Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali nie aku nak cerita pengalaman yang agak mencemaskan sewaktu bercuti ke Vietnam pada minggu lalu. To be very honest, i dont foresee this coming tau. Literally tak terfikir dan tak terlintas langsung yang benda nie berkemungkinan untuk berlaku. Harapnya lepas korang baca pengalaman aku nie, korang boleh merancang percutian korang ke Vietnam dengan lebih baik supaya kejadian seperti ini tidak berlaku pada korang.
Macam nie ceritanya, hati aku mula rasa tak sedap sejak dekat airport lagi. Tak tahulah tak sedap sebab apa. Pada fikiran aku, mungkin fikir banyak sangat pasal kerja. Risau nak tinggalkan kerja untuk beberapa hari. Tak terfikir pula rupanya benda tak sedap tu pasal percutian kitorang nie. Lepas dah check in luggage semua, kitorang pergi ke ruang menunggu sebab masih terlalu awal untuk masuk. Aku masih bekerja waktu tu, jadinya aku buatlah kerja-kerja office dulu.
The moment aku tutup laptop office untuk masuk ke gate perlepasan, kawan aku dapat email mengatakan bas yang kitorang book untuk ke Dalat malam tu, dibatalkan. Kitorang dah book 2 minggu awal tau bas nie. Tapi 3 jam sebelum berlepas dapat email kata bas tu dibatalkan. Memang gelabah teruk masa nie. Last minute sangat inform nya pon. Makanya bukalah semula laptop office aku dan cari bas pengganti on the spot. Alhamdulillah ada lagi bas yang available untuk malam tu.
Tak lama lepastu dapat email dari company bas tu mengatakan bas yang kitorang book dah penuh dan sistem error tak dapat kesan slot jam 12 malam dah penuh. Makanya ia masih muncul dalam sistem. Dia suruh tukarkan waktu tu dari jam 12 malam kepada 10 malam. Yakni 2 jam awal daripada waktu yang kitorang pilih masa book tu. Agak risau tak sempat sebabnya kitorang akan mendarat dekat lapangan terbang Vietnam pada jam 8 malam waktu tempatan. Bas tu pula jam 10 malam. Masa nie kitorang takut juga flight delay ke apa. Air Asia nie bukan boleh aci. Tahu-tahu je kang delay.
Mulanya tidak bersetuju, tapi slot tu sahaja yang tinggal. The next available slot will be on the 31st December jam 12 tengahari. Takkan nak habiskan masa dua hari dekat Ho Chi Minh, sedangkan perancangannya nak ke Dalat. Makanya setuju jelah setelah diyakinkan oleh orang bas tu yang kitorang sempat untuk naik bas jam 10 malam kalau semuanya berjalan lancar.
Flight dari Kuala Lumpur ke Vietnam macam biasa. Tak delay, tak apa. Terima kasih Air Asia for this ! Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam macam tu. Sampai Vietnam airport jam 8 malam. Kitorang cepat-cepat pergi ke immigration check point. Sekali dah sampai ke immigration check point, Astaghfirullah al azim !! Beratur panjang gila. Ruangan tu sangat padat dengan manusia. Kaunter banyak je buka tapi manusia seramai-ramai alam dekat situ. Untuk settle kan satu orang tu ambil masa dalam 5-8 minit seorang. Bayangkanlah slow-nya macam mana.
Aku tak boleh duduk diam dan ikut beratur. Kalau aku ikut beratur, memang tak sempatlah nak naik bas jam 10 malam tu. Kawan aku terus beratur dan aku cuba untuk dapatkan alternatif lain. Aku mula tanya dekat pegawai imegresen yang jaga bahagian passport diplomatik dan crew untuk benarkan aku cop passport dekat laluan nie considering situasi aku ketika itu. Dia tak bagi dan suruh aku masuk barisan. Percubaan pertama gagal. Aku tanya lagi pegawai imegresen lain, kot kot dia bagi. Tak dapat juga.
Aku terus cari barisan yang agak pendek dan mula beratur. My friend and I literally dah terpisah jauh masa nie sebab aku beratur di barisan yang lain. Dalam pada beratur tu, ada nampak satu laluan untuk Quarantine passenger. Mungkin laluan khas untuk mereka yang ada simptom-simptom sakit kot. Aku cuba bertanyakan dekat pegawai imegresen yang jaga laluan situ untuk benarkan aku cop passport di situ. Dia tak bagi juga dan suruh aku beratur di barisan yang biasa.
At this point, aku memang dah redha dan berserah sangat. Aku mula putus harapan. Aku terus beratur dan beratur. Masa tu dah jam 8.50 malam. Dari airport nak ke stesen bas tu ambil masa 40 minit perjalanan naik kereta dan kitorang kena ada dekat stesen bas tu 30 minit sebelum waktu bas berlepas. Kiranya kitorang kena ada dekat stesen bas jam 9.30 malam. Jam dah menunjukkan hampir jam 9 malam. Aku mula bersatu semula dengan kawan aku dan redha. Apa nak jadi, silakan jadi. Berserah sangat pada yang maha Esa.
