Wednesday, January 12, 2022

Dua Program Pengendalian IIUM Education Division (IIUM Holdings SDN BHD) Mendapat Tajaan Sebanyak RM148,000 Daripada Yayasan Taqwa MAIWP

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dua program pendidikan dikendalikan oleh IIUM Education Division, IIUM Holdings Sdn Bhd menarik minat Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menaja sebanyak RM148,000. Program tersebut adalah Program Tajaan Pendidikan kepada pelajar antarabangsa Kolej Islam Antarabangsa (IIC) yang beragama Islam yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran dan juga Program Hebat Baca Bahasa. Ikuti butirannya !


Program 1 : Program Tajaan Pendidikan

Program tajaan ini khusus untuk pelajar antarabangsa yang beragam Islam yang mengalami masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran. Seramai 24 pelajar warganegara Myanmar yang terpilih untuk mendapatkan tajaan dari Yayasan Taqwa, MAIWP ini. Kesemua pelajar ini sedang mengikuti Diploma Teknologi Maklumat di IIC. Pergolakan politik dan ekonomi di negara Myanmar menyebabkan mereka mengalami kesulitan dari segi kewangan. 

Program 2 : Program Hebat Baca Bahasa

Program ini digubal mengkhususkan kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun yang datang dari keluarga asnaf serta B40. Sebanyak 12 keluarga terpilih bagi mengikuti program yang berdurasi selama 10 bulan bermula September 2021. Kesemua mereka yang terpilih ini akan dibekalkan dengan laptop, set meja belajar, alat tulis dan juga buku. Malah jaringan internet juga disediakan dan termasuk dalam peruntukan RM100,000 yang disumbangkan bagi memudahkan kelancaran proses pengajaran di era pandemik ini. 


Pengerusi Yayasan Taqwa, MAIWP, Dato' Haji Razali Haji Shahabudin berharapan agar sumbangan ini memberikan motivasi kepada anak-anak kecil ini untuk tekun belajar dan dapat mempersiapkan diri sebelum melangkah ke persekolahan rendah.


Replika cek sumbangan ini disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Razali Bin Hj. Shahabudin, Pengerusi Yayasan Taqwa dan diserahkan kepada pengerusi IIUM Holdings Sdn Bhd, Encik Mohd Khair Bin Ngadiron.


En Mohd Khair Ngadiron berharap dengan usaha ini, kanak-kanak yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan dapat terus belajar dan mengikuti kelas membaca atas talian agar pembelajaran mereka tidak terjejas ketika dunia sedang bertarung dengan pandemik.

9 comments:

  1. Bagus usaha ini. Mereka yang ada masalah kewangan dibantu. Moga mereka yang dibantu itu belajar bersungguh-sungguh!.

    ReplyDelete
  2. This is a good program by IIUM. I'm glad that they are doing this. Thank you for sharing this good information with me.

    ReplyDelete
  3. sesetengah tu, nk belajar tapi x mampu.. dengan program ini harap mampu untuk mereka belajar.. dan mampu menjadikan mereka berjaya dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  4. prog yg dianjurkan sedikit sebanyak dpt membantu mrknyg memerlukan.. syabas iium holdings dan maiwp

    ReplyDelete
  5. Alhmdulillah syukur sebab dapat tajaan... Bukan senang ye nk dapat tajaan sesuatu program dlm nilai yg besar.. Moga program2 tersebut membawa input2 yg berguna kpd para pelajar..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah, sekurangnya dapatlah nanti menampung pembelajaran dan kelengkapan anak-anak di sana.. tahniagh buat semua yang terlibat..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah, tahniah penganjur dan juga penyumbang. semoga dipermudahkan urusan dan diberkati perkongsian rezeki mereka semua. InshaAllah

    ReplyDelete
  8. Wow! Such a great initiative kan! Banyak juga tajaan ni more than RM100,000 moga mereka dapat manfaatkan peluang ni dengan sebaik mungkin... we need more like this..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah bestnya ada modal besar macam ni memang membantu sangat ni. Mereka yang terlibat dapat dibantu kurangkan bebanan sekali. Harap lebih murah rezeki lepas ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...