Thursday, July 2, 2020

Bercuti Dengan Kawan-Kawan di Pulau Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku rasa bercuti dekat Langkawi nie takkan pernah bosan biarpon dah beratus kali kau ke sana sebabnya setiap kali datang pasti ada sahaja tempat dan tarikan baharu muncul. Pada bulan February yang lalu, aku bersama beberapa rakan blogger pergi bercuti ke Pulau Langkawi selama 4 hari 3 malam. Alhamdulillah percutian yang kami rancang ini sempat dilaksanakan sebelum pandemik Covid-19 melanda negara kita. Ikuti butirannya !


Apa yang menariknya percutian ke Langkawi kali ini ialah, aku pergi dengan menaiki ETS. Ini merupakan kali pertama aku naik ETS tau. Ya, kali pertama. Umur dah 27 tahun baru berpeluang naik ETS. Sedih kan ?



ETS kitorang bertolak jam 8.30 pagi dari KL Sentral menuju ke Padang Besar. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam 30 minit. Kami dijangka tiba di Padang Besar jam 2 petang. Seawal subuh gajah kami dah sampai dekat KL Sentral untuk berkumpul. Mujur semuanya bangun awal dan sampai tepat pada masanya.


Dah macam trip mak-mak tau kitorang nie, siap bawa bekal dalam ETS. Bekal bukan biashe-biashe jenis yang segera tu, tidak okay. Bihun goreng lengkap dengan telur dadar ya. Kawan kami, Maha a.k.a blogger makan hebat yang berperang dengan kuali pagi-pagi buta. Travel kit yang penuh dengan kudap-kudapan dan kelengkapan asas menentang Covid-19 tu pulak Kak Lily yang sediakan. Siap dapat hand sanitizer sorang satu. Terbaik lah ! Masa nie Covid-19 dah mula mengganas cuma belum teruk lagi dekat Malaysia. 


Sampai je kami di Padang Besar, ambil grab untuk ke terminal feri Kuala Perlis. Tak berapa jauh dari station ETS Padang Besar tapi terasa kebas jugaklah bontot sebabnya kereta penuh dengan manusia dan bagasi. Bayangkan kereta MPV dipenuhi 7 penumpang termasuk pemandu dan bagasi-bagasi yang besar gedabak serupa macam nak travel ke Eropah. Walhal cuti dekat Langkawi sajo. Hahahaha

Ramai jugaklah masa nie dekat terminal. Alhamdulillah semua tiket-tiket sepanjang kitorang bercuti dekat Langkawi nie dah uruskan dan dibeli secara atas talian oleh Kak Lily. Jadi, kami tak perlu bersesak-sesak beratur. Datang tu terus tunjuk tiket yang dah siap di print je.


Sampai je dekat Jeti Pekan Kuah tu, kami terus ambil kereta. Pon sudah diuruskan oleh Kak Lily sebab company kereta sewa nie merupakan kawan kepada Kak Lily dan suami Kak Lily, Abg Rizman. Semua hal-hal pengangkutan diuruskan oleh mereka. Dapat je kereta, maka bertolaklah kami menuju ke homestay yang kami telah tempah untuk bermalam selama 4 hari 3 malam. Untuk penginapan, Maha yang uruskan. Mudah sungguh ada kawan yang banyak cable nie. Semuanya smooth je. Tinggal datang cuci kaki. 

Untuk butiran penginapan, aku dah perincikan dekat satu entri khas. Korang boleh baca di entri ini :


Untuk hari pertama di Langkawi nie, kami tak ada buat sebarang aktiviti. Sampai-sampai pon dah petang nak ke maghrib macam tu. Rehatkan badan sekejap lepastu kitorang keluar ke pekan kuah untuk makan seafood.


Kedai makan seafood nie terletak di Pekan Kuah. Maaf aku tak tahu nama kedai makan nie apa. Nanti kalau aku tahu nama kedai nie apa, aku update semula ya. Kedai nie merupakan kedai makan Chinese yang HANYA menghidangkan makanan laut dan tiada alkohol digunakan dalam penyediaan makanannya. Jadi jangan ragu-ragu okay. Ramai je orang-orang melayu makan dekat sini. Pelbagai bangsa termasuk orang luar pon datang makan dekat sini tau. Pesanan makanan agak sedikit lambat. Tapi faham jelah, sebab ramai gila orang makan dekat sini.

Ini merupakan kali pertama aku mencuba makanan di sini walaupun dah banyak kali aku ke Langkawi. Sumpah cakap, sedap gila makanan laut dekat sini. Sumpah sangat-sangat sedap ! Untuk harganya pula, menurut Kak Lily yang biasa makan di luar, katanya murah. Jadinya murahlah kot berbanding restoran lain yang menghidangkan makanan laut. Sangat puas hati. Terutama sekali hidangan ketam tu. Ketam tu serious sedap woii. Ya Allah kuah dia boleh licin ya.



Hari kedua barulah kami memulakan percutian di Langkawi dengan aktiviti yang pertama iaitu mangrove tour dan juga island hoping. Tapi sebelum tu, kami singgah sarapan dekat warung tepi jalan. Pon tak ingat apa nama kedai tu. Roti Canai Black pepper ke nama dia ? Entahlah. Aku dah lupa. Tulah, lambat lagi buat entri, habis semua benda lupa. 

