Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dah 30 tahun hidup di bumi Malaysia nie, ini merupakan kali pertama aku betul-betul terokai Perlis. Not the entire Perlis lah for sure. Part of it yang menarik. Banyak ke tempat menarik dekat Perlis yang betul-betul significant dan menarik ? Aku serius tak dapat nak senaraikan tempat apa yang menarik dekat Perlis nie. Literally macam tak ada yang terkenal. Jangan marah naa orang Perlis.
Tapi bila merancang nak pergi, cari punya cari, rupanya banyak tempat menarik dan disarankan untuk kunjungi. Ayuh aku bawakan korang sama-sama kita terokai bumi Perlis. Sedikit disclaimer, aku pergi Perlis nie masa awal tahun baru hari tu. Memang dah jadi satu rutin, seiap kali tahun baru, aku akan melancong pergi ke suatu tempat. Untuk tahun nie agaknya nak ke mana ? Entahlah dikk nonn.
Oleh kerana Perlis terletak di penghujung Malaysia bahagian utara, jadinya kami bertolak pada waktu malam sebab nak sampai Perlis waktu pagi dan terus mulakan penjelajahan. 8 jam jugalah perjalanan nak ke Perlis nie. Kitorang ada singgah few RnR untuk berehat dan minum kopi. Kitorang gilir-gilir drive tapi most of the time, my friend yang drive sebab aku nie jenis mudah ngantuk bila drive. Ini satu fakta ya, bukan alasan.
Sampai-sampai Perlis waktu subuh. Lepas dah buat apa yang patut, terus singgah pergi sarapan dekat port breakfast yang paling disarankan iaitu Warung Chaq. Warung nie sangat terkenal sebab view dia yang sangat indah berlatar belakangkan sawah padi dan gunung-ganang. Sangat cantik untuk ber-OOTD. Secara jujurnya, dari segi makanan dia biasa-biasa saja. Tak ada wow mana.
Memang ramai sungguh manusia datang ke sini. Kena beratur dan tunggu orang-orang yang ada habis makan. Parking boleh dikatakan agak susah nak dapat. Ada ruangan parking disediakan, tapi agak terhad. Jalan pula sempit. Demi nak OOTD punya pasal, kami gagahkan jua.
Masih terlampau awal untuk kami check in ketika ini, makanya selepas bersarapan kitorang terus menuju ke Bukit Ayer untuk bermandi manda. Tukar baju dalam kereta je masa nie. Kat sini terkenal dengan kehijauan air dia. Maksudnya memang kawasan nie bersih gila-gila. Agak takut nak mandi sebab kawasan mandi dia, kedalaman sangat tak menentu. Ada kawasan cetek, ada kawasan yang tiba-tiba dalam gila.
Lepastu kitorang check in dekat Dview Hotel. Masa nie sumpah rasa nak tidur je sebab penat sangat tak cukup tidur. Kitorang ada keluar sekejap untuk makan dan berjalan sikit, tapi sudahnya memang ambil keputusan nak rehat je dalam bilik sebab mengantuk.
Kalau anda datang ke Perlis, tolonglah jangan check in dekat Dview Hotel. Tak tahulah dah berapa lama bilik kitorang tu tak ada penghuni atau dah berapa lama tak basuh cadar katil, tahu-tahu je kulit aku kena gatal-gatal. Jarang-jarang kulit aku kena gatal-gatal melainkan cadar tu memang bermasalah. Mula tu rasa gatal biasa je, tapi lama-lama makin banyak pulak tompok merah dekat kulit. Mujurlah kitorang menginap dekat hotel nie cuma untuk satu malam sahaja. Satu malam lagi kitorang check in dekat tempat lain.
Malam tu kami keluar makan dekat Restoran Abg Janggut. Ramai suggest suruh makan dekat sini sebab harga menu shellout dia yang murah dan berbaloi. Tak tahulah nak kata berbaloi ke tidak sebab portion dia nampak banyak disebabkan lala je. Tapi kuantiti makanan laut lain macam gitu-gitu je. Dari segi kesedapan, boleh tahan sedap. Kuah dia padu juga.
Lepastu kitorang singgah kedai kopi berhampiran yang diberi nama Kafe Tenang. Bab berjalan nie memang aku suka terjah kedai kopi tempatan untuk merasai keunikan rasa kopi lokal. Not bad kopi dia tapi kafe dia macam tak mesra dine in. Tempat duduk agak terhad. Tak terus balik hotel, kitorang singgah cuci mata dekat dataran di Kuala Perlis. Agak meriahlah malam tu. Yelah, masa nie malam tahun baru, jadinya semua orang nak tengok bunga api.
