Sunday, March 17, 2019

Pengalaman Mengajar di Sekolah Menengah Swasta

Assalamualaikum and good day everyone 

Alhamdulillah baru diberi kesempatan untuk menulis akan hal ini. Sudah menjadi lumrah kehidupan seorang Zharif untuk menceritakan pengalaman beliau bekerja di dalam blognya. Jadi, pengalaman bekerja di sebuah sekolah menengah swasta pada tahun lalu, haruslah diabadikan dalam blog nie. Nanti boleh imbau kembali buat bacaan dan tatapan anak cucu. Bolehlah canang dekat depa yang atok depa nie pernah jadi guru. Tibehhh !


Actually, banyak gila gambar dalam folder sewaktu bekerja sebagai seorang guru nie. Jadi, blog lah medium terbaik untuk aku abadikan gambar-gambar tersebut. Sambil aku cerita, aku akan selitkan gambar-gambar ya. Gambar tu mungkin tak ada kena mengena dengan perenggan yang aku ceritakan, mohon maklum ya.

Latihan Kebakaran

Kalau yang masih belum maklum, aku pernah berkhidmat sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah menengah swasta di Banting. Nak kena bagi tahu ke sekolah mana ? Kalau nak kutuk, memang aku tak akan mention nama, tapi nak bagitahu kenangan indah mengajar di situ, makanya bolehlah aku mention nama sekolah tu. Hihi


Hari Sukan Tahunan 2018

Aku telah berkhidmat di sekolah Maahad Ihya Al-Ahmadi (MIA). Ia merupakan sebuah sekolah menengah swasta yang terletak di Sg Kelambu Banting. Setahun jugaklah aku berkhidmat di situ sebelum aku berhenti untuk melanjutkan pelajaran. Aku pernah cerita dalam blog pasal hal nie masa awal-awal aku bekerja dulu. Dan surprisingly, ramai pulak yang baca. Ramai sangat-sangat. Ramai juga yang nak tahu pasal sekolah tempat aku bekerja nie rupanya.



3 bulan pertama dulu, aku hanya menggantikan guru bersalin je, lepastu baru diserap masuk. Gembiralah sebab masa tu jobless. Tambahan pula, dekat dengan rumah. Waktu kerja pon singkat. Ya Allah rasa heaven gila. Yelahh, sebelum nie kan aku kerja dekat retail shop dekat airport. Masuk kerja shift. Ko bayangkanlah waktu tidur aku celaru dia macam mana. Bila jadi cikgu nie, jam 2 petang dah balik rumah. Petang boleh lari pergi event blog. Sabtu Ahad memang tentu-tentu free, kecuali kalau ada meeting or kursus lah.

Sambutan hari raya aidiladha di sekolah


Bila diserap masuk nie, aku rasa tanggungjawab aku lebih besar sebabnya aku jaga kelas peperiksaan. Kelas tingkatan 3 dan juga tingkatan 5. Awal-awal tahun je dulu dapat kelas tingkatan 4. Aku lebih suka mengajar kelas tingkatan 1 dan tingkatan 2. Sebab literally, sel-sel otak mereka baru nak berhubung jadi nak kawal tu senang sikit. Kalau yang menengah atas nie, dorang dah ada "otak" sendiri, jadi susah sikit. Walaubagaimanapun, anak-anak murid aku semua baik-baik je. Tak pernah pulak aku rasa sakit hati atau rasa dorang kurang ajar ke apa. Sakit hati sebab dorang tak siapkan kerja tu ada. Rasa nak piat-piat telinga dorang. Gerammm !

My form 2 students

Ramai tanya, macam mana kau mengajar sedangkan kau tak ada background jadi cikgu pon sebelum nie. Aku pon tak tahu macam mana aku buat. Aku literally just mengajar berdasarkan apa yang guru-guru aku pernah ajar aku dulu. The only experience yang aku ada ialah masa mengajar adik lelaki aku masa dia nak ambik SPM dulu. Dia tu homeschool. Jadinya, gigihlah aku ajar segala jadah subjek SPM pada dia. Itu jelah pengalaman yang aku ada.

