Thursday, August 1, 2019

Menangi Tiket ke Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza Dengan Berbelanja Produk SimplySiti di Shopee Bersempena SimplySiti Super Brand Day

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Yer, korang tak salah baca. Sungguh korang boleh memenangi tiket ke konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza dengan hanya beli-belah produk SimplySiti sahaja. Buat Sitizoners semua, ini merupakan satu peluang keemasan untuk anda bertemu dan menyaksikan persembahan Dato' Sri Siti Nurhaliza secara langsung. Ikuti butirannya !

SimplySiti Super Brand Day

Siapa yang tidak meminati Dato' Sri Siti Nurhaliza ?

Aku pasti ramai yang meminati beliau. Suaranya lemak merdu, lagaknya yang ayu, budi bahasanya yang cukup bersantun, busananya yang sopan dan anggun tiap kali ke majlis-majlis, pasti menambat hati semua yang melihatnya. Beliau bukan sahaja seorang penyanyi yang hebat, malah kini sudah menjadi usahawanita yang berjaya dengan produk kecantikannyanya, SimplySiti.

Dato' Sri Siti Nurhaliza bersama rangkaian produk make up SimplySiti

Nama SimplySiti semakin kuat setelah mengembangkan sayapnya dengan membuka store rasmi di Shopee, sebuah laman e-commerce gergasi yang cukup terkenal serantau Asia. Dato Siti merupakan perintis Shopee Celebrity Squad ketika pelancaran Shopee 3 tahun yang lalu. Produk SimplySiti juga cukup berjaya kerana sudah menembusi pasaran antarabangsa seperti di Indonesia, Singapura dan negera Asia Barat.

SimplySiti Super Brand Day

SimplySiti Super Brand Day akan berlangsung pada 2 August sehingga 7 August 2019 ini di mana para pembeli boleh menikmati diskaun sehingga 60% potongan. Manakala pembeli yang menggunakan kad kredit CIMB Islamic akan menikmati potongan extra sebanyak RM15 dengan pembelian minimum sebanyak RM70 pada produk-produk SimplySiti. Buat pengguna kad bank yang lain, usah gusar. Anda juga boleh menikmati potongan extra RM10. Beza RM5 daripada pemegang kad bank CIMB Islamic. Pemegang kad CIMB juga berpeluang untuk memenangi Minum Petang Eksklusif bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza,


Ouh ya, buat peminat Dato' Sri Siti Nurhaliza, jangan lupa saksikan video live Dato' Siti di Shopee pada 5 August ini di mana beliau akan menerangkan mengenai produk-produk SimplySiti. Para pembeli yang banyak berbelanja produk SimplySiti di bawah pertandingan Spend & Win berpeluang memenangi koleksi barangan epribadi Dato' Sri Siti Nurhaliza.

Mohamad Safri Shahul Hamid, Deputy CEO, CIMB Islamic Bank; Ian Ho, Regional Managing Director, Shopee;
Dato' Sri Siti Nurhaliza, Founder, SimplySiti; Azuddin Rahman, Group CEO, Simply SS Trading Sdn Bhd.

SimplySiti Super Brand Day ini bersempena Shopee Brands Festival yang berlangsung bermula 1 August sehingga 18 August 2019, yang mana para pembeli boleh menikmati pelbagai potongan dan faedah. Antaranya produk yang dijual dengan harga RM1 setiap hari dan boleh membeli sewaktu  Surprise Hour untuk menikmati voucher 50% potongan dan hadiah pada barangan yang terpilih. Pembelian di Shopee Mall boleh menikmati 15-day free return, 100% authenticity dan free shipping. Tertakluk kepada terma dan syarat.


Shopee X SimplySiti Mini Concert

Tarikh : 14 September 2019
Masa : 8.30 PM 
Lokasi : Akan diberitahu kemudian, masih menjadi rahsia 
Penjualan tiket bermula : 2 August 2019
Harga tiket : RM350 (Gold) dan RM450 (Diamond)

Tiket boleh dibeli di aplikasi Shopee. Atau, para peminat boleh berbelanja sebanyak RM250 pada produk SimplySiti sewaktu Super Brand Day berpeluang untuk memenangi sepasang tiket yang bernilai RM900.

Lelaki pon boleh menggunakan barangan solek SimplySiti, terutama sekali BB Cushion dia.
Sangat light weight dan tak nampak macam pakai foundation

Minum Petang Eksklusif bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza

Tarikh : 18 September 2019
Lokasi : Grand Hyatt Kuala Lumpur
**Khas untuk pemegang kad CIMB Islamic, 15 pemenang bakal dipilih apabila berbelanja minimum RM250 pada produk-produk SimplySiti semasa Super Brand Day. 


