Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ramai yang bertanyakan dekat aku bagaimana aku boleh stay connected to the internet sepanjang berada di luar negara. Baru-baru nie kan aku pergi Korea dan Vietnam, jadi ramailah yang tanya aku berapa harga internet dekat sana, beli nombor local ke dan macam-macam lagi. Dalam entri nie, aku akan menjawab segala pertanyaan korang okay.
Untuk pengetahuan korang, aku tidak membeli nombor tempatan setiap kali ke luar negara untuk dapatkan internet. Tetapi aku gunakan servis pocket wifi dari Travel Recommends. Untuk sesetengah orang, internet mungkin tidak penting bagi mereka, tapi tidak aku. Bagi aku, internet sangat penting. Terutama sekali kalau korang jenis travel DIY dan rancang perjalanan sendiri. Sudah pasti banyak maklumat dan research yang kena buat.
Kalau pergi bersama agensi pelancongan, mungkin korang tidak perlu sangat internet sebab hanya mengikut sahaja apa yang telah dijadualkan. Kalau pergi melancong jenis DIY macam aku nie, makanya internet sangat diperlukan. Kalau-kalau apa yang dirancang tidak berjalan seperti yang diharapkan, kenalah buat plan B dan cari alternatif lain. Jadinya wajib kena ada internet.
Kenapa aku sangat sarankan korang dapatkan pocket wifi dari Travel Recommends ? Berikut adalah sebabnya :
1. Saiznya yang praktikal, mudah untuk di bawa ke mana-mana
Saiznya sangatlah praktikal, sebesar tapak tangan sahaja. Mudah untuk korang bawa kehulu kehilir dalam bag. Malah nak letak dalam kocek pon boleh. Nama pon pocket wifi kan, makanya ia sangat praktikal.
2. Coverage yang luas dan internet berkelajuan tinggi
Serius cakap, kau pergilah ke ceruk mana sekalipun, tetap dapat internet. Kelajuan internet pula sangat memuaskan. Tak ada loading atau sangkut-sangkut pon kalau nak tengok video berdurasi panjang atau bersaiz besar. Memang sangat laju walaupun korang kongsi penggunaan. Pocket wifi nie boleh dikongsi sehingga 5 devices. Aku dan kawan aku kongsi satu pocket wifi Travel Recommends nie. Masih laju !
3. Battery pocket wifi tahan lama
Ya, pocket wifi Travel Recommends nie sangat tahan ya. Dalam instruction, ia boleh bertahan selama 6 hingga ke 8 jam. But i kid you not, pocket wifi nie boleh tahan satu hari tanpa cas ya. Satu hari berjalan tetap berfungsi dan memberikan servis yang terbaik. Tak perlu pun sekejap-sekejap cas. Aku akan pastikan pocket wifi Travel Recommends nie full charge pada belah malam, jadi besok paginya aku boleh guna untuk sepanjang hari tanpa perlu cas lagi. Sangat tahan lama ! Kalau nak selamat, bawalah powerbank, just in case battery mati, boleh cas semula.
4. Mudah untuk langgan dan pantas
Untuk dapatkan pocket wifi dari Travel Recommends nie sangat mudah. Korang layari je laman sesawang mereka di : https://www.travelrecommends.com/ . Dari situ korang boleh pilih negara mana yang korang nak pergi. Rate harga per day semua ditunjukkan dalam laman sesawang mereka.
Pilihlah destinasi mana yang korang nak pergi, lepastu book. Isilah berapa lama korang perlukan internet tu. Nanti dia akan kira automatik berdasarkan informasi yang korang letak.
Untuk pengetahun korang, selain daripada Travel Wifi nie, Travel Recommends juga ada menyediakan perkhidmatan lain seperti Travel eSIM, Overseas SIM card, JR Pass dan macam-macam lagi. Korang boleh explore laman sesawang mereka untuk maklumat lebih lanjut mengenai Travel Recommends nie.
Jadi aku sangat sarankan korang untuk dapatkan Travel Wifi a.k.a pocket wifi dari Travel Recommends nie. Sangat membantu kami untuk terus disambungkan dengan dunia maya. Dapatlah kami sajikan pengikut-pengikut setia kami akan pengalaman dan bekongsi kegembiraan bersama mereka sepanjang kami berada di sana. Gituhhh ayat kau, macam influenza pulak kau ya. Jangan feeling sangat !
Lepas dah book semua tu, mereka akan post pocket wifi tu ke alamat korang dan korang akan terima pocket wifi nie bersama universal plug dan USB wayar di dalam satu pouch. Sangat mudah untuk korang bawa travel dan cas pocket wifi nie dengan adanya universal plug yang disediakan. Sangat thoughtful team Travel Recommends nie.
Serious talk, pergilah langgan pocket wifi sebelum melancong keluar negara bagi memudahkan perjalanan korang sepanjang berada di sana. Faham sekarang dunia sudah canggih, wifi merata-rata. Tapi agak renyah korang nak kena masuk premis dan sambung dengan wifi. Ada certain wifi tu, korang kena sign up lah, log in lah. Susah. Dengan adanya pocket wifi dari Travel Recommends nie, 24 jam korang memang disambungkan dengan internet. Tak perlu nak reconnect setiap kali nak guna dan tak perlu nak log in apa pon. Automatik tersambung.
Terima kasih Travel Recommends kerana menjadikan percutian kami di Dalat Vietnam lebih bermakna dan memudahkan kami sepanjang berada di sana. Dapatlah kami merakam detik-detik indah dan kongsikannya di laman maya kami. InsyaAllah kalau ada rezeki untuk melancong lagi, sudah pasti Travel Recommends menjadi pilihan. Agak-agak destinasi Know Know Arrived kami ke mana lepasnie ? Nantikan.
No comments:
Post a Comment