Thursday, September 28, 2023

Tayangan Perdana Filem Pagari Bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 27 September, aku sempat menghadirkan diri ke malam gala tayangan perdana Filem Pagari Bulan. Filem yang diterbitkan oleh ELEVEN FIELD CREATIVE SDN BHD bertujuan memaparkan semangat patriotisme dalam memperjuangkan wanita yang bangkit dari penindasan askar Jepun.


Pihak produksi ELEVEN FIELD CREATIVE SDN BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan setinggi capan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) MELALUI PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) ATAS DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusya dapat menemui penonton di pawagam. 


Pagari Bulan, Ts Raja Mukhriz telah mempertaruhkan Nazeera Sardi sebagai tunjang utama bagi memegang watak sebagai pejuang yang memartabatkan kaum wanita. Selain itu, filem ini turut dibarisi pelakon hebat tahah air iaitu Aniq Durar, Trisha Ool, Andy Teh, Alvin Wong dan Michael Ang. Idea filem ini datang dari Ellyna Ahmad dan Ts Raja Mukhriz setelah melihat belum ada genre 'comfort women' yang diketengahkan dalam filem tanah air. Skrip dan lakon layar Pagari Bulan oleh Siti Jasmina Ibrahim.


PAGARI BULAN mengisahkan tentang Bulan yang merupakan anak sulung perempuan kepada pengusaha tanaman dan pemburu yang cekap iaitu Ismail dan isterinya Hasnah yang berhadapan dengan kedatangan pihak Jepun ke Kelantan. Penduduk kampung berdekatan dan kampung lain terpaksa mempertahankan kampung mereka daripada didera, dibunuh, dan mempertahan anak gadis yang menjadi sasaran tahanan oleh tentera Jepun. Bulan bersama-sama adiknya Kash dan sahabatnya Sui Li juga ditangkap dan dipaksa mengikuti segala kemahuan askar Jepun demi memuaskan nafsu.


Komen peribadi : Best ! Plot penceritaan yang cukup baik aku kira sebab penonton ternanti-nanti what is next. Sangat puas hati bab dia balas dendam tu sehinggakan mendapat tepukan ya dalam hall. Mohon tambah lagi scene romantis antara Bulan dan Miura please ! Hahahaha. Semoga maju jaya untuk Filem Pagari Bulan.


Sharifah Shahora selaku penerbit filem Pagari Bulan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, bloggers, influencer temasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem ini. Filem "Pagari Bulan" akan disiarkan mulai 5 Oktober 2023 lebih daripada 60 pawagam di seluruh Malaysia dan Singapura.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...