Kelas tambahan tingkatan 2

Tapi approach aku pada adik lelaki aku sedikit berbeza, sebab aku nie sebenarnya agak baran dan garang ya bila dengan darah daging sendiri. Dengan orang lain je aku nie ibarat pijak semut tak mati sampai ko rasa macam nak cubit-cubit pipi aku. Halahh halahhh halahhh.

Sambutan hari guru yang bertemakan Islamic Bollywood

Siap menang anugerah ya. Ko ghase ?

Oleh kerana sekolah tempat aku bekerja nie sekolah agama, jadinya aku agak sedikit "kerdil" di sini. Aku nie bab agama memang tak hebat. Nak solat pon tengok dah ada imam ke belum, kalau belum, memang aku tak masuk surau tu. Bhahahaha. Tapi Alhamdulillah, walaupun masih jahil, subjek Quran Sunnah masa SPM dapat A+. Ya Allah, riak !!!


Masa awal-awal dulu, aku mengajar subjek English dan Mathematics. Secara jujurnya, aku lebih prefer ajar Mathematics sebab aku suka subjek tu. Tapi sejak diserap masuk, aku ajar subjek English dan subjek Perniagaan. Masa mula diberitahu suruh ajar subjek Perniagaan tu, aku rasa macam nak nangis. Yelahh, aku mana pernah belajar subjek tu. Hatta masa SPM pon aku tidak mempelajari subjek itu. Tapi ku gigihkan jua mengajar subjek itu walaupun hati tidak rela. Gituhhh !

Barisan guru-guru bahasa Inggeris dan sekaligus rakan sepejabatku

Agak mencabar jugaklah subjek tu sebab aku kena belajar topik-topik perniagaan yang mana aku memang tak minat langsung untuk tahu. Hahahahaa. But it's a good experience. Aku belajar benda baharu. Daripada tak tahu, kini aku jadi tahu. Tapi memang struggle gila nak ajar subjek nie sebab bahan tak ada. Subjek Perniagaan nie baru ditukar format dan namanya. Sebelum nie ia dikenali sebagai subjek Perdagangan. Lepastu tukar nama, syllabus pon tukar. Jadinya, bahan-bahan online memang masih tiada. Nak nangis rasanya bila kena buat slides sendiri. Dah lah banyak T___T

Mendaki Bukit Jugra bersama pelajar Tingkatan 1

Aku perasan, sekolah aku nie banyak gila program. Setiap bulan tu, kadang sampai 2-3 program. Fening lalat kadang aku dibuatnya. Sebab bila mengimbau kembali zaman aku bersekolah dulu, tak ada pulak banyak program-program dibuat di sekolah. Tambah-tambah bila berada di tahun peperiksaan. Memang jaranglah terlibat dalam sebarang program.

Program terakhir sebelum resign. Seminar PT3 bersama pelajar Tingkatan 3


Dan pelajar-pelajar di sini, aku perhatikan agak luar biasa dan banyak bakat terpendam. Boleh dikatakan macam-macam benda dorang boleh buat di luar kelas. Sangat tidak sangka. Yelah, dalam kelas nampak macam sengal-sengal ubi. Tapi bila ada program atau pertandingan, eh eh hebat pulak. Boleh pulak bercakap.

Guru-guru yang dahulunya guru aku, kini menjadi jemputan untuk sampaikan tips menjawab peperiksaan di sekolahku

Ada sekali tu, aku tengok dorang masuk pertandingan debat. Dengan hujah-hujahnya, gaya dan lagaknya, ewahhhh. Bukan debat dalam bahasa Melayu je dorang boleh, debat dalam bahasa Arab pon dorang boleh. Kadang tu siap boleh bernyanyi, berghazal untuk Rabiah, berkompang dipalu dan macam-macam lagi. Dalam kelas bukan main sendu ya.

Dalam kelas selalu tidur, eh eh boleh buat lawak pulak time pertandingan Choral Speaking

Aku bukan apa, bila tengok pelajar-pelajar aku nie, aku suka reflect balik apa yang aku buat dekat sekolah dulu-dulu. Ya Allah jauh beza gila. Dulu aku memang tak hingin nak masuk or wakil apa-apa untuk pertandingan. Aku ingat lagi, masa aku tingkatan 2 atau tingkatan 3, ada pertandingan nasyid. Dan SEMUA pelajar lelaki WAJIB pergi ujibakat. Aku dah lah memang tak ada bakat menyanyi, suruh nyanyi lagu nasyid pulak. Ko gila ? Memang aku tak gheti lah cerita dia.

