Tuesday, January 25, 2022

Buang Kerak dan Daki di Hot Springs Sg Klah, Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru nie aku dan kawan-kawan bercuti adhoc ke kolam air panas yang terletak di Sg Klah, Perak. Sangat tiba-tiba sebab literally kami semua rancang sehari sebelum hari kejadian. Asalnya nak pergi dekat-dekat je, acano boleh tercampak sampai ke Perak nie. Haishhh buat kerja gila betul dorang nie.


Asalnya cuma nak mandi kolam air panas dekat Bentong. Tak jauh pon dari KL, Dalam satu jam perjalanan je. Tapi bila telefon pihak sana, katanya kolam air panas di Bentong tu terjejas teruk disebabkan banjir haritu dan masih lagi dalam proses pembersihan. Oleh kerana semua dah semangat nak mandi dekat kolam air panas, makanya Hot Springs Sg Klah yang terbaik. Walaupun pada mulanya rasa macam ragu-ragu untuk ke sana, sebab trip kali nie balik hari dan kami pergi pada cuti hari Thaipusam haritu. Betul ke dorang semua nie nak drive jauh-jauh berpenatan semata hanya untuk mandi kolam air panas ? Jawapannya, ya dorang sanggup. Maka pergilah kami berlapan ke sana.

Bertolak seawal jam 7 pagi ya. Awass. Kami bertolak asing kereta dan rancang untuk berjumpa dekat sana terus. Dalam jam 10 pagi macam tu, kami semua tiba. Tak ramai sangat orang masa nie, walaupun hari tersebut cuti umum. Mungkin sebab awal pagi kot. Tapi makin lama, makin ramai orang datang Hot Spring Sg Klah tu tau. 


Lepas dah parking barang-barang dekat gazebo yang kosong, maka berendamlah kami di kolam air panas untuk membersihkan segala daki dan kekotoran di badan. Alhamdulillah bersih semuanya, tapi kekotoran di hati tetap tak dibersihkan lagi. Lahhh kesitu pulakk. Kbye.

Anyway, ini merupakan kunjungan kali kedua aku di sini. Pernah datang masa tahun 2017 dulu. Memang dah lama gilalah. Boleh baca entri tu dekat sini : HOT SPRINGS RESIDENCE SG KLAH



Bestnya dekat sini, pengunjung boleh pilih nak mandi di kolam air panas atau di kolam air biasa. Bahkan, pengunjung juga boleh merebus telur di tempat khusus yang disediakan. Tapi telur kena beli dekat dalam nie. Tak boleh bawa dari luar. Pandai buat duit tau. Yang pasti, mangkuk pon kena beli juga tau. Awass. Kapitalis ini semua. Tibahhh !



Separuh hari jugalah kami luangkan masa dalam nie. Dalam jam 2 petang macam tu kami balik. Nak lama-lama dalam nie pon, bukan ada apa. Lepas dah puas berendam, baliklah. Tukar baju semua dan cari tempat untuk makan tengahari. 


Berhampiran kolam air panas nie ada satu tempat makan yang cukup popular iaitu nasi bamboo. Tapi masa kami sampai tu, tempat makan tu penuh gila dengan manusia. Beratur cukup panjang. Nasi bamboo dekat sini serius sangat sedap. Aku pernah makan sekali. Ingatnya nak bungkus je, tapi bila tengok kena beratur panjang gila, lupakan jelah hasrat nak bungkus tu. Kita cari tempat makan lain. Dan semua bersepakat nak makan di Restoran Pau Yik Mun di Tanjung Malim.


Tanjung Malim merupakan tempat aku dan kawan baik aku belajar sewaktu ketika dahulu. 4 tahun aku bermastautin di sini. Banyak kenangan tercipta. Gituhh. Sepanjang aku belajar dekat sini, tak pernah sekali pon singgah makan dekat Pau Yik Mun tu. Lepas dah habis belajar, barulah rasa macam nak cuba makan. Hihi


Kalau makan dekat sini, aku akan selalu order Kuey Teow Goreng. Sumpah sedap gila !! Ouh ya, portion makan dekat Pau Yik Mun nie besar, boleh kongsi dua orang. Puaslah makan. Bahan-bahan pon meriah. Harga pon not bad. Yang pasti, jangan lupa beli pau dorang. Itu merupakan signature dish mereka. Lembut paunya.


Selesai makan, mereka semua balik semula ke Kuala Lumpur. Tapi tidak untuk aku dan Faries. Kami nak jalan-jalan kawasan sekitar untuk tengok kawasan kami sama-sama belajar dekat sini dulu. Mujurlah kami naik kereta asing. Kalau tak, tak dapatlah nak melawat UPSI dan kolej kediaman kami. Hihi


Lama tak jejakkan kaki ke Tanjung Malim. Dah banyak perubahan berlaku. Ada nama kolej baru, fakulti bertukar warna dan nama, dan Tanjung Malim sekarang dah ada McDonalds tau. Hebat ! Makin maju dan meriahlah bandar Mualim. Seronoklah pelajar-pelajar UPSI di generasi sekarang.


Sebelum balik, kami singgah makan dekat Loveats. Lokasi makan yang cukup significant di Tanjung Malim dan dalam kalangan pelajar UPSI. Dulu masa belajar dekat sini, nak makan Loveats burger nie kena berkira-kira. Satu semester kadang sekali je singgah makan, sebabnya harga dia agak sedikit mahal untuk seorang pelajar. Kalau ada occasion tertentu je singgah makan sini. Terutama sekali kalau Pakcik Azis hantar aku balik kolej, memang aku akan pau dia bawa makan dekat sini. Kah !

Istimewanya dekat sini ialah warna roti burger tu. Lembut rotinya dan sedap. Bergantung juga tekak masing-masing. Kalau korang singgah Tanjung Malim dan nak makan dekat Loveats Burger nie, aku sarankan korang cuba Burger Southern Pioneer. Serius sedap !

Okay lah, itu je nak cerita. Bye !

2 comments:

  1. Ini memang know2 arrive jer kat Sg Klah Hotspring hehehe.. pergi balik hari dan cuti umum satu hari tu... Tempat memang best dan puas hati ada kolam panas dan sejuk suka gilerrrr...

    ReplyDelete
  2. Best laa korang, macam-macam aktiviti ekkk.. kalau join group, kena bayo yuran tak? Hahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini