Friday, July 26, 2019

Berbasikal Mengelilingi Balik Pulau Ketika Festival Balik Pulau 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk sama-sama merasai kemeriahan Festival Balik Pulau 2019 yang diadakan dari 19 hingga 21 Julai 2019 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah diatur sepanjang festival ini berlangsung dan membuatkan aku teruja untuk turut serta. Kerana keterujaan itu, maka aku telah memulakan perjalanan ke Pulau Pinang dari Putrajaya pada awal pagi Jumaat bersama rakan-rakan yang lain untuk mengikuti aktiviti yang disediakan sepanjang festival ini. Ikuti butirannya !


Terdapat pelbagai aktiviti yang diaturkan sepanjang Festival Balik Pulau 2019 dan Alhamdulillah aku dapat mengikuti beberapa aktiviti yang dianjurkan. Antaranya ialah aktiviti berbasikal mengelilingi kawasan kampung sekitar Balik Pulau.


Terlebih dahulu, para peserta ekspedisi berbasikal ini diberikan taklimat cara penggunaan basikal demi keselamatan semua kerana basikal yang digunakan dalam ekspedisi berbasikal ini bukanlah basikal biasa-biasa. Basikal yang digunakan merupakan mountain bike jadinya banyak benda dan fungsi basikal ini perlu diterangkan kepada para peserta.


Ekspedisi berbasikal mengelilingi Balik Pulau ini diterajui oleh Matahari Cycle Tours & Travel. Namanya sudah tidak asing lagi dalam dunia berbasikal kerana mereka sering mendapat feedback yang baik daripada pelanggan-pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka.

Apa yang menarik ekspedisi berbasikal ini ialah, ianya bukan sekadar berbasikal sahaja. Tetapi berbasikal sampil singgah ke beberapa spot menarik di sekitar Balik Pulau ini. Spot pertama yang kami singgah ialah Hutan Paya Laut yang terdapat di sini. Siapa sangka Balik Pulau ada hutan simpan paya bakau nie.



Seterusnya, kami singgah ke Pantai Malindo yang berada tidak jauh daripada hutan paya tadi. Di sini terdapatnya jeti di mana nelayan-nelayan meletakkan bot mereka. Nelayan-nelayan di sini akan pergi ke laut untuk menangkap hasil-hasil laut dan dijual di jeti ini. Orang kampung boleh membeli hasil tangkapan nelayan-nelayan tadi di jeti ini pada harga yang sangat berpatutan. Hasil tangkapan dilaut juga sangat segar.




Pit stop terakhir kami sebelum ke kembali ke tapak festival ialah sawah padi yang terbentang luas. Agak panas terik ya semasa kunjungan kami ke sini tapi angin yang bertiup mengurangkan rasa bahang matahari tu.


Ekspedisi berbasikal tadi banyak membuka mata aku bahawasanya terdapat banyak tarikan yang terdapat di sekitar Balik Pulau ini tapi malang sekali tidak ramai yang mengetahuinya. Dan kalau korang semua tak tahu, Balik Pulau merupakan lubuk durian. Terdapat banyak dusun-dusun durian berada di sini. Kalau datang ke Balik Pulau, tapi tak makan durian Balik Pulau, consider macam tak pernah datanglah.


Kami dijamu dengan dua bakul besar durian. Memang puas sangat dapat makan. Dapat makan bermacam-macam jenis dan gred durian. Dari yang murah sampailah yang mahal. Kekenyangan durian kami semua masa tu.


Ouh ya, tak sangka dapat pula berjumpa dengan blogger Julia Mahir (https://juliamahir.blogspot.com/) di festival ini. Seorang blogger hebat yang menetap di Penang. Selama hari ini hanya kenal di laman sosial sahaja. Seronok kami berborak-borak sambil makan durian Balik Pulau.


Festival Balik Pulau ini merupakan satu inisiatif yang dibuat untuk memperkenalkan Balik Pulau sebagai salah satu destinasi tarikan pelancong. Terdapat banyak pameran, demonstrasi kraftangan, lukisan-lukisan mural yang dipertontonkan di festival ini. Kami juga berkesempatan melihat lukisan-lukisan mural baharu yang dibuat di kawasan-kawasan perumahan kos rendah yang terdapat di sekitar Balik Pulau.



Motif-motif disebalik mural ini bercirikan apa yang terdapat di Balik Pulau atau apa yang dikenali di Balik Pulau ini. Kiranya bila sebut sahaja nama Balik Pulau, apa yang berada dalam minda kita tentang Balik Pulau. Salah satunya, sudah pasti buah durian kerana Balik Pulau sangat terkenal dengan buah duriannya.