Pertandingan Nasyid. Dalam kelas ada yang sendu, sekali boleh nyanyi pulak

Tapi terpaksa pergi jugak ujibakat. Orang lain nyanyi lagu Sepohon Kayu Daunnya Rimbun, Intifada lah, Fatamorghana lah kejadah semua tu. Ko nak tahu aku nyanyi lagu apa masa ujibakat tu ? Aku nyanyi lagu Caramu nyanyian Nikki. Ko pergi cari dekat youtube lagu nie. Nanti baru ko tahu gila dia macam mana. Ujibakat pertandingan nasyid, nyanyi lagu hazabedah. Rasa murung jap bila teringat moment ujibakat tu.


Sungguh berbeza zaman aku bersekolah dulu dengan pelajar-pelajar aku di MIA nie. Bila dah jadi guru nie, barulah aku rasa betapa sakitnya hati melihat pelajar tidur dalam kelas time kita mengajar di depan. Tapi aku tak marah pon pelajar-pelajar aku tidur dalam kelas sebabnya dulu aku pon macam tu. Bhahahaha. Aku tak pernah kena marah pon kalau tidur dalam kelas, walhal aku duduk paling depan tau. Jadi, sebab tu aku memilih untuk tidak memerahi pelajar-pelajar aku. Korang nak tidur, suka hati koranglah.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekolah


Masa nak berhenti tu, pihak sekolah siap buat majlis besar-besaran pulak. Ya Allah malunya diriku. Masa tu ada 4 orang guru berhenti. Jadinya dorang buat satu majlis untuk kami berempat. Aku actually kalau boleh nak pergi dengan tenang. Hantar surat berhenti, lepastu punch card then chow. Itu rancangan asal aku. Tapi benda itu tak terjadi. Hahahaha.

Thank you so much for the gifts

Dorang dah plan awal-awal majlis nie. Siap cancel class pada hari tersebut tau. Bila tahu ada majlis nie, hati aku jadi gundah gelana. Maklumlah, aku nie orang introvert. Penyegan orangnya, tidak suka dirai sebab aku tak tahu nak cakap apa. Serious malu, dan nervous. Tapi itulah adat bila nak berpisah di Malaysia nie. Pasti akan dirai. Sangat menghargai dengan kesungguhan satu sekolah untuk meraikan tu. Terima kasih sangat-sangat. Macam-macam dorang buat tau. Tapi serious cakap, segan sangat T____T


Lagi nak cerita apa ? Rasa macam dah banyak benda aku cerita. Banyak gila kenangan sepanjang setahun aku berkhidmat di Maahad Ihya Al-Ahmadi, Sg Kelambu Banting. Dan yang paling penting, ia memberikan satu pengalaman yang paling berharga buat aku. Tak pernah dalam hidup aku, terfikir untuk memilih pekerjaan guru sebagai kerjaya. Harapnya, aku akan terus berbakti di dalam bidang pendidikan. Kalau tidak di sekolah, di universiti mungkin. Ewahhh !

Tinggal kenangan, thank you for the wonderful year at MIA

Ouh ya, aku nak mengambil kesempatan ini, andai ada guru-guru atau pelajar-pelajar aku yang membaca entri ini, saya ingin untuk memohon maaf andai ada terkasar bahasa atau terguris hati kalian sepanjang keberadaanku di MIA. Kalau ada terkurang, tak mengajar kalian dengan baik, mohon ampun ya. I have tried my best and insyaAllah akan cuba perbaiki lagi untuk masa hadapan.

Tahniah juga buat pelajar-pelajar MIA di atas pencapaian SPM yang cemerlang baru-baru ini. Saya turut bangga dengan pencapaian cemerlang kalian. Teruskan menimba ilmu dan jangan pernah serik.

Aku rasa, itu sahaja. Terima kasih kerana sudi baca. Jumpa lagi di lain entri.

2 comments:

  1. Is it normal for a 9 years old girl to think that a
    doll is real? Not really

    ReplyDelete
  2. Info yang bermanfaat untuk semua. Terima kasih di atas perkongsian maklumat yang bermanfaat ini ~ BlogCikguAzman | CikguAzman.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...