Saturday, January 15, 2022

Sambut Konvokesyen dengan Menikmati Barbeque Sizzling di Hotel Palm Garden Putrajaya, Sebuah Hotel Portfolio Tribute Pertama Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah penantian selama 2 tahun untuk naik pentas menerima sekeping scroll ijazah sarjana ku akhirnya tercapai pada 8 January yang lalu. Konvokesyen yang tertangguh 2 tahun lamanya. Bersempena dengan itu, kawan-kawan meraikan hari bahagia aku dengan membawa diriku makan barbeque sizzling di Hotel Palm Garden, Putrajaya iaitu sebuah Hotel Portfolio Tribute.


Untuk pengetahun semua, ini bukanlah kali pertama aku singgah menikmati hidangan BBQ buffet di Hotel Palm Garden. Ia baru sahaja dijenamakan semula sebagai sebuah Hotel Portfolio Tribute pertama di Malaysia. Oleh dengan itu, kawan-kawan merancang untuk meraikan hari konvokesyen ku di sana pada tempoh hari kerana mereka menyediakan hidangan barbeque sizzling yang diadakan setiap hari Sabtu dari jam 6.30 petang sehingga jam 10.00 malam.


Dorang nie sangat sweet ya siap nak raikan aku malam tu. Ingatkan ajak makan je. Sekali datang dengan kek dan beri hadiah. Terharu aku dibuatnya. I'm not good with expression tapi aku mahu kalian tahu, aku sangat tersentuh dengan gesture yang ditunjukkan. Speechless kejap malam tu tiba-tiba kek sampai ke meja. Terima kasih sangat-sangat. 


Ouh ya, hidangan barbeque sizzling di sini mempunyai pelbagai pilihan makanan yang dihidangkan buat pengunjung yang hadir. Dimulakan dengan hidangan pembukaan yang disajikan seperti sepapan hidangan keju berbagai jenis, sushi dan juga salad segar. Juga terdapat hidangan makanan barat seperti macaroni, lasagna dan juga pasta.



Menjadi raja menu untuk promosi barbeque sizzling ini sudah pastilah hidangan bahan mentah untuk di panggang. Terdapat pelbagai jenis daging segar yang terdiri daripada striploin steak, daging kambing , ayam, udang galah selipar, udang harimau, sotong besar, kerang, scallop dan pelbagai jenis hotdog. Yang pasti kesemua hidangan ini disediakan segar setiap minggu. Pengunjung hanya tinggal mengambil bahan mentah ini dan berikan pada chef yang bertugas di situ untuk dipanggang. Pengunjung boleh mengambil bahan yang telah dipanggang itu setelah beberapa minit.




Hidangan pencuci mulutnya juga tidak kalah ya. Terdiri daripada pelbagai jenis manisan dan pastri, pasti memikat hati dan mata pengunjung yang melihatnya. Rasa seperti nak ambil semuanya. Tapi pengunjung diingatkan supaya tidak membazir. Jangan tamak, ambil mana yang perlu sahaja. Sudah habis baru ambil lagi. Konsep buffet, ia pasti akan ditambah lagi. Jadi jangan risau hidangan pencuci mulut yang dihidang habis. Free flow sepanjang waktu buffet ini beroperasi.




Sambil menikmati hidangan barbeque sizzling yang enak, pengunjung akan dihiburkan oleh penyanyi Leah Diva. Penyanyi kelahiran Philipines ini mempunyai vokal yang sangat mantap. Malah pengunjung boleh request lagu yang ingin dinyanyikan. Sempatlah kami semua request beliau untuk menyanyikan lagu My All oleh Mariah Carey. Sangat sedap alunan vokal beliau mendendangkan lagu itu. Kami cukup terhibur.


Rugi kalau kalian tidak mencuba menu-menu dalam promosi Barbeque Sizzling di Hotel Palm Garden Putrajaya, Hotel Portfolio Tribute pertama di Malaysia. Sekiranya kalian berminat, berikut merupakan butiran harga promosi tersebut.

Harga promosi Barbeque Sizzling di Hotel Palm Garden, sebuah Hotel Portfolio Tribute

Dewasa : RM128++
Waktu operasi : Setiap hari Sabtu (6.30 petang - 10.00 malam)
Lokasi : Palms Cafe di Hotel Palm Garden, Putrajaya

Sebarang tempahan, bolehlah hubungi nombor yang berikut : 03 - 8943 2233 atau 016 - 314 4101
Sertai aplikasi Marriott Bonvoy untuk menikmati diskaun pembukaan sehingga 31 Mac 2022.


Terima kasih buat kawan-kawan yang meraikan saya pada malam tersebut. Sayang kalian semua !

5 comments:

  1. Kita teringin nak tengok hadiah di dalam paperbag hijau itu. Dan, bagaimanakah penilaian terhadap nyanyian tetamu yang hadir? Haha

    ReplyDelete
  2. Meriah ya ada celebration lepas graduation. Nampak makanan sini so happening dan sedap. Bolehlah sis makan-makan buat majlis kat Palm Garden ni. Btw tahniah sekali lagi atas kejayaan di convocation baru-baru ni.

    ReplyDelete
  3. Pernah menginap kat sini tapi tak pernah makan barbeque. By the way congrats ye :)

    ReplyDelete
  4. Uiii tak boleh tahan nengok BBQ seafood tu, harga berbaloi beno, sebab makanan dia banyak.. next boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  5. sedapnya nak.. makan kat sinilahhh.. banyak betul pilihan makanan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini