Monday, October 7, 2019

Sambutan Day Of The Dead Bersempena Halloween di The Lost World Of Tambun

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sambutan Halloween semakin diterima di negara kita. Oleh itu, terdapat pelbagai organisasi yang tidak mahu ketinggalan menyambut sambutan Halloween ini. Halloween sangat sinonim dengan sesuatu yang menyeramkan dan menakutkan. Tapi siapa sangka, Halloween juga boleh menjadi sangat menarik dan menyeronokkan. Baru-baru ini aku berkesempatan untuk ke The Lost World Of Tambun untuk sama-sama merasai kemeriahan sambutan Day of The Dead di sana.


Day of The Dead merupakan tema Halloween di The Lost World of Tambun (LWOT) pada tahun ini. Day of The Dead (Dia de Muertos) merupakan satu tradisi masyarakat Mexico di mana mereka meraikan dan mengingati roh-roh yang sudah mati dengan melukis-lukis muka dan berpakaian dengan pakaian yang berwarna-warni. Sekaligus menjadikan sambutan Halloween ini menarik dan bukan sesuatu yang seram dan perlu ditakutkan.


Terdapat banyak tarikan yang pengunjung boleh nikmati bersempena sambutan Day of The Dead di LWOT ini. Antaranya ialah pengunjung boleh memilih untuk dilukiskan muka dengan cat khas yang akan memberikan kesan glow in the dark. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk membuat patung Voodoo mengikut kreativiti masing-masing. Dan patung voodoo tersebut boleh dijadikan sebagai keychain.




Lost World of Tambun sangat terkenal dengan Luminous Forest nya dan sepanjang sambutan Day of The Dead di sini, Luminous Forest ini diperbaharui dengan lebih cahaya dan warna-warni. Kalian boleh saksikan sendiri betapa cantik Luminous Forest ini di waktu malam.





Cukup teruja sekali kerana kami antara pengunjung pertama yang dapat merasai kemeriahan sambutan Halloween di sini. Kalau korang berkesempatan datang ke sini, jangan lupa ambil gambar banyak-banyak okay. Banyak lokasi-lokasi menarik cantik untuk bergambar. Sangat dinasihatkan untuk berpakaian warna putih supaya baju korang akan ikut bercahaya di dalam gelap ketika menyusuri Luminous Forest ini.




Sangat meriah betul majlis perasmian Day of The Dead pada masa tu. Semuanya betul-betul mengikut tema. Penuh misteri dan warna-warni. Nampak meriah betul ! Rugi pulak tak berpakaian Halloween ketika itu. Tapi tak apa, boleh datang lagi nanti. Terutama sekali pada tarikh 31 Oktober 2019 nie, yang mana pada pengunjung yang hadir dengan memakai costume Halloween, akan dapat potongan harga tiket sebanyak 50%. Jadi, bolehlah melaram nanti !


Butiran harga tiket ke Day Of The Dead, Lost World Of Tambun

Dewasa : RM 75.00
Kanak-kanak : RM 66.00

Ouh ya, kalau rasa lambat sangat balik dari sambutan halloween di sini, korang boleh memilih untuk menginap di LWOT Hotel. Aku menginap kat sana satu malam. Tak gigih nak drive semula ke Selangor lepas balik dari sambutan tu. Untuk senarai harga bilik, boleh layari laman sesawang mereka : https://sunwaylostworldoftambun.com/


Ouh ya, selain sambutan Day of The Dead itu, jangan lupa untuk bawa baju renang sebab korang boleh menikmati kolam air panas pada waktu malam. Sebab itu korang dinasihatkan untuk bermalam di sini supaya korang boleh menikmati semua yang ditawarkan kepada pengunjung tanpa perlu terburu-buru untuk pulang kerana malam sudah lewat.



Kalau korang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai sambutan Halloween Day of The Dead di The Lost World of Tambun ini, korang boleh layari laman sesawang mereka untuk butiran lebih lanjut.



16 comments:

  1. Menarik sambutan kat sini tapi sangat tak sesuai untuk akak yang penakut..hahaha...zhariff upah la akak RM200 untuk join..memang akak rela berkurung dalam bilik je..tapi akak seronok korang enjoy kat sana...

    ReplyDelete
  2. meriah betul sambutan holloween dekat lost world of tambun. ni kalau bawak anak iza mesti dia suka. dia dah la suka tgk kartun yg ada holloween ni.

    ReplyDelete
  3. Nak ke Tambun satu hal, 31 October satu hal sbb esok ada hal. Eh byk hal lah. Kenapa tak ada promo hari lain jek~ Ni sampai bila?

    ReplyDelete
  4. best juga tu. tambun dah buka sepenuhnya kan? boleh la plan ke sini tahun depan. tahun ni macam dah tak sempat nak plan ke sana.

    ReplyDelete
  5. Bestnye bila berendam reramai sebegitu kan. Nanti ajak la Rawlins sekali sebab Rawlins pun sejenis duyung yang sukakan air dan berendam

    ReplyDelete
  6. uish scary, kalau saya memang tak pegi la event cam ni. saya penakut. hihi tapi memang menariklah program ni

    ReplyDelete
  7. Memang best LWOT ni. Bertapa dari pagi sampai malam pon best

    ReplyDelete
  8. Mensrik dan nampak meriah sambutan Halloween ni. Zharif and the gang bolehlah enjoy sementara bujang kan. Akak ni dah kahwin dan anak anak macam tak sesuai pulak nak nak sejenis akak ni penakut sedikit. Hahaha..

    ReplyDelete
  9. Wah meriahny smbutan Halloween kat lost world tambun. Nak pergi lah tapi kena dress-up ikut tema Halloween baru dapat harga diskaun 50%.

    ReplyDelete
  10. amboiiii masing-masing.. ni kalau hantu sebenar tengok pun seramm. haha. Btw cantik pulak tgk luminious forest tu. Lepas dibuka tak berkesempatan lagi nak ke sana. Hope next time ada rezeki ke sana

    ReplyDelete
  11. Wah menarik ni . Kalau kat area tambun mmg akk terjah pergi heheheh. Tak pernah dapat sertai hallowen kat sini. Mesti menarik

    ReplyDelete
  12. Wow! Menariknya. Teringat cerita Coco. Pasal day of the dead juga. Suka pulak tgk warna warni dengan lampu flourescent tu.

    ReplyDelete
  13. Nice. Meriah jgk event halloween dkt sini. Sampai malam acara dia. Utk bujang oklah kot. Berparty haha. Siapa nk join, 31/10 last tu. Sempat lagi nk join. Pakai pakaian halloween, dpt discount tu

    ReplyDelete
  14. yeeeeeeeeee wakk rtu dh usha ig awk kemain lg ye! mmg cantik gler decor holloween dorg ni glow in the dark theme tu mmg win giler! menarik giler!! btw sy xpnh lg g sini tau cantikkkknyaa room dia!! (T.T)

    ReplyDelete
  15. Meriah sambutan Halloween di sini ye. Usaha Tambun nak attract lagi ramai pelancong la kira. Tapi anak-anak saya tak minat benda-benda yang menyeramkan ni.

    ReplyDelete
  16. Amboiii... seronoknya dapat ke Lost World of Tambun gitu... saya rasa last saya pergi ke belah sana pun masa umur belasan tahun... itupun ke Bukit Merah... hehehehe... melihatkan dekorasinya, memang menariklah... sesuai dengan tema yang cuba diketengahkan tu... thumbs up... yang paling best dah tentu apabila dapat berkumpul bersama-sama kan... ada rezeki nanti, nak buat trip ke LWOT lah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...