Sunday, September 24, 2023

Naturehike Outdoor Camping Malaysia (NOCM) Mengadakan Mega Gathering Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-66

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk sama-sama mengikuti komuniti Naturehike Outdoor Camping Malaysia (NOCM) dalam Mega Gathering mereka buat kali kedua yang diadakan sempena sambutan kemerdekaan yang ke-66. Mega Gathering itu menyaksikan seramai 300 peserta terlibat dan turut bersama-sama memacakkan khemah mereka di tapak lapang yang terdapat di Felda Residence Hot Spring Sungai Kelah, Perak. Ikuti butirannya !


Mega Gathering itu telah berlangsung selama 3 hari 2 malam, penganjuran NOCM MEGATH 2 diadakan dengan kerjasama Tourism Malaysia selain penaja utama Campguru, Felda Residence Hot Spring, Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Ecoflow, New Era dan Over Malaysia. Penganjuran program ini turut mendapat kerjasama Tourism Perak. Program ini disempurnakan oleh Encik Mohd Faharuddin Hatmin, Pemangku Pengarah Komunikasi Korporat, Tourism Malaysia.




Tujuan program perkhemahan kali ini bertujuan mengumpulkan peminat-peminat daripada pelbagai jenis khemah dibawah jenama Naturehike. Sebagai komuniti yang berkonsepkan kekeluargaan, Mega Gathering 2 ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim yang mempunyai minat yang sama sambil menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66.



Antara intipati utama program adalah malam “Gala Night” yang bertemakan Patriotik beserta pengisian yang dibawa khas daripada PPZ “Slot Bersama Ustaz Don Daniyal”. Disamping itu, program turut dimeriahkan dengan aktiviti seperti sukaneka kanak- kanak, Aerodance, peraduan khemah tercantik dan pertandingan pakaian yang mengikut tema Patriotik.






Selain itu, para peserta juga akan merasai pengalaman berkhemah di dalam kawasan resort yang julung kalinya diadakan di Felda Residence Hot Spring Sungkai, menikmati makan malam barbeku sambil menyaksikan persembahan “Sapei” serta diakhiri oleh acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.




Sangat menarik adanya komuniti seperti ini yang mana semuaberkongsi minat yang sama dan akhirnya dapat bersilaturrahim seperti ini. Satu program yang patut diketengahkan dan perbanyakkan lagi. Sebagai seorang yang suka berkhemah dan juga melakukan aktiviti-aktiviti luar, semestinya ini merupakan satu program yang aku akan turut sertai sekiranya dipelawa.




Konsep berkhemah untuk komuniti ini lebih kepada bercirikan glamping yang mana kemudahan asas tersedia dan lengkap. Tidak sangka, dalam aktiviti berkhemah juga, kita boleh jalankan hidup seperti biasa dengan lengkap. Perbezaannya hanyalah kita berada di dalam khemah. Sangat terpukau dengan gadget-gadget dan peralatan komuniti NOCM sepanjang gathering tersebut.






Terima kasih di atas peluang ini untuk turut sama-sama merasai pengalaman berkhemah secara glamping. InsyaAllah, mana tahu satu hari nanti,aku juga merupakan salah satu ahli dalam komuniti NOCM ini. Hihi.


Felda Residence Hotspring Sg Kelah telah menjadi tuan rumah untuk gathering NOCM kali ini. Agak-agaknya, lepas nie gathering NOCM dekat mana pula ya ? Sama-sama kita nantikan. Untuk mereka yang merancang untuk bercuti dan meluang masa bersama keluarga di hujung minggu, bolehlah datang ke Felda Hotspring Sg Kelah ini. Penginapan yang selesa serta kemudahan yang cukup banyak untuk anak-anak bermandi-manda.




Ini merupakan kunjungan kali ketiga aku ke sini dan serius cakap tidak membosankan untuk datang ke Felda Residence Hotspring Sg Kelah nie. Macam-macam aktiviti boleh buat. Paling best dapat celup-celup kaki dekat kolam air panas. Boleh masak telur juga tau dekat situ. Nampak betapa panasnya kolam air panas dekat sini, sampaikan boleh masak telur.

InsyaAllah panjang umur, aku akan datang lagi ke sini. Korang pon sama ya ?

No comments:

Post a Comment