Saturday, November 24, 2018

Agrobazaar Online Membuat Promosi Kaw2 Bersempena MAHA 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) kini kembali lagi. Acara dwi tahunan ini diadakan sekali lagi di MAEPS Serdang. Baru-baru ini aku berkesempatan untuk ke sana untuk melihat sendiri kemeriahan MAHA 2018. Jom ikuti butirannya !


MAHA merupakan acara yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak, terutama sekali buat petani-petani Malaysia dan penggiat-penggiat tempatan dalam arena pembuatan makanan. Hal ini kerana, di sinilah ruang dan peluang untuk mereka mempromosikan dan menjual produk yang mereka hasilkan. Terdapat banyak produk-produk tempatan yang dihasilkan, dijual di sini. Di sinilah tempat berkumpul buat semua peniaga-peniaga tempatan.


Terdapat banyak tarikan untuk MAHA 2018 kali ini. Tapi apa yang menarik perhatian aku ialah di booth Agrobazaar Pavillion. Setibanya aku di sana, terdapat pelbagai aktiviti sedang rancak dilakukan. Aku berkesempatan untuk turut serta salah satu permaianan yang terdapat di situ.



Memang meriah sungguh sambutan di Agrobazaar Online Pavilion nie kerana pengunjung dapat bersama-sama turut serta permainan yang disediakan. Tambahan lagi, permaianan yang dianjurkan sangat best dan senang. Sekiranya korang hendak turut serta aktiviti yang dilakukan di sini, boleh saksikan jadual aktiviti di bawah untuk rujukan.


Antara tarikan yang ditawarkan di booth Agrobazaar Online yang terdapat di MAHA 2018. Jangan lepaskan peluang ini untuk turut serta dan membawa peluang pelbagai hadiah.


Bukan itu sahaja, Agrobazaar Online juga turut mempromosikan barangan jualan mereka melalui pembelian atas talian. Terdapat sehingga 50% potongan untuk barang-barang yang dijual secara atas talian. Boleh terus kunjungi laman sesawang Agrobazaar online melalui butiran di bawah :





Kepada mereka yang masih belum cakna, Agrobazaar Online merupakan satu platform yang menjual produk atau barangan hasil tempatan. Hanya produk tempatan sahaja ada dijual di sini. Ia sekaligus membuktikan orang tempatan juga mampu menghasilkan produk setanding dengan jenama terkenal antarabangsa. Jadi, jangan lupa beli dan beri sokongan kepada produk tempatan 😊




Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah dengan setiap pembelian minimum RM50 di laman sesawang atau melalui aplikasi Agrobazaar Online. Terdapat pelbagai hadiah-hadiah lumayan yang disediakan, seperti barangan elektrik seperti perkakas untuk memasak dan banyak lagi. Jom beli & menang !


Yang berkesempatan untuk datang ke tapak MAHA 2018, bolehlah lakukan sedemikian kerana banyak tarikan menarik untuk MAHA kali nie. Jom ramai-ramai datang !

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018
(MAHA 2018)
Waze : MAEPS, Serdang

Tarikh : 22 November - 2 Disember 2018

10 comments:

  1. Menarik... Jom singgah ke MAHA 2018 cuti ini.

    ReplyDelete
  2. Wah bagus nih ada pameran hortikultur dan agro. Sangat penting untuk dikunjungi sebab tak selalu ada pameran seperti ini. Sy kira ini produk produk pertanian khas yang dijual disini ke?

    ReplyDelete
  3. Nak pergi nanti kalau boleh nak terjah time weekdays sebab tak sanggup nak bersesak huwaaa tapi cuti sekolah la pulak haha insyaAllah nak pergi kalau berkesempatan memang best lagi2 kalau ada food tester :p

    ReplyDelete
  4. wow glad to see this MAHA 2018, so fast another year. Now we know what can do if go there, yeah school holiday has started. Shall plan the schedule soon.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah jejak kaki kat MAHA lagi. Sedih plak rasanya. Bila baca entri ni terus berkobar nak ke sana. Wajib singgah AgroBazaar Pavilion ni juga. Nak tgk hasil produk tempatan yang ada.

    ReplyDelete
  6. Percaya tak, dalam byk2 MAHA ni, org tak pernah pegi skali pun. Sobs. nak gak skali try pegi. Macam best je ssemuaborg duk share T_T

    ReplyDelete
  7. Saya pun suka singgah MAHA, blh terus beli produk drpd petani. Skrg siap ada aplikasi agrobazaar online. Nak download jugak.

    ReplyDelete
  8. Teringin sangat nak pergi MAHA ni tapi tak berkesempatan langsung. Selalu baca banyak kedai yang best.

    ReplyDelete
  9. Kalau pergi MAHA memang best. Banyak perkara baru, idea2 bernas dan teknologi pertanian yang kita boleh tahu. Emm test food pun banyak hahaha. Kalau ke MAHA wajib singgah di Agrobazar dan FAMA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...