Monday, January 10, 2022

Selangor Fruit Valley - Syurga Buah-buahan Tempatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahukah anda negara kita mempunyai tanah berkeluasan 1000 hektar yang dibangunkan hanya untuk menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan ? Ya, ini bukan hanya satu desas-desus atau perancangan tetapi lokasi ini memang wujud dan ianya terletak di negeri Selangor. Ikuti butirannya !


Tempat tersebut diberi nama sebagai Selangor Fruit Valley. Selangor Fruit Valley (SFV) yang terletak di KM 7 Jalan Rawang - Bestari Jaya ini dibangunakan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Ia telah beroperasi sejak tahun 2017 lagi. Agak malu sebenarnya kerana saya sebagai anak jati negeri Selangor sendiri pon belum pernah jejak mahupun mendengar nama SFV sebelum ini.


Lokasi yang cukup banyak informasi berkenaan sumber tani dan bercucuk tanam ini sepatutnya tidak lagi asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Satu tempat yang boleh dijadikan lokasi berekreasi berhujung minggu bersama keluarga dan anak-anak. Namun, namanya belum lagi berada dibibit mulut masyarakat. Di manakah silapnya ?


Sedar akan hakikat nama SFV belum lagi menjadi bualan masyarakat, maka terdapat banyak perancangan yang sedang digubal dan sudah mula berjalan bagi menaikkan lagi pasaran SFV di mata rakyat Malaysia sebagai salah satu tempat pilihan untuk membawa keluarga berhujung minggu di sini. 


Namun begitu, walaupun semua perancangan itu masih digubal dan dibangunkan, pengunjung masih boleh merasai keseronokan dan keterujaan memasuki SFV ini. Saya sendiri telah melawat Selangor Fruit Valley pada dua minggu lalu dan saya cukup teruja dengan aktiviti dan pengalaman yang saya perolehi sewaktu kunjungan ke sana. Kesemua pengunjung akan dibawa mengelilingi SFV dengan menaiki trem. Jangan risau, memang banyak trem yang disediakan untuk pengujung. 


Antranya ialah dapat merasai sendiri cara dan teknik mencantas buah nanas dari pokoknya. Kami telah dibawa ke ladang semaian pokok nanas dan rezeki kami kerana ketika kunjungan ke sana, banyak pokok buah nanas sedang berbuah dengan ranum dan sedia untuk dicantas. Ia satu pengalaman yang menyeronokkan kerana pengalaman seperti ini tidak dapat sekiranya kita duduk di kawasan hutan konkrit.



Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh belajar memetik buah kelapa dari pokoknya. Di sini, tanaman pokok kelapa sangat meluas dan SFV merupakan antara pembekal terbesar buah kelapa kepada ramai peniaga-peniaga dan syarikat-syarikat besar. Harga yang ditawarkan pula sangat murah sekiranya beli secara borong. Jadi, kalau ada mereka-mereka di luar sana berniaga dan memerlukan bekalan buah kelapa segar, bolehlah berurusan dengan SFV untuk maklumat lanjut. 




Memang cukup banyak pokok-pokok buah yang disemai di Selangor Fruit Valley ini. Antara yang sempat aku nampak sewaktu menaik trem yang disediakan ialah pokok limau bali, limau nipis, limau purut, lemon, jambu batu, pokok buah belimbing, kedondong, durian, ciku, pokok pisang dan banyak agi. Kalau nak disenaraikan satu persatu, sudahnya sampai esok pon tak habis rasanya. Hahahaha


Ouh ya, bukan buah-buahan saja yang menjadi tarikan di SFV ini. Malah terdapat juga mini zoo yang menempatkan beberapa haiwan ternakan dan peliharaan yang comel, untuk pengujung melihat dan membelai haiwan itu secara lebih dekat. Antara haiwan-haiwan yang boleh dijumpai di kawasan SFV ini ialah Rusa, Kancil, Kambing, pelbagai jenis baka ayam, arnab dan banyak lagi. Pengunjung boleh memberi makanan kepada haiwan-haiwan ini dengan menyumbangkan sedikit bayaran untuk membeli makanan haiwan tersebut. 



Pengunjung boleh membeli hasil tanaman di SFV dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di pasaran. Jangan lupa untuk beli hasil tanaman di sini tau dan juga, jangan lupa singgah minum air kelapa segar ketika berkunjung di sini. Sangat menyamankan minum air kelapa pandan segar tatkala matahari tegak atas kepala. 


Terdapat banyak pakej menarik yang disediakan buat pengunjung. Maklumat lanjut mengenai pakej-pakej yang ditawarkan bolehlah menghubungi pihak Selangor Fruit Valley di talian 016-6680792 / 012-3432971 /012-3445033 atau emel ke selangorfruitsvalley@gmail.com untuk pertanyaan lanjut. Layari www.selangorfruitvalley.my untuk informasi dan maklumat selanjutnya.

Harga tiket masuk ke Selangor Fruit Valley
Dewasa : RM15
Kanak-kanak/Warga Emas/OKU : RM10
Warga Asing : RM30 (Dewasa) dan RM25 (Kanak-kanak)


Alamat : KM7, Jalan Rawang - Bestari Jaya, 45600 Bestari Jaya, Selangor.
Waktu Beroperasi : 9 Pagi - 4 Petang (Sabtu - Khamis). Tutup pada hari Jumaat

Informasi lanjut boleh layari pautan berikut :


6 comments:

  1. Nampaknya memang mewah buah-buahan di tempat kita.

    ReplyDelete
  2. Tak sabar nak g bila dia tunjuk buah-buahan Nadir nanti

    ReplyDelete
  3. Larrr akak pun tak tahu kewujudan tempat ni sehinggalah adik ada pergi dengan family dia. Dania mesti suka gi sini sebab ada arnab dan kambing tu. Dania pencinta haiwan....

    ReplyDelete
  4. Perhaps untuk lokasi lawatan kita yang berikutnya ke sini kan, boleh makan buah-buahan sekali kan

    ReplyDelete
  5. wow baru tahu wujud tempat ni kat selangor.. heheheh.. menarik ni.. boleh bawa family makan dan tgk biah

    ReplyDelete
  6. Menarik juda dtg sini. Dapat tengok kebun buah-buah, ada mini zoo pulak. Comel je dapat main dengan arnab.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini