapat menyumbang dari segi kewangan ..tolong share dan sebarkan apa yang diorang buat dah cukup bermakna...insyaAllah ada rezeki lebih boleh menyumbang ke sini

    ReplyDelete
  3. Actually dah lama cari NGO Muslim yang macam ni secara wholesome. First time dengar Muslim Volunteer Malaysia. In Sha Allah akan KIV ni untuk program mendatang as volunteer pulak.

    ReplyDelete
  4. wah..bagusnya ada kempen-kempen macam ni.. dapat meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah.. disamping berbakti kepada yang emmerlukan, dapat juga menambahkan iman dan pahala.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  5. Suka tgk semua inisiatif yg digariskan oleh Muslim Volunteer Malaysia ni. Banyak cabang bantuan yg disediakan. Semoga membuka byk mata utk membantu samada menderma atau menjadi sukarela MVM.

    ReplyDelete
  6. bagus kan kalau prgoram mcm ni sentiasa berjalan bolehlah tolong meringankan beban mereka. dalam masa sama ajak lebih ramai belia utuk turut buat kerja amal

    ReplyDelete
  7. Bagusnya program Pure Heart ni dalam membantu golongan asnaf. Disamping itu kita juga berpeluang untuk menyumbang dan bersedekah kepada mereka

    ReplyDelete
  8. Bagus aktiviti macam ni dan perlu diperluaskan lagi, kalau boleh libatkan semua perbadanan atau syarikat2 gergasi di malaysia kan..mereka sure ada CSR program..at least nasib golongan yang kurang bernasib baik terbela..ye tak?

    ReplyDelete
  9. Wah bagusnya ada program- program macam ni. Pernah dengar juga psal muslim volunteer before bnyk bntu- bantu macam ni. Ni buat pula untuk golongan pendapatan rendah. Rasa nk join pulak. Besr

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Semoga program2 amal mcm ni diteruskan dan lebih ramai rakyat malaysia turut menyumbang.

    ReplyDelete
  11. Bagusnya program macam ni. Dulu masa belajar sellau join program volunteer macam ni. Sekarang ni dah kurang mngkin faktor sibuk sangat dengan kerja kot

    ReplyDelete
  12. Suka tengok Muslim Volunteer Malaysia ni di instagram. Cepat je kemaskini aktiviti mereka. kita yang menderma pun boleh tahu apa mereka sedang lakukan. Tambahan mereka ramai anak-anak muda yang tidak jemu membantu orang ramai. Semoga Allah s.w.t berikan banyak pahala kepada mereka yang terlibat.

    ReplyDelete
  13. Suka tgok usaha2 community mcm ni buat untuk bantu org yang memerlukan... Harap program2 cmni dapat membuka mata masyarakat bahwa golongan yg xmampu juga layak untuk dapat perhatian dan bantuan..

    ReplyDelete
  14. AM sangat menyokong program seumpama ini yg memberi bantuan kepada golongan asnaf dan mereka yg memerlukan.. Harap lebih ramai yg prihatin dan tampil sukarela memberi bantuan.. Insya Allah

    ReplyDelete
  15. Satu program yang sangat hebat dan patut dicontohi oleh semua. Kiranya jadi masyarakat prihatin sentiasa memberi bantuan kepada org lain. Akk suka aktiviti macam ni. Dapat join mmg best

    ReplyDelete
  16. Onie respek mereka yang turut serta terutama sukarelawan yang sedia membantu untuk program kemanusiaan macam ni, best! Moga program begini terus berpanjangan :)

    ReplyDelete
  17. This is such as a good program as it allows those who are financially stretched to have their burden alleviated. More companies need to do such charity work.

    ReplyDelete
  18. Insyallah Yana akan hulurkan bantuan dalam bentuk bahan makanan...Soon will go to the centre to drop off some of the barangan dapur. Hope it will help.

    ReplyDelete
  19. Bersyukur selalu terdapat program CSR seperti ni utk membantu komuniti yang memerlukan. Berharap ada program yang dapat membantu komuniti yang buta huruf untuk belajar semula supaya dapat menyara hidup sendiri dan jugak membantu orang yang memerlukan.

    ReplyDelete
  20. Bestnya join program2 mcm ni..
    I wish they have this progrm in penang.
    Boleh la akak join kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...