Tuesday, January 25, 2022

Dua Tahun Menanti Tibanya Majlis Konvokesyen UPM Kali Ke-44

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah dua tahun menanti keluarnya tarikh majlis konvokesyen aku, akhirnya UPM menetapkan tarikh  Majlis Konvokesyen UPM Kali Ke-44 bermula pada 8 January sehingga 13 January 2022. Alhamdulillah, aku dapat sesi pertama iaitu pada 8 January. Maka bermulalah rasa tak sabar dan keterujaan menanti detik hari itu untuk tiba. Ikuti butirannya !


UPM sangat berhati perut sebab bagi pinjam jubah konvo sangat lama ya. 11 Disember 2021 dah boleh ambil jubah dan tarikh akhir pulangkan jubah adalah pada 24 January 2022. Sebulan lebih ya dorang bagi pinjam. Bagus betul UPM nie. Sebab dengar cerita uni lain, bagi pinjam jubah sekejap je. Habis ambil skrol terus kena pulangkan jubah. Dahsyat.


Malam sebelum hari kejadian memang dah sediakan semua benda. Maklumlah, takut tertinggal benda-benda penting. Aku nie mudah tertinggal barang pada hari yang penting. Oleh kerana majlis konvokesyen nie masih dalam era pandemik, jadinya banyaklah protokol dan SOP kena ikut. Antaranya, kena buat test covid dua hari sebelum. Aku sangat-sangat berdoa, andai kata Allah nak bagi aku penyakit covid nie, janganlah bagi sebelum tarikh konvo aku, sebab aku nak naik pentas woiiii. Aku tak minta tuhan untuk bagi penyakit covid tu. Aku cakap ANDAI KATA. Bukan aku berdoa minta penyakit tu. Choii ! Minta kita semua dijauhkan daripada penyakit covid nie. Aminn.

Sebelum berlari untuk ke tempat graduan berkumpul

SOP lain, hanya graduan yang dibenarkan masuk ke dalam kampus. Ibu bapa dan pengiring semua duduk di dewan dan khemah yang telah disediakan di sekitar padang kawad UPM iaitu di kawasan kolej kediaman. Agak jauh ya nak berjalan dari tempar parkir kereta untuk ke dewan graduasi nie. Dahlah masa nie aku dah lambat. Jam 7.30 dah kena berkumpul sebab sesi aku jam 8 pagi. Tapi jam 7.30 aku baru sampai kat parkir kereta.



Kawan seperjuangan aku dah mula telefon bertanyakan keberadaan aku. Aku masih lagi tak sampai-sampai. Bila dah sampai, kena bersiap pula dekat parkir kereta sebabnya aku tak sepenuhnya bersiap dari rumah. Bila dah siap, aku berlari tak cukup tanah untuk ke tempat berkumpul. Ngam-ngam soi waktu aku sampai tu, graduan-graduan baru nak mula berarak masuk ke dewan. Fuhhhh 



Duduk dalam dewan tu tak lama dah kena beratur untuk ambil skrol. Sebab literally kos aku punya giliran betul-betul selepas graduan PhD. Aku graduan yang ke 69 dekat atas pentas. So bayangkanlah betapa awal giliran kitorang macam mana. Sebab tulah aku berlari tak cukup tanah masa nak berkumpul berarak masuk ke dewan tu. 



Memang teruja betul masa nie. Detik yang dinantikan selama 2 tahun akhirnya tiba. Tunggu hari konvo bukan main lama, 2 tahun weyhh. Tapi detik nak ambil skrol tu, tak sampai 5 saat atas pentas, dah selesai. 



Tak ada rehearsal bagai, terus ambil skrol ya. Tak macam masa dekat UPSI dulu. Maklumlah, faktor pandemik membataskan segalanya. Masa nak ambil skrol tu, aku macam teragak-agak, bila masa nak kena tunduk hormat pada pemberi skrol nie. Sudahnya aku tunduk hormat masa terima skrol. Sepatutnya kena tunduk sebelum ambil skrol. Lantaklah sana. Yang penting dah selesai dan gambar aku atas pentas aku cantik. Kbai. 



