Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ayuhlah kita sambung cerita Know Know Arrived Korea aku untuk hari yang keempat. Makin lama bertangguh, makin basi kang cerita nie. Untuk hari keempat nie, kami hanya ingin meneroka sekitar bandar Seoul dan juga membeli-belah. Kiranya, ini sahaja hari yang tinggal untuk kami beli buah tangan di Korea sebab besoknya kami nak fly balik Malaysia semula. Tanpa membuang masa lagi, ayuh !
2 Oktober 2023
Seawal jam 6.30 pagi kami dah keluar dari tempat kediaman untuk menuju lokasi pertama kami iaitu dua buah universiti yang cukup terkenal dan pernah dijadikan lokasi penggambaran untuk drama Korea. Aku datang sebab nak bergambar je. Soal pernah jadi lokasi penggambaran ke apa tu semua, aku tak tahu. Aku tak tengok sangat drama Korea. Tapi sebelum tu, kami sempat singgah beli kopi panas sebelum tiba ke lokasi. Banyak kedai kopi menarik dekat Korea nie.
Dua buah universiti tersebut ialah Ewha Womans Universiti dan juga Yonsei University. Kedua-dua buah universiti ini tidak terletak jauh pon antara satu sama lain.
Ewha Womans University
Ewha Womans University nie merupakan sebuah universiti yang cukup besar dan terkenal sebabnya universiti ini hanyalah untuk pelajar wanita sahaja. Pengunjung luar boleh je masuk ke dalam universiti nie sebab literally kawasan uni nie terbuka. Ada banyak spot bergambar yang cantik di sekitar Ewha Womans University dan sudah semestinya kami mengambil tempat yang paling viral untuk bergambar sebagai tanda sudah hadir ke situ. Hihi
Yonsei University
Yonsei University terkenal kerana pernah dijadikan lokasi penggambaran untuk satu drama terkenal di Korea. Tapi maaflah, aku memang tak tahu menahu drama apa dan apa dia. Yang aku tahu cuma cantik sahaja. Vibe dia macam western punya university.
YG Entertainment & YG Cafe
Seterusnya kami menuju ke YG Entertainment dan juga YG Cafe. Ini juga merupakan salah satu lokasi yang ada dalam itinerari. Saja nak jejakkan kaki dekat big 3 idol company dekat Korea nie. Tak ada apa pon dekat YG Entertainment. Bukan korang boleh masuk pon. Nak terseempak dengan idol jauh sekali. I mean, kemungkinan tu ada tapi jarang-jarang berlaku lah. Tapi dekat YG Cafe, korang boleh singgah sini makan-makan dan pergi ke YG Popped Up store dekat tingkat bawah. Dekat situ, banyaklah merchandise YG yang ada dijual.
Walaupun tak adalah big fans sangat dekat YG artists, tapi bila dah masuk dekat kedai dia tu, sempatlah gila sekejap. Lama juga duduk dalam tu belek-belek barang dan belilah juga beberapa item sebagai kenang-kenangan.
Digital Media City
Digital Media City juga merupakan sebuah lokasi pelancongan untuk melihat kawasan broadcasting di Korea. Di bangunan-bangunan inilah selebriti di Korea membuat penggambaran dorang punya variety shows, temubual, atau apa jua jenis rancangan. Sekeliling tu memang semua bangunan syarikat broadcasting. Pengunjung bolehlah saksikan senibina bangunan yang unik dan juga statue-statue yang artistik dan instagrammable.
Busan Jib
Masa untuk makan tengahari. Kami singgah Myeongdong untuk makan di Busan Jib. Juga antara lokasi terkenal untuk pelancong Muslim makan. Betul-betul dekat dengan Myeongdong Street. Ada dekat lorong-lorong, kena pandai cari, mata kena buka luas-luas. Kalau tak, susah nak jumpa.
Makanan dekat sini biasa-biasa je, tak sedap sangat dan tak hampa sangat. Cukuplah buat alas perut supaya tak lapar. Tambah-tambah nak berjalan lagi masa nie, takut susah nak jumpa tempat makan Halal nanti. Jadi kami makan kenyang-kenyang walaupun rasa dia biasa-biasa je.
Namdeumun Street
Cukuplah jelajah, masa untuk shopping. Untuk shopping cenderamata atau buah tangan Korea, cari dekat sini okay. Pergi ke Namdeumun Market dan cari kedai 76 (Bokminsa) di tingkat 2. Kedai akak nie memang cukup terkenal dalam kalangan pelancong. Kakak nie juga boleh berbahasa Melayu dengan cukup fasih.Korang boleh saksikan ramai pengunjung meninggalkan ucapan tanda penghargaan dekat kakak nie.
Serius cakap, memang murah sungguh keychain, fridge magnet dan apa-apa sahaja cenderamata yang dijual di kedai akak nie berbanding kedai lain. Aku memang dari hari pertama survey-survey harga dari tempat lain yang juga kebetulan ada menjual cenderamata. Saja nak compare kan harga dengan kedai akak nie yang dekat Tiktok rata-rata memang sarankan beli dekat sini. Memang betul weyh ! Kedai akak nie jauh lebih murah dia jual. Berbaloi nak beli banyak. Korang jangan beli dekat tempat lain, dekat kedai akak nie semuanya ada.
SM Entertainment
Hari dah petang, langit hampir gelap tapi gigih juga nak pergi SM Entertainment yang terletak agak jauh dari lokasi kami berada. Alang-alang dah sampai sini katanya, gigihlah pergi. Tapi agak sedikit hampa ya, kami tak jumpa popped up store SM. Literally macam tak ada apa pon dekat SM building tu. Nak kata oster pon tak ada. Literally nothing.
Sekali bila kami dah balik, tengok dekat tiktok, baru tahu kedai yang menjual merchandise SM berada di bawah bangunan. Korang kena tengok dekat tiktok macam mana nak ke kedai nie.
Sulbing Cafe
Agak jauh SM Etertainment tu dan memenatkan sebab kami tak dapat apa-apa. Tiada kepuasan datang ke situ, malah makin kecewa lepas dapat tahu kedai tu ada dekat bawah bangunan dan kami literally tak tahu. Jadinya, untuk merawat luka di hati, kami singgah makan dessert di Sulbing Cafe. Ramai sarankan cuba dorang punya bingsu sebab katanya sedap sangat.
Memang sedaplah bingsu dorang cumanya agak manis ya. Walaupun bingsu yang kami order nie base dia adalah kopi, tapi manis dia tetap terasa. Puas hatilah bayar dan saiz dia besar gedabak macam nie.
Cheonggyecheon Stream Seoul
Destinasi terakhir untuk kami lawati pada hari keempat ini ialah Cheonggyecheon Stream yang terleta di bandar Seoul. Stream nie cantik pada belah malam sebab ada lampu-lampu. Ramai pengunjung datang ke sini untuk lepak-lepak dan ambil gambar. Actually tak ada benda pon dekat sini, cumanya lampu-lampu yang dipasang di kawasan sekitar stream nie yang membuatkan orang ramai datang.
Itu sahajalah lokasi yang kami sempat lawati untuk hari keempat nie. Sebelum balik hotel,kami singgah semula di Myeongdong Market untuk beli makanan sebelumpulang. Dekat situ ada jual kebab halal, jadinya kami beli untuk dibawa pulang. Beli ekstra untuk makan sarapan besok pagi juga.
Besoknya kami nak balik Malaysia dah. Tak sangka percutian kami hampir berakhir. Tunggu entri hari terakhir okay. Terima kasih kerana sudi membaca. Bye !
No comments:
Post a Comment