Assalamualaikum dan salam sejahtera
Berkhemah secara ekstrem dah pernah. Berkhemah separa ekstrem pon dah pernah. Jadi kali nie, aku nak cerita pengalaman berkhemah versi T20. Glamping nie konsep dia nak kehijauan, tapi tak nak humble sangat. Adeee ! Aku dan kawan-kawan pon pergilah glamping dekat Gopeng Glamping Park yang terletak dekat Gopeng Perak selama 3 hari 2 malam. Ikuti butirannya !
Kitorang pergi glamping nie pada June 2022. Dah setahun lebih baru aku tulis cerita pergi Glamping nie 😅
Glamping nie dah lama kitorang rancang nak pergi dan akhirnya tarikh yang ditunggu-tunggu pon tiba. Secara jujurnya, i was battling with personal issue yang tak dapat dikongsikan dengan khalayak ketika ini. Jadinya, aku tak berapa nak excited for this trip. Rasa tak nak pergi pon ada tapi sebab kawan-kawan semua dah excited, kita teruskan juga walaupun dalam hati nie meronta-ronta. Gituhh sekali ayat kau.
Dan disebabkan itu, memang tak ada mood sungguh nak bergambar ke apa. Literally memang tak ada gambar sangat dalam phone aku untuk trip nie. Selalunya kalau balik dari sesebuah trip, gambar memang beribu-riban ya. Tapi tidak untuk trip nie. Jadi please expect nothing from this post sebab memang tak banyak gambar aku ambil masa nie.
Sebelum kitorang check in, kitorang singgah jalan-jalan dan makan-makan sekitar Teluk Intan. Sempatlah bergambar dengan bangunan ikonik Teluk Intan nie walaupun panas teriknya tu tak boleh bawa bincang.
Gopeng Glamping Park nie memang cantik dan bersih. Dorang betul-betul jaga kawasan nie walaupun dah viral dan ramai pengunjung. Banyak spot menarik untuk korang ber-OOTD. Padanan warna dia cantik sangat.
Khemah kitorang ambil yang besar untuk muatkan 8 orang dewasa. Dalam khemah nie ada 4 tilam queen. Ada portable aircond dan juga kipas disediakan dalam setiap khemah. Tapi minta mahaplah ya, kalau waktu tengahari tu, memang tak boleh duduk dalam khemah sebab rasa macam dipanggang duduk dalam tu. Kipas dan portable aircond tu tak dapat nak membantu bahang yang terhasil. Belah malam, memang sejuk jelah dalam khemah. Itu tak jadi masalah. Tapi bila dh tengahari, tolong keluar. Buatlah apa yang patut sampailah matahari hilang.
Ouh ya, glamping nie bila kau bayar, ia termasuk dengan makanan sekali. Jadi jangan risau, bab makanan memang cukup. Sarapan, makan tengahari, minum petang dan juga makan malam. Meja juga memang akan auto reserve untuk group kau. Tak perlu berebut atau risau tak ada tempat untuk duduk. So, begitulah konsep glamping ya anak-anak. Semuanya disediakan dari A to Z. Tinggal bawa baju dan diri kau je. Cuma tulah, hati aku tertinggal hilang entah kemana masa trip nie. Lahh nak mention lagi sekali personal issue dia tu. Hahahaha 😄
Dan banyak sebenarnya aktiviti yang diaturkan untuk pengunjung oleh pihak Gopeng Glamping Park nie. Korang boleh main archery dan belah malam ada pertunjukkan api. Band muzik pon ada untuk hiburkan korang sambil tengah makan-makan tu. Tak pasti sama ada korang boleh berkaraoke ke tidak. Mungkin boleh, mungkin tidak. Aku tak pasti.
Korang juga boleh request dekat pihak Gopeng Glamping Park untuk nyalakan unggun api. Marshmallow dengan pencucuk dia tu kitorang bawa sendiri dari rumah. Ini jelah yang kitorang bawa sebab tahu boleh nyalakan unggun api. Jadi bolehlah curhat sambil menikmati marshmallow bakar. Gituhhh
Untuk hari kedua, lepas je sarapan kitorang menjelajah sekitar kawasan Gopeng dengan menaiki basikal dan juga naik ATV. Tak ingat berapa harga naik ATV dan sewa basikal nie. Sewa basikal tu murah je dan ATV tu harga standard lah. Yang nie tak termasuk dalam pakej tau. Jadinya kena tambah extra duit kalau nak naik ATV dan sewa basikal.
Kitorang naik basikal keliling Gopeng tu. Memang cantik view sekitar Gopeng nie sebab ada gunung-ganang. Jauh juga kitorang kayuh tau sampai singgah ke Gua Tempurung. Ya, Gua Tempurung berhampiran dengan Gopeng Glamping Park nie. Memang boleh sampai dengan kayuh basikal sahaja. Naik ATV pulak belah petang, kitorang naik ATV time hujan-hujan weyhh. Jauh juga perginya, track dia jauh. Dalam 1 jam naik ATV pusing-pusing. Sumpah best gila !
Dia punya tak ada hati tu, sampaikan tak ada langsung gambar naik ATV 😄
Lepas makan tengahari tu, kitorang baring-baring dan main game dekat satu beranda yang terdapat dekat Gopeng Glamping Park nie. Nak masuk khemah tak boleh sebab bahang matahari. Lepas makan tengahari memang melepet je semua orang dekat beranda. Boleh je kalau nak mandi sungai tapi malas. Walhal sungai dekat depan je.
Habis je naik ATV petang tu, kitorang mandi-mandi dan pergi makan malam. Tak tahulah makan apa malam tu sebab tak ada gambar langsung. Aktiviti yang sama kami buat untuk malam kedua. Habiskan marshmallow dan bergambar-gambar je. Abg Man belikan kitorang semua baju yang dijual oleh Gopeng Glamping Park nie. Dorang banyak jual merchandise tau, bolehlah belek-belek kot-kot korang nak beli juga. Terima kasih Abg Man for the baju ! 💓
Untuk hari ketiga, lepas sarapan kitorang pergi celup-celup kaki dekat sungai. Celuplah sekejap tanda pernah hadir. Sejuk sangat ya air sungai dia tu. Masa nie hujan turun agak kerap. Sampaikan air sungai keroh berlumpur. Malam tu sebenarnya air dah mula naik dan siap ada warning untuk dipindahkan. Tapi Alhamdulillah, paras air sungai masih di tahap yang selamat dan tak kena pindah.
So yeah, lepas makan tengahari kitorang check out dari Gopeng Glamping Park. Tamatlah sudah 3 hari 2 malam kami berada di sini. Itu sahajalah pengalaman aku dan kawan-kawan semasa berada di sini. Best tapi tulah, hati tengah tak best. Jadinya tak berapa nak enjoy.
Yang nak tahu berapa harga satu malam Gopeng Glamping Park nie, korang boleh terus call dorang dan bagi tahu tarikh dan jenis khemah macam mana. Nanti pandailah dorang layan. Aku tak involve dalam booking tempat nie, jadinya aku tak tahu. Quite pricey tapi okaylah, buat raso-raso. Nak ambil pengalaman berkhemah gaya T20. Gituhh.
No comments:
Post a Comment