Thursday, March 15, 2018

Produk Batik Dari Desa Alam Batek

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk mereka yang menggemarkan produk batik, meyh sini dekat-dekat dan rapat-rapat. Aku nak cerita produk batik dari Desa Alam Batek. Aku memang amat menggemari produk-produk yang bermotifkan corak batik. Bagi aku personally, corak batik nie memberikan satu vibe classy kepada si pemakai. Selain itu ia nampak santai dan unik.


Semasa mengikuti trip #TraveloguePangkor yang dikelolai oleh Borakkita.com pada hujung bulan February yang lalu, Desa Alam Batek sangat bermurah hati kerana telah menaja beberapa produknya kepada kami. Merasalah aku mengenakan produk Desa Alam Batek di Pulau Pangkor. Memang kena sangat dengan mood bercuti !



Desa Alam Batek telah memberi aku sebuah ? sebiji ? sepelengkap ? seutas ? Eh apa-apa lah yang sesuai dengan seluar. Memang aku suka sangat seluar batik nie. Ringan dan berangin je rasa. Memang sesuai dikenakan ketika berada di pantai-pantai. Barulah boleh fefeeling tourist di negara sendiri. Tak gitu aunty-aunty onion semua ?



Desa Alam Batek sudah beroperasi selama 2 tahun dalam dunia batik. Dan bukan seluar sahaja yang mereka buat, tapi macam-macam lagi. Antaranya ialah kain pasang, cenderahati batik, scarf, batik kit, baju kemeja lelaki, baju kurung moden perempuan, bandana dan juga batik pants yang kami pakai nie.



Terdapat dua jenis batik pants untuk lelaki. Satu batik pants panjang dan satu lagi batik pants pendek. Perbezaan batik pants lelaki dan perempuan ialah, batik pants lelaki terdapatnya poket di seluar, manakala batik pants wanita tiada poket.


Sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Buat para muslimah, tengok sahaja kelebaran seluar ini. Lebar, so jangan risau kerana ia tidak ketat. Sangat muslimah friendly gituee.

Dari segi harga, berpatutan dengan kualiti batik itu sendiri. Fabrik dia cotton berkualiti tinggi. Ringan dan sejuk dipakai.

Batik Pants : RM 100
Batik Short Pants : RM 80
Bandana : RM 35

Kalau korang berminat dengan produk-produk batik dari Desa Alam Batek nie, boleh terus ke studio batik mereka yang terletak di Shah Alam atau terus je telefon nombor yang tertera di bawah.

Studio Desa Alam Batek 

No 15 Block 2B, 
Jalan Pegaga G U12/G,
Desa Alam, Seksyen U12,
40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tel : 017-686 0207
Tel Office : 03-3358 4334

Email : desaalambatek@gmail.com


Jom ramai-ramai dapatkan produk-produk dari Desa Alam Batek. Boleh lah fefeeling tourist !

Entri ini bersempena familiarisation trip Travelogue Pulau selama 5H4M
ke Pulau Pangkor yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Perak.

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat
Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee, Desa Alam Batek, Mama Mia Skin, Mod Gear
kerana telah menaja travelogue kali ini

21 comments:

  1. Siapa lagi kan kalau bukan kita yang memperkenalkan batik ni pada orang luar.. Terbaik lah Zharif.. Batik memang cantik pun.. LeYa pun suka

    ReplyDelete
  2. Seluar pink tu cantik. suka.

    ReplyDelete
  3. cntik plk tgk batik ini.. nk try gak beli.. betsnya gi pangkor.. x roger cik en pon.. cik en dok sini gak..

    ReplyDelete
  4. Cantik corak batik tu zharif. Berkenan pula kak ana. Nampak selesa sangat pakai masa bercanda di tepian pantai mengejar ombak. Eh!! #auntyauntyonionsangat

    ReplyDelete
  5. cantiknya batik pants yang color purple tu.. loose and nice sesuai jugak untuk wanita muslimah nak menggayakan kalau lepak pantai.. thanks for sharing the info. dah dekat dengan rumah so boleh visit bila ada masa nanti.

    ReplyDelete
  6. I like the artwork of the Batik shown here. Looks artistic and beautiful in many way.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya korang...tgok Sienny tu haaa...bukan main lagi dia posing...siyesly batik tu cantik giler..kalau akak pun memang teruja nak pakai...cantik la kaler dan corak dia...untung ada yang sponsor

    ReplyDelete
  8. Cantiklah. Harganya tu setanding dengan kualiti batik pants tu dan juga keunikan batik itu sendiri. Cutting loose macam ni sesuai sangat untuk para wanita. TAk perlu risau ketat ke apa ke kan.

    ReplyDelete
  9. Saya memang suka koleksi batik walaupun kain atau baju

    ReplyDelete
  10. cantik lah seluar tu nampak selesa kalau pakai buat tido angin masuk hehehehe ada saiz ker kalau macam saya ni boleh pakai tak muat tak wakakakakaka...

    ReplyDelete
  11. Lawa-lawa dan unik design dia. Paling best, sesuai pakai nak pegi mana-mana. Dating pun boleh pakai gak.

    ReplyDelete
  12. Batik ni yang bestnya corak dia lawa-lawa. Buatlah ape pun, pants ke sarong ke kemeja ke semua cantik tau! Batik pants sambil jalan-jalan tepi pantai mesti sweet je. hehe

    ReplyDelete
  13. amboiii kemain posing. Model batik sangat2 haha. zharif pakai baju putih pulak tu, kena sangat la dengan batik pants tu.

    ReplyDelete
  14. Cantik la seluaq awek sebelah tu...
    Akak pun mmg suka batik2 ni..jangan tak tau akk suka pakai kain batik uolls

    ReplyDelete
  15. cantik lah batik-batik ni.. Kalau bawak kat pantai memang sesuai sangat ! menyerlah ! btw first time masuk blog ni. Baru perasa ada blogger hensem kat sini hehhehe

    ReplyDelete
  16. I really like the batik prints, it's lovely. The pants looks so comfy I'll surely get a few for myself.

    ReplyDelete
  17. tq desa alam batik yang bersama dengan kami kali ini ke pulau pangkor dan tq zharif share gambae2 menarik.

    ReplyDelete
  18. Lovely.... I am looking for this type of pants for myself last week and so coincidence I am going to the island soon. Cool... Can wait to check this out....

    Racheal

    ReplyDelete
  19. Minat gak lah seluar mcm ni..senang nak pakai ke pandai. Kalau ada masa nak gi.beli lah sb sis pun nk ke langkawi nanti ni.

    ReplyDelete
  20. Cantik juga batiknya... Eh tangan berurat timbul tue.. rindu nak tangan macam tue.. dulu urat timbul.. sekarang malu2 pula dia.. lemak banyak katanya

    ReplyDelete
  21. Bestnya ke pulau pangkor. Cantik tempat ni. Koleksi batik tu pon cantik-cantik jugak. Berkenan pulak tengok 😁

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...