Lepas habis je majlis, graduan bersurai keluar dewan. Graduan tidak dibenarkan berkumpul beramai-ramai. Hatta nak ambil gambar dekat dalam kampus pon tak boleh tau masa nie. Semua kena keluar. Aiyoooo. Boleh je curi-curi untuk bergambar, tapi masa tu handphone aku boleh pula habis bateri. Haishhh. Masa nielah bateri nak habis. Tak dapatlah nak bergambar beramai-ramai dekat luar dewan dengan rakan seperjuangan. Lepas habis majlis semua bersurai dan balik ke pangkuan keluarga masing-masing. Kitorang literally terus terpisah begitu saja. Tak sempat buat apa pon. Polis dah tiup-tiup wisel halau graduan keluar dari kampus. 



Terus cari keluarga aku dan kitorang bergambar-gambar sekejap dekat situ. Sedihlah tak dapat bergambar dekat kawasan sekitar kampus UPM. Selesai bergambar, kami sekeluarga dan juga kawan aku, Ana, terus menuju ke Kota Warisan untuk makan tengahari di Bell Artisan Cafe.


Habis makan je, semua terus pulang. Tapi oleh kerana pada petang tu aku ada food review dekat sekitar Putrajaya, yang mana 5 minit je dari UPM, makanya aku kembali semula ke UPM. Sambil tunggu majlis food review tu, aku singgah UPM, kot-kot boleh ambil gambar dalam kampus. And yes lokasi clear untuk ambil gambar. Mujur aku decide untuk patah balik UPM petang tu. Ramailah graduan manfaatkan waktu petang tu untuk ambil gambar di sekitar kampus. 





Graduan boleh mula pulangkan jubah jam 2 petang hari pertama majlis konvokesyen diadakan. Tapi aku tak pulangkan pon masa tu. Rasa tak bersedia lagi untuk pulangkan. Lagipula, aku dan rakan-rakan bercadang nak jumpa pensyarah a.k.a supervisor thesis kitorang terlebih dahulu sebelum pulangkan jubah. 


Dapat juga kami set tarikh dan masa untuk berjumpa pensyarah kami, Dr. Aniza Ahmad. Beliau agak sibuk dengan macam-macam benda dan tambahan pula sekarang masih di era pandemik. Kebanyakkan staff akademik masih bekerja dari rumah. Setelah 2 tahun tak bersua muka dengan Dr Aniza, akhirnya berjumpa semula. 


Dalam setengah jam je kami dapat berjumpa dan bergambar bersama. Sporting betul Dr Aniza sebab dia pon nak juga bergambar memakai jubahnya. Seronok belajar dengan beliau dan bersyukur dapat buat thesis di bawah seliaan beliau. Terima kasih Dr Aniza untuk segalanya. 


Masa untuk pulangkan jubah. Dah puas dah pegang jubah tu selama sebulan lebih. Dan juga collect gambar atas pentas. Tapi soft copy tak dapat lagi. Bila entah dorang nak email. Apa-apapun, Alhamdulillah sudah selesai semua urusanku di UPM. Terima kasih UPM untuk kenangan manis sepanjang belajar di situ. Sumpah, tak pernah terbayang aku akan menjadi pelajar di situ sewaktu ketika dahulu. 

Terima kasih Maha & Rawlins bagi hadiah konvo 😘


Kini, dengan bangganya aku mengisytiharkan Class of 2020 sebagai Alumni UPM 😊

3 comments:

  1. Tahniah Zharif.. moga terus berjaya..
    Sis plak tak sabar tunggu Kakak dan anak bujang Sis plak habis.. harap dapatlah lagi tengok anak amik sijil..

    ReplyDelete
  2. Zharif dengan terkejar-kejar berpisah tiada hahaha
    Masa nie mesti berharap 'Kalau kakak komando ada, mesti tak lambat gerak'
    hahahaha
    Next PhD?

    ReplyDelete