Untuk hari kedua, kami betul-betul tak sabar nak check out sebab kulit aku makin gatal. Mujurlah cuma menginap satu malam je dekat sini. Kalau dua malam, tak tahulah macam mana gatalnya tu. Biarpun kulit tengah gatal-gatal, misi menerokai bumi Perlis tetap kena teruskan ya.
Sebelum pergi sarapan, kami singgah di Jambatan Tuanku Syed Putra untuk bergambar. Jambatan nie menjadi tumpuan pengunjung yang datang ke Perlis sebab ia dicat dengan warna pelangi. Jadinya nampak cantik dan meriah je tengok. Saja datang sini pagi-pagi sebab tak ramai orang. Tapi silap ya, pagi-pagi lagi dah ada satu bas yang menurunkan ramai acik-acik. Tapi kebanyakkan dorang tak naik pon, sebabnya dah tua tak larat nak naik tangga. Nasib baik. Hahahaha
Ambil gambar selesai, terus cari port sarapan yang best. Kitorang singgah satu lagi warung yang mempunyai konsep sawah juga iaitu Warung Tepi Sawah. Semalam rasa dah ramai dah dekat Warung Chaq tu, dekat sini lagi ramai weyhh. Beratur super panjang. Konsep siapa cepat dia dapat tempat duduk. Sorang beratur, sorang cari tempat duduk. Agak-agak ada yang bangun, terus kita duduk dan tunggu pekerja situ bersihkan meja.
Makanan dia biasa-biasa saja, tapi vibe dan view dia tu yang best. Sebabtu ramai pengunjung. Nak parking pon susah dekat sini. Kami parking agak jauh. Alang-alang kau dah bersusah payah tunggu tempat duduk, beratur panjang untuk beli makanan, jangan lupa abadikan gambar kenangan dekat Warung Tepi Sawah nie okay.
Seterusnya kami singgah ke View Point Wang Kelian. Masuk sini kena bayar RM3 kalau tak silap. Tak ingat berapa kena bayar. View Point Wang Kelian nie korang boleh saksikan view Perlis dari atas bukit. Kitorang sampai sini dalam tengahari, agak berkicap juga tapi ada angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Juga salah satu tempat untuk ber-OOTD. Banyaklah spot menarik dekat sini untuk korang bergambar. Ada khemah yang menjual makanan dekat atas nie. Kalau lapar atau dahaga, bolehlah beli dekat kedai yang dibuka di sini.
Seterusnya kami pergi ke Gua Kelam. Nak masuk sini pon kena bayar juga tapi jangan risau, tiket murah je untuk warganegara. RM2 untuk seorang dewasa. Ini merupakan kali pertama aku jejakkan kaki ke dalam Gua Kelam. Pernah dengar pasal Gua Kelam sebelum nie tapi tak pernah tahu sejarah atau apa yang ada dalam gua nie. Kat Gua Kelam juga, pengunjung boleh bermandi-manda. Untuk mereka yang datang nak mandi, bolehlah bawa pakaian lebih.
Agak terpesona tengok bentuk-bentuk batu semulajadi yang terhasil dekat Gua Kelam nie. Tak berapa nak rajin sangat baca fakta-fakta yang tertulis di papan-papan yang disediakan. Kitorang hanya sekadar melawat dan ambil-ambil gambar.
Seterusnya, kami pergi ke Padang Waremart untuk membeli-belah sedikit barang. Padang Waremart nie bersempadankan negara Thailand. Actually kan, kitorang ada drive dekat satu laluan nie, sudahnya sampai ke sempadan dan ada roadblock yang dijaga oleh tentera. Terus gelabah dan patah balik. Seram betul. Kesimpulannya janganlah beriya memandu sebab nanti tahu-tahu korang sampai ke sempadan.
Dekat Padang Waremart nie banyak jual barang dan makanan. Nak beli baju-baju copy ori pon banyak dijual di sini. Aku datang sini beli kacang-kacang je dengan buah masam potong buat kunyah-kunyah. Masa nie ya Allah panas gila. Betul lah apa orang kata, negeri belah utara panas dia lain macam.
Seterusnya kami pergi ke Ladang Kenaf. Dalam gambar nampak cantik je ladang nie. Tapi bila kami sampai, actually tak ada benda pon. Mungkin bukan musim pokok-pokok kenaf tu berbunga kot ? Yang pasti, kereta habis kotor sebab debu batu pasir. Buat rosak tayar je masuk dalam Ladang Kenaf nie. Kalau korang nak feeling-feeling, bolehlah singgah.