Tapi menjadi seorang Zharif, aku tak boleh terus menunggu dan putus harapan begitu sahaja. Selagi ada waktu, selagi tu aku masih ada peluang. Aku bertanyakan kembali dekat pegawai imegresen di bahagian passport diplomatik dan crew untuk menggunakan laluan itu. Aku tanya dan terangkan pada dia keadaan aku dan aku kena kejar bas jam 10 malam. Dia pandang aku atas bawah. Aku merayu sangat weyh dengan pegawai tu, buat muka sedih dengan nada yang sedih, tunjuk segala bukti.
Me : Excuse me sir, may you kindly allow me to go to this lane as i have bus to catch at 10 pm and the next available bus will be on the 31st December. Please consder my situation sir, i cannot miss this bus.
Immigration Officer (IO) : How many of you ? *Sambil tengok tiket bas dan passport aku
Me : Just the two of us. Please sir consider our situation.
IO : You have 20 dollar ? You pay 20 dollar at the counter
Me : No, sir. I dont have cash with me.
IO : You have Malaysia Ringgit ? Give 20 Malaysia Ringgit to the officer.
Me : Okay.
Aku terus pergi ke kaunter diplomatik dengan kawan aku. Semasa di kaunter, pegawai imegresen tu macam bengong-bengong. Mungkin dia tidak diberitahu awal pasal benda nie. Jadi dia tak sedia untuk itu.
IO at the counter : I can help you my friend. *sambil cop passport.
Dah selesai passport aku dicop, sekarang giliran kawan aku pulak. Dia nie agak lurus dan mengikut, dia nak bayar dekat kaunter tu. Siap dah sediakan duit RM20. Tapi dia tak tahu nak bagi macam mana. Yelah, dekat kaunter immigration kot, ramai yang tengok. Kamera sana sini. Pegawai imegresen tu pon tak tahu macam mana nak terima duit tu.
Me and my friend memang terus blah je. Passport dah cop, jadi urusan kitorang dah settle dekat situ. Pegawai imegresen tu pon tak boleh nak buat apa lagi. Kitorang terus berjalan dan cepat-cepat keluar dari kawasan tu. Masa nie, tuhan je yang tahu betapa leganya aku. Dan sumpah aku cakap, aku seolah-olah rasa macam tak sangka gila yang aku dah keluar dari airport tu untuk menunggu driver grab kami. Kalau ikut barisan yang kitorang beratur tu, entah bila agaknya dapat keluar dari airport. Sungguh aku masih tak percaya masa nie. Tepat jam 9 malam kitorang dah keluar airport.
Walaupun sampai sebelum waktu bas berlepas, tetap nervous |
Nak dapat grab dekat Vietnam nie mudah sahaja. Order je terus dapat. Cuma korang kena alert dengan no plat sebab kebanyakkan grab driver tak boleh cakap English. Sangat limited English dorang. Jadinya kalau dorang call pon, dorang tak faham. Nak senang kau cari kereta dorang menggunakan nombor plate. Jumpa je grab driver kitorang, terus naik dan menuju ke stesen bas yang mengambil masa lebih kurang 40 minit.
Masa nie aku suruh grab driver tu pandu laju sikit. Tapi bandar Ho Chi Minh nie memang bandar yang padat, makanya jalan sentiasa jammed. Tak apa, yang penting bab imegresen tu dah lepas. Aku dah lega banyak. Tapi tak boleh totally lega sebab tak naik bas lagi nie.
Battery tinggal 5% je guys untuk survive |
Tak cukup dengan masalah yang ada, handphone aku buat hal tak boleh nak cas. Tak tahulah apa malang sangat nasib aku masa nie. Masalah bertindih-tindih datang. Lepas satu, satu. Aku redha kalau tak boleh guna phone sepanjang dekat Vietnam nie. Yang penting aku dapat naik bas. Itu je yang aku fikir sekarang.
Masa dalam grab nie, aku cubalah bersih-bersihkan tempat pengecas tu. Kot-kot lah kotor berhabuk ke yang membuatkan dia tak boleh detect electricty. Tetap gagal ya. Mujur aku bawa ipad untuk ke Vietnam nie. Aku back up siap-siap. Install whatsapp sekali dalam Ipad untuk berkomunikasi dengan orang bas. Ipad aku nie literally kosong tak ada aplikasi apa pon. Sebab aku guna untuk tengok Netflix dan buat blog je. Disebabkan masalah phone tak bole cas nie, aku install segala macam benda. Just in case, phone aku tak boleh nak hidup sepanjang dekat Vietnam. At least aku ada ipad aku untuk berkomunikasi.
