Sunday, December 24, 2023

Know Know Arrived Korea - Day 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Know know kita dah sampai ke hari terakhir aku berada di bumi Korea. 5 hari berlalu cukup pantas sekali. Hari kelima adalah hari untuk kami pulang semula ke Malaysia. Ikuti butirannya !


Untuk hari kelima nie, kami tak sempat buat apa pon. Tak sempat nak singgah mana-mana pon sebab flight kitorang jam 10.15 pagi. Aku tak involve dalam tempah tiket flight nie, jadi aku tak dapat beri pendapat apa-apa. Tahu-tahu je flight kitorang belah pagi. Kawan aku ambik flight pagi nie sebab harga dia murah, makanya tak dapatlah nak pergi manapun untuk hari kelima nie. Bangun pagi-pagi semata nak bersiap pergi airport je.


Kalau flight malam, at least dapatlah teroka Seoul satu hari lagi. Tapi tidak ya. Bangun pagi naik train semata nak naik flight. Hampa sungguh ! Dari hostel kami nak ke airport nie boleh tahan jauh jugalah. Dalam 1 jam naik keretapi. Sebabtu pagi-pagi dah kena bertolak pergi airport takut tertinggal flight. Sarapan semua kitorang beli bila dah check in bag.



Itu sahajalah yang berlaku pada hari kelima. Hanya sekadar berada di airport. So sekarang aku nak lampirkan perbelanjaan percutian 5 hari 4 malam kami di bumi Korea. Ini yang korang tunggu-tunggu dan ternanti-nanti, kan ?

Tiket kapal terbang

Untuk tiket kapal terbang, memang murah sangat. Entah mimpi apa kawan aku pagi tu, dia saja-saja cek tiket ke Korea dan terjumpa yang murah. Terus book. Sebab tulah percutian ini sangat tiba-tiba. 3 minggu je planning.


Tiket pergi dan balik, kami naik Vietnam Airlines dan transit dekat Vietnam. Sebab ada transit nie jugalah yang menjadikan tiket kami murah. Bahaya juga bila transit sekejap nie sebab takut flight delay. Sebab ia akan memberi kesan pada connecting flight tu. Alhamdulillah, flight kami semua tepat pada waktunya dan untuk connecting flight. Vietnam Airlines memang akan utamakan penumpang yang transit sekejap. 
  • Transit pergi : 3 jam 25 minit
  • Transit balik : 1 jam 10 minit


Masa transit balik tu, ground staff Vietnam Airlines escort kami terus ke imegresen untuk ke flight seterusnya tanpa perlu beratur. Walhal beratur punyalah panjang, tapi sebab kami dikategorikan sebagai "last minute passenger", makanya kami tak perlu beratur. Terus masuk ke bahagian imegresen untuk scan-scan beg tu.

Harga return tiket : RM1106.38

Pass Masuk Korea Elektronik (K-ETA)


Nak masuk ke Korea kena ada K-ETA nie. Kitorang apply lepas beli tiket. Tak berapa nak rumitlah apply benda nie. Cuma kena pastikan korang dah book tempat penginapan dekat Korea sebab dorang minta kita isikan alamat dekat Korea tempat korang nak inap tu. Dalam masa 1-3 hari, dah dapat keputusan K-ETA nie diluluskan. 

K-ETA : RM 37.10

Penginapan 5 hari 4 malam



Ikutkan banyak gila penginapan murah dekat Korea nie. Korang tak perlu risaulah. Ikut kemampuan korang. Kalau nak bajet, cari yang bajet. Nak go all out, go all out. Pada aku, cukuplah sekadar tempat tu selesa, privasi dan yang penting attached bathroom. Kalau tak attach pon tak apa, tapi seeloknya attach lah. Senang sikit. 


Kalau pergi ke luar negara nie, kebanyakkan masa kita habiskan teroka kawasan dan bilik hotel hanyalah lokasi untuk tidur dan rehat pada waktu malam sahaja. Jadi logik aku ialah, kenapa nak habiskan duit yang banyak dekat hotel yang hanya dijadikan lokasi untuk tidur ? Nak cakap pasal keselesaan, hotel bajet pon ada yang selesa. Kenalah pandai cari.



