Tuesday, October 8, 2019

Tony Roma's Melancarkan Aplikasi Bite & Bites Ketika Sambutan Ulangtahunnya Yang ke-13

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Baru-baru ini aku berkesempatan menghadiri majlis ulangtahun Tony Roma's yang ke-13 di cawangan Tony Roma's Pavilion, Bukit Bintang. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan dan paling penting, kini Tony Roma's melancarkan aplikasinya sendiri. Ikuti butirannya !


Yer, anda tak salah baca. Kini Tony Roma's ada aplikasinya sendiri yang telah dilancarkan ketika sambutan ulang tahunnya yang ke-13 pada 4 Oktober yang lalu.


Aplikasi Bite & Bites 

Apa yang menariknya aplikasi Bite & Bites ini ialah ia bukan sahaja boleh digunakan di cawangan Tony Roma's sahaja, malah cawangan NY Steak Shack dan juga The Manhattan Fish Market. Terdapat pelbagai promosi dan tawaran yang terdapat di dalam aplikasi ini. Jadi sekiranya pengunjung mengunjungi mana-mana cawangan tiga-tiga franchise restaurant ini, pengunjung boleh dapat nikmati promosi dan tawaran ini.


Kumpul Bite Mark untuk tebus tawaran di Tony Roma's

Selain itu, pengunjung juga boleh kumpul Bite Marks yang mana bilangan yang terkumpul nanti boleh redeem bila berkunjung ke ketiga-tiga franchise ini. Terdapat beberapa level Bite Marks yang ditawarkan. Sekiranya ingin menebus Bite Marks itu di Tony Roma's :
  • 3 Bite Marks : Signature Starter Onion Loaf
  • 6 Bite Mark : Spicy Chicken Pasta
  • 9 Bite Mark : Bountiful Beef Ribs

Bagaimana caranya untuk kumpul Bite Mark ?

1 Bite Mark boleh diperolehi dengan berbelanja sekurang-kurangnya RM80 atau lebih di Tony Roma's atau sekurang-kurangnya RM40 di The Manhattan Fish Market atay NY Steak Shack.

Cara memuatnaik aplikasi Bite & Bites

Ikuti langkah-langkah berikut sebagai panduan :
  • Muat turun aplikasi di Play Store atau App Store
  • Sebaik sahaja berjaya dimuat turun, benarkan aplikasi tersebut untuk akses kamera dan lokasi 
  • Daftarkan maklumat anda yang diminta
  • Sahkan pendaftaran anda menggunakan One Time Password (OTP) yang dihantar melalui SMS
  • Tetapkan nombor pin 4-6 digit untuk sistem pembayaran
  • Sebaik sahaja semua langkah ini selesai, pengguna baru akan dihadiahkan dengan Bite Mark untuk setiap franchise restaurant. 

Sambutan ulangtahun ke-13 Tony Roma's

Majlisnya cukup meriah dengan kedatangan rakan-rakan media dan juga peminat-peminat makanan Tony Roma's. Majlsi diserikan dengan adanya aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dicuba dan setiap aktiviti menjanjikan hadiah yang menarik seperti voucher makan Tony Roma's dan merchandise eksklusif Tony Roma's.


Selain itu, terdapat juga sesi cabutan bertuah dan hadiah utama untuk cabutan bertuah kali ini merupakan tajaan makanan SETAHUN di Tony Roma's. Tahniah buat semua pemenang. Banyak hadiah yang ditawarkan untuk sesi cabutan bertuah tapi satu pon tak kena dengan nomborku. Apalah nasib.