Di festival itu juga terdapat demo masakan yang menggunakan buah durian sebagai bahan utama. Tidak sangka, banyak makanan boleh dihasilkan dengan menggunakan buah durian. Di khemah ini juga turut berkongsi pelbagai resepi-resepi makanan tradisional yang melibatkan penggunaan buah durian. Serawa durian tu paling best. Sedap sangat !


Konklusinya, memang banyak tarikan yang terdapat di Balik Pulau ini. Tidak hairanlah festival ini mendapat sokongan penuh dari YB Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik, Timbalan Menteri Perlancongan, yang juga merupakan ahli parlimen kawasan Balik Pulau. Beliau begitu bersemangat untuk mempromosikan kawasan Balik Pulau sebagai salah satu tarikan untuk pelancong-pelancong dari luar mahupun pelancong-pelancong dari dalam negara untuk datang dan berkunjung ke sini.


Dengan adanya festival seperti Festival Balik Pulau ini, beliau percaya dapat mempromosikan budaya dan gaya hidup masyarakat setempat serta kecantikan dan keindahan kawasan semulajadi yang terdapat di sesuatu kawasan itu ke mata dunia. Aku sangat bertuah dan bersyukur kerana dapat mengikuti Festival Balik Pulau 2019 ini. Semoga dapat berjumpa lagi di tahun hadapan sekiranya dipanjangkan umur. Dengan rasa rendah hatinya ingin mengucapkan terima kasih buat team Tourism Malaysia di atas peluang ini.


Boleh tonton klip video di atas yang sempat aku rakamkan sepanjang aktiviti berbasikal kami mengelilingi kawasan Balik Pulau. Enjoy ! Ouh ya, jangan lupa subscribe. Ahaks !

13 comments:

  1. wahhh lain macam punya program ni!! bestnya la hai.... mujur sis tak leh join sbb ada anak kecik ni kalau tak mau juga kayuh basikal bagai tu... makan durian lagi... suasana kampung yg happening.. ahhh syoknya..

    ReplyDelete
  2. Oh my hometown... Lolz. This looks like a fun activity!! Glad you enjoy the place and fried they're!!!

    ReplyDelete
  3. wow !! best nya aktiviti macam ni dik.. akak suka aktiviti pesta camni boleh manfaatkan masa terluang bersama keluarga tapi tu lah tu.. hee~ Penang panas kan..

    ReplyDelete
  4. Seronok gila dapt join aktiviti macam ni. Akk memang zaman dulu2 suka join aktiviti ni sebab banyak benda yang kita belajar tentang kehidupan chewah. Sila join aktiviti macam ni lagi zharief mahal pengalamannnya.

    ReplyDelete
  5. Dah jauh berbeza dah Balik Pulau sekarang. Dulu, time belajar Rawlins ada keluarega angkat yang mengusahakan perusahaan buah pala kat situ. Now dah nampak moden dah area tu.

    ReplyDelete
  6. syoknya aktiviti dia..menarik snagat..banyak tempat diterokai..durian tu..perghh...untunglaa...

    ReplyDelete
  7. Balik Pulau memang best. Suasana kampung masih dikekalkan di samping pembangunan tak di tinggalkan. Best dapat ronda di Balik Pulau naik basikal ni. Santai je.

    ReplyDelete
  8. wow, bestnya aktiviti macam ni dan durian tu memang tak boleh blah ! kegemaran sangat makan durian sambil menikmati pemandangan indah

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya dapat join aktiviti berbasikal macam ni. Dapat aktifkan diri dan paling penting dapat melihat kecantikan kawasan sekeliling. Rindu pulak penang tibe2.hehehe

    ReplyDelete
  10. Ehhh saya baru je pergi Balik Pulau awal bulan Julai ni. Pergi untuk menikmati durian dan temankan abang saya yang sertai Kejohanan Paint Ball. Tak tahu pula ada hutan paya bakau dan sawah padi!!! Tak sangka!! Kat area Balik Pulau tu memang selalu orang suka berbasikal. Mesti kuat-kuat semuanya kan? Maklumlah berbukit!! Tahniah Zharif sebab join aktiviti festival ni.

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak pergi Balik Pulau, zharif seronoklah join aktiviti mcm ni penuh cabaran

    ReplyDelete
  12. Wow.. nicenya dapat naik basikal pusing-pusing satu pulau macam ni. Dengan suasana kampung dan segar macam ni, rasa hari-hari nak buat macam ni kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...