Sepanjang kami dekat Korea, kami telah menginap dekat Naru Hostel yang terletak di kawasan Mapo. Walaupun tidak berada di kawasan the heart of Seoul, yang paling penting, dekat dengan train station. Bilik kitorang dua single bed dan attached bathroom. Walaupun namanya hostel, tapi memang purposely cari bilik yang attached bathroom. Bilik air ada heater dan mini fridge. Heater nie penting ya sebabnya kitorang datang masa permulaan winter jadinya agak sejuk.

Naru Hostel
Alamat : 31, Mapo-daero 12-gil, Mapo-gu, Seoul 04211 South Korea
Station keretapi berhampiran (5 minit berjalan kaki) : Gongdeok Station (Exit 4)

Harga penginapan untuk 4 malam : RM593.83


Yang tak best nya tempat penginapan kami nie ialah, kami dapat bilik di tingkat 3 dan tiada lif. Mungkin sebab kami nie lelaki muda, jadinya dia bagi tingkat 3. Tangga pulak sangat curam dan sempit ya. Kalau manusia berbadan besar, agak payah juga nak naik atas. Sangat tak mesra OKU dan warga emas. Mungkin kalau warga emas tu dia bagi tingkat 1 lah kot. Bayangkan nak angkut luggage berat-berat nak lalu tangga sempit dan curam macam nie, penat dikk nonn.



Itu jelah yang aku rasa tak best hostel nie, yang lain aku cukup berpuas hati. Hostel owner pon sangat bertoleransi. Dia bagi je kami drop luggage dekat lobby walaupun belum waktu check in lagi tanpa ada extra charge.

T-Money

T-Money nie fungsinya macam kad TouchNGo. Kad T-Money digunakan untuk menaiki public transportation (train & bas). Korag pandai-pandailah budget nak letak berapa duit dalam kad T-Money tu.


Kad T-Money : KRW 5000 (Kami beli design yang cute sebab nak dijadikan kenangan. Kad design basic, murah sikit)
Topup T-Money untuk 5 hari 4 malam : KRW 35,000

Kitorang ada guna teksi jugak kalau terdesak. Terdesak sebab nak cepat dan juga sebab sakit kaki. Malas nak berjalan, nak senang naik teksi jelah. Lebih cepat. Cumanya renyah sebab tak sembarangan teksi korang boleh naik. Kena pakai apps dan pemandu-pemandu teksi nie bukan reti cakap English.

Harga Tiket Untuk Lokasi Yang Dilawati

Kebanyakkan tiket-tiket nie korang boleh beli siap-siap dari Klook. Terutama sekali yang Railpark tu. Kalau korang dah rancang bila masa nak pergi situ, silalah beli tiket awal-awal. Kalau tak, memang habis dan nanti yang tinggal waktu lewat petang bila langit dah gelap. Railpark nie cantik kalau datang waktu siang. 


Nami Island : RM55.45
Basikal Nami (Single) : KRW 5000 (30 Minit)
Cable Car Chuncheon Samaksan : KRW 23,000
Railpark : KRW 40,000 (Couple riding)

Tapi tiket yang kami beli dekat Klook hanyalah tiket nak masuk Nami Island tu je. Itupon beli on the spot. Kalau beli dari kaunter, masyaAllah ramai sangat dan beratur panjang. Tiket lain tu, semua beli dekat kaunter. Tiket cable car tu, kau mintak tolong orang dekat sana tekankan auto machine tu untuk korang sebab machine tu dalam bahasa Korea, dan korang tinggal tap kad untuk bayar je. Kalau beli dekat kaunter, lambat dikk. Kena beratur panjang jugak.


Total hangus perbelanjaan kami sepanjang 5 hari 4 malam dekat Korea termasuk makan minum, membeli-belah dan semua yang di atas nie, secara kasarnya dalam RM3,000 sahaja. Aku malas nak kira secara details tapi memang tak lebih 3 ribu duit Malaysia. Jadi, untuk korang yang bercadang nak pergi ke Korea tu, bolehlah merancang dari sekarang. Yang penting bab tiket flight tu. Dapat tiket murah memang ngamm sangat !


Terima kasih sudi baca perjalanan Know Know Arrived saya selama 5 hari 4 malam di Korea Selatan. Jumpa lagi di entri yang lain insyaAllah !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...