Monday, September 25, 2023

Tayangan Perdana Filem Fanna

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Malam gala tayangan perdana filem Fanna yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada industri filem tempatan. Filem yang diterbitkn oleh Jaguar Lim Films ini membawa kelainan dengan mempamerkan aksi dunia permotoran dalam kalangan wanita dan gangsterisme yang berkonsepkan mafia.


Filem yang diterbitkan oleh JAGUAR LIM FILMS & PRODUCTION (M) SDN BHD serta edaran METROWEALTH menzahirkan setinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) atas Dana Kandungan Digital (DKD) demi memastikan Filem Fanna dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.


Filem Fanna ini dibintangi oleh pelakon hebat Syafie Naswip yang namanya sudah tidak asing lagi dalam industri perfileman tanah air. Beliau cukup teruja apabila dipilih sebagai peneraju utama dan bergandingan bersama Fify Azmi, seorang pelakon wanita yang mempunyai kemahiran melakukan babak aksi. Filem ini turut menampilkan Colleen Rosanna Augustin, Rashid Salleh, Andy Black Tan dan ramai lagi.


Filem Fanna ini berkisarkan mengenai kehidupan Fanna, seorang gadis yang menghidap kanser, menemui cinta pertamanya dengan anak ketua kongsi gelap, Shafik. Malangnya cinta mereka mula berputik di penghujung nyawa Fanna apabila kansernya menyerang dengan lebih ganas. Shafik yang menyedari dia telah jatuh cinta kepada Fanna berusaha menyelamatkan diri daripada dibunuh akibat pergaduhan kongsi gelap yang tercetus. Keadaan menjadi lebih parah apabila Black, adik kepada ketua kumpulan saingan itu dibunuh sewaktu Shafik cuba menyelamatkan Fanna daripada diculik oleh Black. Menyedari bahaya yang menanti, Shafik dan Fanna melarikan diri ke tempat persembunyian di luar negara.


Pihak penerbit Filem Fanna mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang diberikan secara langsung mahupun tidak langsung dari semua pihak terutamanya media cetak, media elektronik, rakan blogger, serta penggiat filem tempatan. Oleh itu, pihak penerbit menyeru semua penonton untuk menyaksikan filem Fanna di pawagam pada 28 September 2023.


Komen peribadi : Cinematografi yang cukup cantik, namun aku merasakan ada kekurangan dari jalan penceritaan yang tidak mempunyai fokus yang jelas. Banyak persoalan yang tak terjawab dan tahu-tahu filem habis. Mungkin, perlu lebih teliti dalam membina plot dan penceritaan di masa hadapan. Apa-apapun, semoga maju jaya Filem Fanna.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Filem Fanna di www.fannamovie.com.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...