Tuesday, October 10, 2023

HUAWEI WATCH GT4 dan HUAWEI MATEPAD 11' Kombinasi Fesyen dan Fungsi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Huawei secara rasmi mengumumkan pelancaran HUAWEI WATCH GT 4 dan HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition terbaharunya, berikutan kejayaan besar pelancarannya di Eropah dan China baru-baru ini. Menjelmakan intipati cadangan "Fashion Forward", generasi baharu siri perdana WATCH GT mewakili satu peristiwa penting dalam perjalanan Huawei untuk menyatukan teknologi dan ekspresi fesyen. Dengan cadangan itu, ia menandakan era baharu fesyen boleh pakai yang memperkasakan pengguna untuk memperibadikan perjalanan kesihatan dan sukan mereka tanpa menjejaskan gaya. Dikenali sebagai tablet paparan PaperMatte pertama di Malaysia, HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition direka untuk memenuhi keperluan pengkomputeran harian pelajar pengajian tinggi dan profesional muda. 

HUAWEI MALAYSIA Memperkenalkan Rangkaian Terkini Produk Ekosistem untuk Gaya Hidup yang Lebih Pintar

Assalamualaikum dan salam sejahtera

HUAWEI hari ini melancarkan kategori produk Artificial Intelligence-of-Things (AIoT) baharu mereka dalam rangkaian penuh peranti pintar terkemuka termasuk WATCH GT 4, MatePad 11” PaperMatte Edition, FreeBuds Pro 3 dan HUAWEI WATCH Reka Bentuk Terbaik.

Thursday, September 28, 2023

Tayangan Perdana Filem Pagari Bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 27 September, aku sempat menghadirkan diri ke malam gala tayangan perdana Filem Pagari Bulan. Filem yang diterbitkan oleh ELEVEN FIELD CREATIVE SDN BHD bertujuan memaparkan semangat patriotisme dalam memperjuangkan wanita yang bangkit dari penindasan askar Jepun.


Monday, September 25, 2023

Tayangan Perdana Filem Fanna

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Malam gala tayangan perdana filem Fanna yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada industri filem tempatan. Filem yang diterbitkn oleh Jaguar Lim Films ini membawa kelainan dengan mempamerkan aksi dunia permotoran dalam kalangan wanita dan gangsterisme yang berkonsepkan mafia.


Sunday, September 24, 2023

Naturehike Outdoor Camping Malaysia (NOCM) Mengadakan Mega Gathering Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-66

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk sama-sama mengikuti komuniti Naturehike Outdoor Camping Malaysia (NOCM) dalam Mega Gathering mereka buat kali kedua yang diadakan sempena sambutan kemerdekaan yang ke-66. Mega Gathering itu menyaksikan seramai 300 peserta terlibat dan turut bersama-sama memacakkan khemah mereka di tapak lapang yang terdapat di Felda Residence Hot Spring Sungai Kelah, Perak. Ikuti butirannya !