Menarik bukan ? Jangan lepaskan tawaran ini. Bermula 2 August sehingga 7 August 2019.

20 comments:

  1. sekarang dah boleh beli produk SimplySiti kat Shopee ehh..Bagus lah kalau mcm tu..

    ReplyDelete
  2. Syok boleh shopping simplysiti dekat shopee dan lagi best dapat jumpa dato siti. Orang famous 1 dunia ni bukan biasa2 kot. Untung dapat jumpa 🥰🥰🥰

    ReplyDelete
  3. untungnyaa beli produk simplysiti je dah berpeluang nak menang konsert dato'

    ReplyDelete
  4. Kalau tak silap Naim, produk SimplySiti memang terbaik bagi para wanita di luar sana. Semoga ia terus mendapat sambutan orang ramai. :)

    ReplyDelete
  5. Bestnye..beli produk simply siti berpeluang menang tiket konsert siti. Nak beli tiket konsert memang mahalla. Beli produk. Untung2 dapat tiket konsert

    ReplyDelete
  6. Done follow #1288. Wahh untung lah dia dapat bergambar dengan siti. Ai peminat siti tapi tak reti pon nak nyanyi lagu dia, reti dengar ja haha. Produk ni banyak kat drugstore juga kan tapi belom pernah lagi cuba. Ni ada peluang nak jumpa siti, ish kene beli ni hehe

    ReplyDelete
  7. Menarik juga produk SimplySiti ni. Belum pernah guna lagi. Teringin juga nak cuba produknya. Mana tahu sambil beli tu boleh menang tiket konsert kan.. hehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  8. siapa beli produk simplysiti boleh la menang tiket konsert siti nurhaliza..alang-alang boleh cantik jelita macam dato siti kan? Teringin nak repeat pergi konsert siti macam hari tu

    ReplyDelete
  9. Hanya dengan beli produk simply siti dan kita boleh dapat tiket free ke konsert dato siti ke? Wallaweh! Memang best ni!

    ReplyDelete
  10. I sangat berkenan dengan eyeshadownya.. tengoklah esok sempat singgah mana mana stores berdekatan i nak swatches the color.. tapi sekarang tawaran tiket konsert dato ct available yang beli produk simply siti di shopee je kan ?? huhuhu..

    ReplyDelete
  11. patut ada perasan gambar tuan @Zharif kat suatu blog dalam event yang sama. Sepintas lalu tengok gambar tu dah tau da konpom tuan @Zharif ni...bila baca je posting terus je hah kan betul tekaan hari tu...haha..Untung le dalam test product SS secara terus gitu :)

    ReplyDelete
  12. Dengan gigihnya kita dah shop ye. Mudahan dapat la tiket beliau sebab memang tak menyabar nak sing along - almaklum kita nie peminat beliau yang hardcore heheh

    ReplyDelete
  13. Wah Dato Siti pun dah melebarkan sayap perniagaannya dalam Shopee. Lepas ni senang semuanya terus beli secara online sahaja kan. Kalau spent berpeluang dapat tiket mini concert plak. best lah cmni

    ReplyDelete
  14. aduh du du.... tetiba rasa jeles! bestnya leh jumpa mak iti.. cantik kan siti ni.. elok kulit dia.. nk try gak eh produk ni... untung2 dpt tiket

    ReplyDelete
  15. kalau nama CTDK, memang berebut nak beli tiket konsert atau showcase... ni klau berbelanja dekat Shopee boleh menang tiket memang best..nak cuba mana tahu ada rezeki

    ReplyDelete
  16. Tazzabar nak tunggu hari isnin. Rasa macam nak skip je hari terus je hari isnin nak tengok live CTDK kat shopee apps

    ReplyDelete
  17. Haha love the term "sitizoners"! Ok from your picture, the simply elegant eyesential palette mmg nmpk amazing sgt, I rasa I will buy one right now. Tq for the intro Zharif ;)

    ReplyDelete
  18. Produk simply siti mmg ramai pengikut. Akk pernah beli compact powder dia not bad. Beli masa promosi lagi murah dan berbaloi 🥰

    ReplyDelete
  19. Yerrr awak nak belanja kita tiker konsert Tok Ti ker hehehe nak juga bersama dengan beliau depan mata lama tak jumpa Tok ti awak dah dapat jumpa jelous hehehehe... Simply Siti untuk lelaki nak beli produk apa yer hurmmmmm

    ReplyDelete
  20. Peminat Dato' CT pasti suka dengan news ni, syukur saya tak minat sangat dengan artis-artis menyanyi ni...kalau tak, nak juga ambik peluang yg ada.hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...