Monday, March 7, 2022

Hotel Grand Barakah Ampang Diberi Aura Baharu Berkonsepkan Islamik

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku sempat menginap di sebuah hotel yang terletak di Ampang, iaitu Hotel Grand Barakah untuk berhujung minggu. Hotel ini sebelum ini dikenali sebagai De Palma Hotel. Patutlah bila nak ke sini, kawan-kawan suruh waze dengan nama tu. Rupanya Hotel Grand Barakah ini baru sahaja diberi nafas baharu. Ikuti butirannya !



Grand Barakah Hotel diberi nafas baharu sejak bulan Oktober tahun lalu. Serba-serbi, hotel ini memang sangat baru lagi. Aura baharu yang diterapkan berkonsepkan islamik dan patuh syariah. Ini dapat disaksikan sendiri daripada hiasan dinding dari pintu masuk hotel ini. Hiasan mihrab di dinding yang simple dan jelas ciri-ciri islamik yang diterapkan. 



Lebih mengagumkan Grand Barakah Hotel ini ialah, di tingkat 3 hotel ini terdapat sebuah masjid yang boleh digunakan untuk solat. Malah, solat Jumaat juga turut diadakan di sini. Jadinya, buat mereka yang bekerja di sekeliling, mahupun staff hotel sendiri, boleh langsungkan solat Jumaat di sini. Ini merupakan kali pertama aku jumpa hotel yang menyediakan masjid di dalam hotel.



Hotel 3 bintang ini mempunyai 11 tingkat dengan menawarkan 205 bilik. 36 unit daripada itu merupakan unit suite executive dan juga premier. Pengunjung juga tidak perlu risau bab parkir di mana terdapat 180 unit parkir kereta disediakan. Secara jujurnya, bilik yang aku inap memang sangat-sangat selesa dan luas walaupun cuma bilik deluxe biasa. Hotel ini dibahagikan kepada dua jenis tingkat iaitu tingkat Premier dan juga tingkat Deluxe.



Pengunjung yang menginap di tingkat Premier akan mendapat cenderahati daripada pihak hotel iaitu tuala mandi putih yang bersulamkan tulisan Grand Barakah Hotel. Setiap bilik disediakan segala kemudahan asas seperti sejadah, televisyen, peti sejuk mini. mini bar, peti besi, penyangkut baju, tuala, barangan mandi, dan juga kerusi.



Bukan itu sahaja, Grand Barakah Hotel juga ada menyediakan dewan dan ruang untuk majlis yang mampu memuatkan ramai tetamu dalam satu masa. Kebetulan, pada hari kunjungan aku ke sana, terdapat sebuah majlis perkahwinan sedang diadakan. Memang luas sungguh dewan yang ada dalam Grand Barakah Hotel nie. Jadi buat mereka di luar sana, bolehlah masukkan Grand Barakah Hotel dalam senarai untuk buat majlis okay.



Ouh ya, satu lagi yang menarik mengenai Grand Barakah Hotel ialah terdapat restoran yang diberi nama Warisan Bonda. Ia terletak di tingkat ground floor. Restoran Warisan Bonda menyajikan hidangan hari raya setiap hari. Buat mereka yang mengidam menu-menu hari raya seperti lemang, rendang, ketupat, ketupat nasi, ketupat palas, burasak dan banyak lagi. Memang rasa macam hari raya bila masuk ke restoran Warisan Bonda nie. Rindu betul menu-menu hari raya. Ia berkonsepkan buffet dengan menawarkan RM30 setiap kepala. 



Bukan itu sahaja, satu lagi restoran yang terdapat di dalam Grand Barakah ini ialah The Rumbia. Di sinilah lokasi untuk menikmati buffet sarapan pagi dan juga minum petang. Hidangan Hi-Tea disediakan pada hari Sabtu, Ahad dan juga pada cuti umum. Ia bermula jam 12 tengahari sehingga jam 4 petang. Harga pula RM58 untuk dewasa, RM38 untuk warga emas dan RM28 untuk kanak-kanak. Pelbagai menu ditawarkan. 



Di tingkat 3 Grand Barakah Hotel, terdapat sebuah restoran yang berkonsepkan makanan masyarakat timur tengah. Restoran tersebut ialah Restoran Az-Azzraf. Hiasan dalam restoran ini sangat memberikan aura seperti sedang berada di Turki atau di negara Arab. Kalau rasa-rasa macam nak makan makanan arab, bolehlah datang singgah makan di sini.



Tambahan lagi, kedudukan Grand Barakah Hotel ini juga, dikelilingi dengan pelbagai restoran-restoran tempatan yang menjual pelbagai hidangan yang enak. Jalan kaki pon boleh sebab memang dekat sangat. Kalau rasa, malam-malam tak tahu nak makan apa, bolehlah berjalan kaki ke seberang untuk cari tempat makan. Sangat strategik lokasi hotel ini. 



Kesimpulannya, aku cukup berpuas hati menginap di hotel ini. Biarpun bertaraf hanya 3 bintang, tapi kemudahan dan servisnya seperti 5 bintang. Kalau korang berada di kawasan sekitar Ampang dan mencari hotel penginapan mampu milik tapi tiptop, boleh jadikan Grand Barakah Hotel sebagai lokasi penginapan korang. 

Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi:

0197194070 - Ain 
0197564070 - Rawi
0199614070 - Alma
0199624070 - Luqman
03-42207070 - Pejabat


Untuk info lanjut, boleh layari laman sesawang dan laman sosial Grand Barakah Hotel :

Laman sesawang : www.grandbarakahhotel.com

1 comment:

  1. menarik betul uiii...dah dekat sangat dgn rumah Sally...mmg nmpk terpampang bufet juadah Raya tuuu...dah mmg niat nak pergi...hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...