Para tetamu dijamu dengan makanan-makanan yang maha enak dan semestinya hidangan ribs yang sangat menjadi kegemaran peminat-peminat Tony Roma's di luar sana. Makanan-makanan ini semua boleh dinikmati sebanyak mana yang mungkin kerana ia berkonsepkan free flow. Boleh bayangkan banyak mana aku makan masa tu ? Hihi


Sebelum balik, kita bergambar dulu di photo booth sebagai kenangan. Terima kasih Tony Roma's di atas jemputan untuk sama-sama meriahkan majlis ulangtahun ini. Untuk maklumat lanjut mengenai menu dan promosi yang diadakan di Tony Roma's, boleh kunjungi laman sesawang mereka : http://www.tonyromas.com.my/


18 comments:

  1. akak dah install dah apps ni..tgh nak explore..menarik juga kan..alahai xde luck eh Zhariff tak pe la..next mesti ada bila2 kan..rezeki biasanya tak salah alamat..apapun..akak suka 3 rangkaian restoran kat atas tu especially Tony Romas..sape la dpat makan free kat Tony Romas tu setahun erk..apa term & condition dia..best oiii

    ReplyDelete
  2. Wah! Untung la siapa yang menang hadiah cabutan bertuah tu dapat makan free setahun gitu... makan sampai muak huhu... dah lama tak makan kat Tony Romas ... last sambut birthday suami tahun lalu di Setia City Mall Shah Alam.

    ReplyDelete
  3. wahhh.. bagusnya tomy romas dah ada applikasi sendiri.. canggih sungguh ni.. senang la next time kalau nak order makan kat tomy romas siap ada promosi lagi.. sy baru follow zharif ya...

    ReplyDelete
  4. The food look so tempting! You are so lucky! I wish to try the food too! By the way the cake is so yummilicious!

    ReplyDelete
  5. Untung la siapa yg menang lucky draw tue..boleh makan sampai kenyang..btw happy birthday yg ke 13 tahun Tony Romas.. Ok, nnt kite install apps tue..

    ReplyDelete
  6. Teringin nak makan kat sini, tak pernah try sebab harga cam mahal jer. Ni dah ada apps , menarik gak boleh kumpul points.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah makan dekat Tony Romas nih, nampai menarik juga menu-menu yang zharif tunjukkan buat rasa teringin pulak makan dekat situ nanti. kena tunggu anak cuti boleh pergi satu family.. Happy Birthday Tony Romas

    ReplyDelete
  8. Kalau nak makan Tony romas ni lia kena turun KL lah. Baguslah Tony romas dah ad aplikasi sendiri. Boleh selalu kumpul point kan then redeem.

    ReplyDelete
  9. Yang pasti, Zharif tak makan banyak mana pun kan. Hehe. Next time nak join gak event Tony Roma's please. Almaklum, kit anie orang kampung bertekak mengada nak makan ribs hehe

    ReplyDelete
  10. New apps! Bagus betul ikut perkembangan teknologi. Skrg semua store ada apps masing2 untuk bg keistimewaan pada pelanggan masing-masing kan.

    ReplyDelete
  11. Wah.. 13 tahun dah. Tahniah tony roma's! Yang selalu makan-makan di situ, elok sangatlah download app tu. Memang menguntungkan.

    ReplyDelete
  12. Tahniah Tony Roma. Selamat ulang tahun yang ke 13. First time tahu pasal Tony Roma ni

    ReplyDelete
  13. Vavavava... sedapnyersss laaaa... Level 1, Level 2, Level 3 gitu... yummylicious overloaded ni... tahniah Tony Roma's atas sambutan 13 tahun keberadaan di Malaysia... semoga terus berjaya di masa-masa akan datang ya...

    ReplyDelete
  14. sedapnya tengok makanadia..lama tak pergi Tony Romas..bagusla ade apps ni..nanti i downloadla..kot ada diaskaun kan..boleh makan ..hahaa

    ReplyDelete
  15. Happy birthday TR!!! Best pulak tgk apps ni.macam2 reward kita boleh dapat balik.yes yes yes

    ReplyDelete
  16. wah ada appss.. terbaiklah. setakat ni saya belum pernah lagi makan dekat tony roma's ni. bolehlah terjah lepas ni :)

    ReplyDelete
  17. Oh bagusnya dah ada apps and bukan utk satu restaurant je but three. Sbb I kalau makan pun selalu kat Manhattan, Tony and NY ni jarang2 haha. Tapi at least dapat kumpul points jugak~

    ReplyDelete
  18. Now we can eat and collect points! Happy Birthday to Tony Romas, rarely juga i try their food, but there's one shop open near my office juga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...