Masa untuk kami check in ke tempat penginapan kami untuk malam kedua kami di Perlis. Kami check in di Kejora Homestay. Sumpah bersih dan cantik gila homestay nie. Pemilik dia yang kemas dan bina homestay nie. Dia sering datang dan bertukang, kemas-kems kawasan homestay. Sangat unik homestay nie sebab dia ibarat dua/tiga buah rumah kampung yang disambung-sambungkan dan berfungsi menjadi sebuah penginapan.
Lengkap segalanya ada, bersih pulak tu. Cumanya tandas dia agak curam ya. Overall, aku cukup berpuas hati menginap dekat sini. Korang kalau datang Perlis, bolehlah consider Kejora Homestay sebagai lokasi penginapan okay. Sangat recommended !
Kami singgah makan malam dekat Chortiez & Co. Not bad lah makanan dekat sini, portion okay, harga pon okay. Plus meriah dengan pengunjung. Cuma risau kalau hujan je. Kalau hujan, memang kena berlarilah cari tempat berteduh sebab konsep makan dekat sini tidak berbumbung. Ada kawasan berbumbung tapi lebih best berbumbungkan langit.
Tidak terus balik hotel, kami singgah bergambar dekat Kangar Street Art. Banyak mural-mural menarik yang korang boleh bergambar dekat sini. Meriah tapi masa kami pergi nie tak ramai orang pon. Literally kosong. Mungkin dah tak musim kot street-street art nie. Boleh dikatakan dah hampir semua bandar lama setiap negeri ada street art. So mungkin orang-orang dah tak batak nak pergi.
Seperti biasa, konsep satu kedai kopi satu hari. Malam tu juga kami singgah ke sebuah kedai kopi yang diberi nama Ngopi. Kami tak order makanan berat, hanya nak rasa signature coffee dia sahaja. Lepastu balik. Eh tak terus balik, masa nie memang aku dah tak tahan sangat dengan gatal-gatal dekat badan. Aku pergi klinik untuk dapatkan ubat. Biasanya kalau aku kena allergy, doktor akan cucuk jarum. Tapi mungkin allergy kali nie tak berapa nak teruk, jadinya doktor hanya bagi ubat sapu dan ubat gatal.
Memang malang sungguh menginap dekat Dview Hotel. Tolonglah jangan menginap dekat Dview Hotel. Kita bold kan bagi warna merah supaya korang nampak dengan jelas.
Hari ketiga di bumi Perlis, masa untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Apa-apa hal kita check out dulu dari Kejora Homestay yang sangat best nie. Lepastu, kami pergi bersarapan dekat Ngulang Kopitiam. Sangat unik sarapan dekat sini sebab lokasi dia adalah sebuah rumah kampung lama. Sangat ramai yang datang bersarapan dekat sini. Makanan dekat sini memang padu. Sedap !
Selesai bersarapan, kami terus pergi ke Bukit Chabang yang sangat terkenal sebagai sebuah lokasi yang cantik untuk bergambar. Bukit Chabang nie sangat unik dan cantik kerana bukit nie seolah-olah macam terbelah dua. Nak masuk sini kena bayar juga, dalam RM5/dewasa.
Ada kandang kambing juga dekat sini dan pengunjung bolehlah beramah mesra dengan kambing-kambing di sini kalau tak kesah dengan bau-bauan yang terhasil daripada kambing-kambing tu. Kambing-kmbing kat sini jinak-jinak dan tak takut orang. Jinak memang jinak tapi kena waspada juga, takut ada yang menanduk pulak. Bukan boleh aci dorang nie. Tahu-tahu je menyerang dari belakang.
Seterusnya kami pergi Tasik Tasoh. Rasanya kena bayar juga nak masuk sini, tak ingat berapa. Rasanya kira per kereta. Ke kira kepala ? Entahlah dikk. Tak ingat dah. Panas dia astaghfirullah al azim. Sape suruh datang waktu matahari tegak atas kepala.
Oleh kerana kami masih lagi kenyang bersarapan di Ngulang Kopitiam, makanya kami tak pergi makan tengahari pon. Malah cari kedai kopi je sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Maka terjumpalah Kafe Harmony. Kafe nie kafe hipster dan sangat estetik. Kopi dia pon okay-okay jelah. Selesai makan dan mengopi, kami pon beransur pulang.
Tamatlah sudah sesi menjelajah Perlis Indera Kayangan. Tak semua tempat dapat pergi tapi puas hati dapa terjah semua lokasi yang ada dalam senarai kami. InsyaAllah kalau panjang umur dan ada rezeki, nak datang Perlis lagi.
Terima kasih sudi membaca. Jumpa lagi di lain entri. Bye !
No comments:
Post a Comment