Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali nie nak bercerita pengalaman berhujung minggu di D'Sungai Lepoh. Percutian nie telah berlangsung pada September tahun 2021 ya. Awasss baru ada waktu dan mood untuk menaip. Bukan busy sebab tak ada waktu. Waktu banyak je, cuma mood nak menaip tak datang-datang. Tanpa buang masa lagi, ayuhlah kita ke cerita yang lama tertunggak ini.
Kami tempah 3 chalet untuk 3 hari 2 malam. Chalet kami bersebelahan antara satu sama lain. Memang dah plan nak ambil sederet sebabnya mudah nak buat apa-apa. Tak ada terpisah-pisah. Chalet kami betul-betul bersebelahan sungai. Jadi nak mandi tinggal terjun je dalam sungai tu.
Chalet nya agak sedikit hazab ya. Terutama sekali tandasnya. Walaupun kami ambil chalet yang attached toilet, tapi tandasnya sumpah hazab dan saiznya sangat kecil. Masa kami sampai tu, tandasnya tak boleh nak flush. Stress jugalah. Aku kadang tak faham chalet-chalet yang dibina berhampiran sungai nie. Kenapa erk tak bina betul-betul bagi cantik, selesa dan lengkap kemudahan asasnya. Ini selalu aku jumpa yang jenis asal ada dan siap untuk disewakan pada pengunjung. Keselesaan tu yang penting, bukan asal bina je. Banyak dah aku menginap chalet tepi sungai dan rata-rata semuanya jenis asal siap. Termasuklah dekat D'Sungai Lepoh Chalet & Kem ini.
Tapi nak buat macam mana, benda dah bayar. Tambahan pula masa nie kawalan pergerakan masih berkuatkuasa, jadinya pilihan untuk bermalam di tepi sungai tidak banyak di sekitar Selangor nie. Google punya google, keluarlah D'Sungai Lepoh Chalet & Kem nie. Belasah jelah. Asalkan dapat bercuti dan meluangkan masa dengan kawan-kawan. Gituhh ayatnya, meluangkan masa dengan kawan-kawan. Skema ayam sangat. Kau ada ?
Sampai-sampai tu, terus set up barang-barang dan masak untuk makan tengahari. Masa dorang sibuk-sibuk set up tu, sebahagian daripada kami tengah dok gigih tiup belon dalam bilik. Nak buat surprise birthday untuk Kak Lily, Jae dan Maha. Berjaya jugaklah sembunyikan perancangan nie daripada dorang. Oleh kerana dah lama tak berjumpa masa nie disebabkan PKP, kami sambut sekali harung tiga orang punya birthday terus. Tapi masa nie dua kawan kami tak dapat nak join atas faktor yang tak dapat dielakkan, termasuklah Jae yang kami nak raikan.
Macam biasa, kalau pergi bercuti dengan dorang dekat tempat macam nie, bab makanan jangan risau. InsyaAllah meriah. Walaupun tempat penginapan tu hazab macam mana sekalipun, makanan tetap meriah. Macam-macam jenis makanan dorang bawa. Produk-produk review pon ikut angkut bawa sekali tau. Hahahaha
Ouh ya, D'Sungai Lepoh Chalet & Kem nie agak pedalaman sedikit, yang mana agak jauh nak ke jalan besar once dah masuk ke dalam. Dinasihatkan bawalah barang-barang secukupnya. Jadi tak adalah korang kena keluar semata nak beli barang. Nampak jiran masak cempedak terus semua mengidam nak makan cempedak. Jiran kitorang baik tau masa nie, kami saling bertukar-tukar makanan. Merasalah cempedak yang dia masak. Tapi manalah cukup, kitorang nie pula macam ikan piranha. Makan tak pernah sikit. Tu yang keluar juga gigih cari cempedak.
Again, walaupun penginapan kami sangat hazab, tapi yang bestnya, keluar pintu je boleh terus turun dan mandi sungai. Tak perlu nak berjalan jauh pon. Apatah lagi nak bawa barang-barang masa nak mandi. Sesetengah tempat, kita rasa tak aman nak tinggalkan barang berharga untuk pergi mandi. Tapi dekat sini, tak perlu risau sebab chalet betul-betul tepi sungai dan sungai tu literally kawasan kau.
Selain daripada aktiviti bermandi-manda yang tiada penghujung, kitorang juga buat satu game dan berlawan sesama kami. Game nie Abg Ridzman dengan Kak Lily punya idea lah. Dorang yang rancang buat game nie. Hadiah pon lumayan tau.
The game was fun. Kena bawa barang yang diminta berdasarkan klu yang diberikan. Puas jugalah nak memikir barang yang dimaksudkan dan berlecak jugalah ketiak mencari barang-barang tu.
Satu lagi percutian terlaksana dengan jayanya walaupun penginapan kami sedikit hazab. Tapi yang penting, we all had so much fun at D'Sungai Lepoh Chalet & Kem. Kalau rasa macam nak mandi sungai di kawasan Selangor/KL, bolehlah jadikan lokasi ini satu pilihan. Rate harga chalet yang kami inap RM120/malam. Kami ambil chalet D'Anjung. Okaylah harga dia, boleh muatkan 3 orang dewasa satu bilik. Tapi tandas dia sangat hazab.
Jadi tolong bersedia dari segi mental dan emosi. Kah ! 😄
Ouh ya, kalau korang suka hiking, dekat kawasan sini pon ada trek untuk hiking. Kalau bangun pagi-pagi dan berjalan pergi atas bukit, serius pemandangan sangat cantik. Macam berada dekat tempat sejuk sebab boleh nampak kabus dekat gunung-gunung. Bolehlah ambil gambar banyak-banyak sebab sangat instagrammable.
Okaylah, itu je nak cerita. Terima kasih sudi baca. Bye !
Diulangi Hazab kak gituwwww... Apa pun yang penting bonding time with kawan-kawan lama tak jumpa.. Dapat keluar dari terkurung pun dah lega time tu walaupun ulang sekali lagi Hazab Kak!!!
ReplyDelete