Friday, November 12, 2021

Satu Malam Berkhemah di Dayang Bunting Campsite

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tak pernah dalam fikiran untuk berkhemah apabila datang ke Pulau Langkawi, tapi masa pergi ke Langkawi dengan kawan-kawan haritu, dorang ajak berkhemah pula di satu tanah persendirian di sebuah pulau yang tidak asing lagi iaitu Pulau Dayang Bunting. Ya, Pulau Dayang Bunting. Selama hari nie, kita cuma tahu Tasik Dayang Bunting yang selalu orang pergi waktu island hopping. Tapi sebenarnya, di pulau itu juga terdapat satu tapak perkhemahan yang dipanggil Dayang Bunting Campsite. Ikuti butirannya !


Sebenarnya, nama Dayang Bunting Campsite nie bukanlah satu nama yang dah termaktub. Ia tiada nama yang sebenar. Nama tapak perkhemahan nie bergantung pada siapa pemandu pelancong yang membawa korang ke sini. Sebab lain pemandu pelancong, lain nama yang diberi. Kalau iktukan pemandu pelancong yang bawa kami ke sini haritu, dia namakan sebagai Dayang Bunting Campsite.



Kawasan ini telah dibersihkan dan dilapangkan bagi kegiatan perkhemahan. Terdapat banyak meja dan bangku yang dibina. Malah dapur dan juga bilik air ada turut disediakan. Cumanya, elektrik tidak terdapat di tapak perkhemahan ini. Jadi, boleh dikira sebagai satu perkhemahan yang ekstrem juga sebab tiada elektrik disediakan. Ini merupakan kali pertama aku pergi berkhemah tanpa ada sumber elektrik. Kira okaylah lagi cuma elektrik je tak ada. Cuba bayangkan kalau sumber air pon tak ada, memang ekstrem sangatlah.




Tapak perkhemahan ini berada betul-betul di sebelah laut. Jadi boleh mandi-mandi dan buat aktiviti di kawasan pantainya. Cuma agak malang sekali, kami berada di sini hanya untuk satu malam sahaja dan ketika kami datang tu pon, dah dekat waktu senja. Tak dapat nak mandi pantai sebab sibuk pasang khemah dan masak untuk makan malam.



Boleh je tidur dekat atas meja atau bangku yang mereka telah bina tapi dah namanya pon berkhemah, mestilah kena tidur dalam khemah. Ye dakk ? Gigihlah kami pasakkan khemah petang tu. Tapi serius cakap, agak panas ya tidur dalam khemah bila dah malam. Ingatkan sejuk, rupanya panas gila. Hahahahaa. Mungkin faktor kami pasak khemah di tanah yang lapang. Kalau pasak khemah di bawah pokok, mungkinlah sejuk sikit.



Berpeluh lencun tidur dalam khemah masa tu. Bukan akulah, tapi kawan sekhemah aku. Aku rileks je tidur sebab jenis yang susah nak rasa panas. Gituhhh. Yang menjadi masalah ialah bila hari dah gelap dan kita terasa nak guna bilik air. Bilik air berada di belakang dekat dengan kawasan hutan. Bila dah malam, suasana agak sunyi dan gelap gelita. Cuba bayangkan nak mandi dan gunakan tandas macam mana bila dah malam. Tak ke, seram ?


Memang mandi secara berjemaah lah kami malam tu. Lantaklah, tak fikir apa. Janji dapat bersihkan diri sebab badan dah melekit baru selesai mandi laut siangnya tu sebelum datang ke Dayang Bunting Campsite nie.





Apa-apa pon, ia merupakan satu pengalaman yang cukup berharga buat diri aku. Dah lama sebenarnya aku teringin pergi berkhemah yang jenis ekstrem seperti ini. Akhirnya, dapat juga lakukan dan tak sangka pula dapat lakukan ketika berada di Langkawi nie.



Untuk korang yang berminat untuk berkhemah di Dayang Bunting Campsite, bolehlah hubungi nombor yang berikut untuk membuat tempahan : 013-4323268 (PK) atau 018-2404505 (Adam)


Terima kasih buat QTT Travel Group dengan kerjasama LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel di atas penganjuran gelembung pelancongan ke Pulau Langkawi.

2 comments:

  1. benda-benda ekstrem gini kena buat waktu bujang.. baru la merasa pengalaman hidup ye dak

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaa . ida yang stay kedah pon tak sampai langkawi lagi tauuu . rugiiiiii huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...