Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sempena jualan black friday haritu, aku dan kawan-kawan sepakat nak pergi shopping dekat Johor Premium Outlet sebab katanya banyak diskaun dan promosi. Sebagai seorang yang suka shopping, haruslah tidak melepaskan peluang ini. Hihi
Kami bertolak seawal jam 8 pagi sebab nak jadi manusia yang buka JPO tu. Ngam-ngam kami sampai masa tu jam 10 pagi. Memang ramai sungguh manusia datang masa nie untuk membeli-belah. Aku memang dah niat cuma nak beli sepasang kasut warna hitam dan tidak kisah jenama apa. Asalkan all black, cantik dan harga ngamm, aku beli. Dengan lafaz bismillah, aku melangkah masuk ke JPO.
Kita pergi dengan member, jadinya semua diberi masa sehingga jam 1 petang untuk berkumpul semula di pintu masuk. Maklumlah, member pon jenis hantu shopping. Wajib ya tetapkan masa untuk berjumpa semula. Kalau tidak, ada yang tidur dekat JPO tu. Masuk je JPO, semua scattered around. Suka hati koranglah nak pergi mana, asalkan jam 1 petang tu dah tercongok depan pintu masuk untuk balik.
Aku dan kawan aku masuk-masuk JPO terus cari kedai Nike sebab katanya Nike buat sales kaw-kaw. Tanpa berlengah lagi, carilah kedai Nike tu. Agak penghujung dunia juga kedai Nike dekat JPO nie. Beratur panjang pula tu untuk tunggu giliran nak masuk. Demi sepasang kasut, gigihlah beratur.
Nak dijadikan cerita, aku dan kawan aku habiskan masa yang diperuntukkan hanya di kedai Nike sahaja. Mulanya setiap sorang beli sepasang kasut je. Promosi dekat Nike masa tu, second pair dapat 50% diskaun. Jadinya, kalau member dah ambil kasut harga RM300, kita kena ambil juga kasut yang range harga sekitar itu. Kalau ambil kasut harga RM100 lebih, kita rugi. Atas faktor tak nak rugi inilah kami berdua ambil masa berjam-jam dalam Nike tu. Sudahnya, bukan dua pasang kasut dibeli, empat pasang kasut. Aiyooo. Ini dah terlebih dari bajet yang aku sudah peruntukkan.
Siap gaduh ya dengan member masa nie. Awasss. Shopping kasut pon boleh bawa gaduh. Apa-apa pun, okaylah. Dah terbeli. Sebenarnya aku tak berapa berkenan kasut-kasut dekat Nike sebab design dorang nampak sporty sangat. Aku nak sneakers jenis nampak casual dan smart gituhh.
Selesai shopping, kitorang terus ke Desaru untuk check in. Kami bermalam di sini selama 3 hari 2 malam. Tempat penginapan kali ini, Alhamdulillah selesa. Sangat selesa walaupun masa nak cari lokasinya tu agak sedikit seram sebab kawasan sekitar tidak ubah seperti kawasan kena tinggal. Sunyi dan rumah banyak kosong. Agak terkilan sebab masa book rumah nie, katanya ada kemudahan seperti kolam renang dan sebagainya, alih-alih memang hampeh ya. Kolam renang tak ada. Dah lah tak boleh nak mintak refund. Mujur rumahnya besar dan selesa. Jadi, tak adalah rasa ralat sangat.
Rumah yang kami inap merupakan banglo semi-D yang mempunyai 4 bilik tidur dan 5 bilik air. Sangat-sangat luas dan selesa. Kalau nak complain pon mungkin dari segi laman luar rumah yang agak bersepah dan tak teratur. Dari segi lain, semuanya okay. Even kami call untuk minta tuala dan selimut, staff dorang terus hantar. Cuma kalau korang nak memasak tu, bawalah dapur masak dan periuk sendiri naa. Kat sini cuma ada sediakan perlatan untuk makan je.
LINK UNTUK BOOKING : JOHOR DESARU BEACH SEMI-D
Nak tempah tu, korang baca review dulu. Review memang sangat menakutkan ya. Tapi Alhamdulillah, ia tidaklah seburuk atau seteruk yang di-review tu. Cumanya, adalah beberapa kekurangan. Yang pasti, TIADA SWIMMING POOL. Dah booking, tak boleh refund ya. Jadinya kami proceed je dan mengharapkan yang terbaik. Hahaha. RM340 untuk satu malam. Masa tu bertarikh 26 - 28 November 2021. Harga dia sekarang murah gila, mungkin sebab masa kami pergi tu waktu cuti sekolah. Harga jadi mahal. Tadi aku tengok, harga dia satu malam cuma RM213 je.