Sampai je dekat stesen bas, masyaAllah ramai gila manusia. Bas dan motorsikal merupakan medium pengangkutan utama dekat Vietnam. Sebabtu ramai orang, tambah-tambah waktu cuti macam nie. Berganda-ganda ramainya orang nak balik kampung. Lepas dah dapatkan tiket fizikal dekat kaunter, mereka suruh tunggu bas dekat depan. Aku pon tunggulah dekat tempat yang dia suruh tunggu.
Tapi aku tak yakin. Aku cari bas aku berpandukan nombor plat dalam tiket. Tak jumpa-jumpa. Tanya staff dekat situ, dia suruh tunggu. Tanya staff lagi satu, dia suruh tunggu juga. Aku tetap berkeliaran sambil mencari bas. Tapi tak jumpa. Aku pon tunggu. Lagi 10 minit nak berlepas, bas tak muncul-muncul. Takkanlah bas tak muncul awal untuk ambil penumpang ? Tak boleh jadi nie. Aku tanya staff lagi. Setiap kali aku approach staf di situ, aku approach orang yang berbeza. Orang ketiga aku approach nie, terus tunjukkan bas kitorang.
Bas kitorang rupanya berada di tempat yang berbeza. Andai kata tak bertanya, memang terlepaslah bas tu. Jumpa je bas kitorang, letak luggage dan terus naik. Tak sampai 10 minit dalam bas, bas terus bertolak. Serius cakap, kalau aku tak sibuk-sibuk bertanya, bulat-bulat ikut arahan suruh tunggu di ruang menunggu, rasanya boleh terlepas bas kot.
Rasa sangat-sangat bersyukur bila dah naik bas nie. Tak tahu nak cakap macam mana, aku memang betul-betul bersyukur. Sungguh Allah itu maha Esa dan hanya dia yang mampu perkenan segala benda. Tak berhenti-henti aku ratib rasa syukur masa nie. Dalam bas nie juga, barulah phone aku boleh tercas. Cuba punya cuba, baru boleh. Makin-makin bertambah rasa syukur aku masa nie.
Perjalanan dari Saigon ke Dalat mengambil masa selama 8 jam. Jadi sepanjang perjalanan tu, aku tidur. Tidur-tidur ayam lah tapi. Ada terbangun-bangun tapi sambung tidur balik. Sampai Dalat jam 6 pagi macam tu. Dekat Vietnam nie, jam 6 pagi langit dah cerah. Orang-orang dah mula bangun dan berfungsi. Jalan mula sibuk. Sampai je Dalat, terus kitorang order grab untuk letak luggage dekat hotel yang kitorang dah book.
Grab pon hantar kitorang ke lokasi. Sesampai je lokasi, cari hotel kitorang tak jumpa-jumpa. Nama hotel pon tak tahu, hanya ada alamat sahaja. Berpandukan gambar yang diletakkan, maka kami terjumpa hotel itu. Tapi malang seribu kali malang, hotel yang kitorang dah book 2 minggu awal nie, rupanya sudah tidak beroperasi berbulan-bulan lamanya. Tak tahulah macam mana akaun mereka masih aktif dan masih lagi ambil tempahan. Hotel nearby rata-rata semua dah penuh.
Sekali tempat penginapan kitorang dah tidak beroperasi berbulan-bulan |
Just so we thought our bad luck was over, tahu-tahu je datang lagi satu masalah. Tapi yang ini tak berapa nak cemas sangat sebab at least kitorang dah sampai ke Dalat. Soal hotel nie boleh diatur dan masih dikira selamat lagi sebab literally kitorang tak bayar apa-apa dalam website. Semua pembayaran penginapan adalah secara di kaunter dan hanya menerima duit cash sahaja. Cari hotel baru dekat Google dan kebetulan ada satu hotel yang masih available. Terus book dan order grab untuk ke hotel tersebut.
New place yang berjaya kitorang book on the spot. Satu bilik je tinggal |
Alhamdulillah sangat-sangat, hotel yang baru nie selesa dan owner baik sangat. Malah kami dapat check in awal lagi. Nak sewa motor pon dengan dia je. Walaupun ada masalah penginapan pada mulanya, tapi Allah pertemukan dengan hotel yang lebih baik dan memudahkan. On top of that, lokasi hotel yang baru nie dekat tengah-tengah pekan yang memudahkan kami nak bergerak utara selatan. Lebih dekat daripada hotel yang dah tutup tadi. Alhamdulillah sangat-sangat !
Kita merancang, Allah juga merancang. Percayalah, Allah adalah sebaik-baik perancang.
Bayangkan, belum mula bercuti lagi masalah timbul bertubi-tubi. Tapi berkat doa our parents, dan juga kuasa Allah, perjalanan kami di Vietnam dipermudahkan walaupun menemui kesulitan awal-awal tu. Nantikan entri perjalanan kami di Dalat Vietnam yang akan datang. Stay tuned !
No comments:
Post a Comment