Malam tu kami bersiap-siap untuk ke kenduri kahwin anak kepada rakan blogger kami di Johor iaitu Sis Lin. Tema majlis anaknya pada malam berinai tu ialah berkonsepkan Jawa. Maka, berjawalah kami semua pada malam tersebut.
Besok paginya, kami pergi mandi-manda dekat Adventure Waterpark Desaru Coast. Masa nie dapat harga promosi, satu tiket dewasa RM50. Kami tempah lalu aplikasi Klook. Senang beli online, tak payah tunggu lama masa nak ambil tiket tu.
Ini merupakan kali pertama aku sampai ke sini. Bestlah tempatnya. Banyak aktiviti air boleh dilakukan. Rasa terkilan sebab tak sempat nak naik vuvuzuela. InsyaAllah next time datang lagi nak try naik vuvuzuela dorang pula. Kitorang dekat dalam nie pon tak lama. Setengah hari je.
Mulanya rasa macam nak simpan perut sebab malam nak dinner buffet seafood dekat hotel. Tapi bila dah main air, perut jadi lapar sangat. Kitorang pon isilah perut dekat restoran berhampiran tempat penginapan kitorang. Kitorang makan dekat Restoran Ombak Rindu. Perut dah lapar gila, sudahnya dekat restoran tu kami tersidai satu jam lebih tunggu makanan siap. Aiyooo. Kalau korang plan nak makan dekat sini, fikirlah dua tiga seratus kali naa. Kbye.
Masa nie promosi apa entah dekat Hotel Four Points by Sheraton Desaru. Agak berpatutanlah promosi buffet seafood dinner masa tu. RM84/sekepala. Masa kami datang nie sumpah ramai gila orang. Mujur dah book awal-awal. Kalau pilih untuk walk in, memang tak dapat dikk nonn. Apa-apa pon, puas jugalah dapat makan banyak seafood pada malam tu. Cuma terkilan sebab dorang tak refill makanan. Kalau menu tu dah habis, kira dah habis. Tiada refill. Mujurlah aku aplikasikan perangai acik-acik kampung masa nie. Terus ambil sekali banyak.
Makan sampai tempat tu hampir kosong. Ko ghase ? Dia punya melantak kalau boleh sampai tunggu dihalaulah dari tempat tu. Hahahaha. Dekat jam 12 malam jugalah baru kami pulang semula ke penginapan kami. Tak jauh pon, dalam 10-15 minit perjalanan je. Balik tu kami nak buat surprise untuk kawan kami, Rawlins.
Puas juga beli macam-macam tanpa dihidu oleh beliau. Kitorang buat persediaan tu lepas balik dari mandi-manda. Masa tu penat dan semua orang pilih untuk berehat dan tidur. Termasuklah si Rawlins. Masa nielah kami gunakan untuk tiup belon segala jadah. Sampai melecet-lecet tangan member pam belon ya. Kesian.
Bila balik dari dinner tu, some of us decided untuk beli barang dan bawa Rawlins sekali. Tak jauh pon tempat tu dari rumah. Kami ada masa lebih kurang dalam 10 minit untuk set up semua benda. Ko ghase ? Tak ke kacau bilau kami semua masa tu. Alhamdulillah, everything went well.
Lepas sarapan, kami semua siap-siap untuk check out. Lepas pulangkan kunci, kami semua menuju ke pantai Desaru. Masa hari pertama kami sampai tu, ingatkan nak ambil gambar dekat pantai, sekali pantai tutup daa. Pantai Desaru nie tutup jam 6 petang ya. Jadi sesiapa yang rancang untuk datang, harap datang sebelum jam 6 petang. Hari terakhir kami di sini baru berkesempatan untuk singgah. Walhal dekat je dengan tempat penginapan kami.
Tak terus balik ke KL. Kami singgah lagi sekali ke JPO untuk shopping. Ko ghase ? Balik dari JPO terus menuju ke Muar untuk makan Mee Bandung Muar. Tak ingat kami makan dekat mana. It's a food court yang banyak gerai-gerai. Dekat situ, hampir semua kedai jual mee bandung. Pilihlah mana satu gerai yang korang berkenan. Not bad lah rasa Mee Bandung Muar nie. Sangat pure. Betul-betul rasa udang keringnya.
Itu sahaja untuk percutian kali ini. It was fun. Looking forward to more percutian lagi dengan pepondan lepas nie. See you in my next entri. Bye bye Johor !
Ni staycation antara yang best dan juga happy sangat semua aktiviti berjalan lancar lepas boleh rentas negeri... Cuma nak mandi dengan unicorn jer tak kesampaian wakakaka best....
ReplyDeleteAlhamdulilah, sampai juga korang ke Johor dan rumah Sis, next tunggu kenduri seterusnya yaaa.. jangan tak datang hahahahaha
ReplyDeleteMemang syok dapat jalan-jalan ngan kengkawan satu geng ni... Enjoy
ReplyDelete