Sebaik sahaja makan, kami terus bertolak ke Tanjung Rhu jeti untuk mangrove tour. Untuk pengetahuan korang semua, ini merupakan kali pertama aku buat mangrove tour dekat Langkawi. Aku tahu ini merupakan salah satu aktiviti pelancong yang datang ke sini, tapi selama hari ini kalau aku datang ke Langkawi, aku mesti skip mangrove tour. Tak tahu kenapa. Jadi untuk trip Langkawi kali ini, dapatlah aku merasa mangrove tour. Untuk mangrove tour dan island hoping, ia telah diuruskan oleh Maha. Ambil pakej dari kawan dia. Harga of course lah harga special uolss. Kami dapat private boat. Hanya kami-kami sahaja dalam boat tu. 



Baru aku tahu, banyak rupanya tempat dan lokasi yang dibawa sepanjang mangrove tour nie. Jelajah Paya Bakau nie mengambil masa lebih kurang dalam 3 jam macam tu. Masa kami pergi nie matahari dah tegak atas kepala, tapi gigih jugaklah. Hahahaha. Spot pertama, kami dibawa pergi melihat burung-burung helang. Seperti kita semua sudah sedia maklum, Pulau Langkawi sangat sinonim dengan burung helang. Malah terdapat landmark burung helang yang menjadi simboliknya Pulau Langkawi. Kalau pergi island hoping pon dapat jugak tengok burung helang dan bagi helang makan. 




Bersepah-sepah burung helang dekat Langkawi nie ya. Memang jadi lubuk dorang. Sepanjang jelajah nie, pengunjung akan menyusuri hutan paya bakau dan dapat menyaksikan haiwan-haiwan liar yang menghuni di sini. Antara penghuni yang paling terkenal di sini ialah monyet-monyet liar. Menariknya monyet-monyet di sini ialah mereka pandai berenang. Comel je tengok dorang berenang ke bot-bot pengunjung untuk dapatkan makanan. No, bukan dorang nak naik bot kita. Tidak. Kita campak roti dekat air, nanti dia berenang untuk dapatkan roti tu. Siap ada yang bawak anak kecil dekat belakang dorang sambil berenang. Sumpah comel !




Pernah tengok monyet berenang sebelum nie ? Jarang nampak kan ? Hah kalau kat sini, semua monyet pandai berenang. Hebat. Lepastu bot akan melalui satu gua yang agak menyeramkan. Katanya mulut gua nie seperti mulut seekor buaya. Adalah nampak sikit-sikit mulut buaya tu. Tak sangka gua nie boleh dilalui oleh bot. Kira besar dan luas jugaklah gua nie. 




Seterusnya kami dibawa ke Gua Kelawar. Di sini, terdapat banyak kelawar-kelawar yang berhabitat di sini. Agak seram jugak nak masuk dalam gua nie. Yelahh, takut kena serang dan kena berak dengan kelawar. Dahlah tengah musim Covid, datang pulak dekat sarang kelawar yang merupakan pencetus kepada virus nie. Apooo

Tapi tak perlu risau, tak ada apa-apa pon. Gelap je tak nampak apa. Ada disediakan lampu suluh tapi malas pulak nak menyuluh-nyuluh. Takut ternampak benda lain. Bhahaha. Tak lama pon kami dalam nie, sebabnya masing-masing semua dah tak sabar nak makan dan pergi ke aktiviti island hoping.




Baca tu. Nampak tak, bahawasanya kelawar sangat penting dalam kehidupan manusia dan mengimbangkan ekosistem ya. Janganlah kalian membenci kelawar. Tapi bencilah pada mereka yang menyalahgunakan kelawar. Kelawar tidak bersalah. Tiberr. Kitorang bertiktok je weyhh dekat sini. Bukannya nak mendalami sangat pon pasal kelawar. Hahahaha




Sebelum mangrove tour nie tamat, kami dibawa ke kolam ikan. Banyak gila ikan yang diternak di sini. Saiz pon besar-besar. Ada yang ganas pulak tu. Kalau jatuh dalam tu, consider innalillah lah jawabnya. Kat sini, pengunjung juga berpeluang untuk memberi makan pada ikan-ikan. Bolehlah pegang ikan-ikan bersaiz gergasi ini secara dekat. Aku berpeluang untuk memberi makan pada seekor ikan pari yang saiznya sangat-sangatlah besar. Rasa geli tangan nie bila masuk dalam mulut ikan pari tu. Memang rasalah tangan ko di ngap dan masuk dalam mulut ikan pari tu tapi tak sakit sebab tak ada gigi pon. 




Selesai je mangrove tour, kitorang singgah makan tengahari di tepi jalan. Lapar gila weyhh. Sampaikan tak ingat nak ambil gambar makanan.Kami makan sotong bakar masa nie. Balik homestay sekejap untuk ambil barang-barang yang patut,contohnya ada orang tu tertinggal handphone. Ahaks ~ Kesian orang tu, ambil gambar ihsan dari phone kawan-kawan. Hahahaha

Dalam jam 2 petang macam tu, kami dah kena bersedia untuk berada di jeti untuk aktiviti island hoping pulak. Juga naik bot private ya. Bukan share-share dengan netizen lain. See our level.


Gunung yang berbentuk seakan-akan wanita bunting sedang terbaring

Destinasi pertama sudah tentulah Tasik Dayang Bunting yang fofular itu. Datang Langkawi tapi tak datang sini, consider tak datang tau. Gituhhh. Lagenda Dayang Bunting nie memang cukup terkenal. sahih tak sahih tu, wallahualam.


Banyak sungguh perubahan dekat Tasik Dayang Bunting sekarang nie ya. Sekarang dah tak boleh bawa life jacket dari bot yang kita sewa untuk masuk ke sini. Kena sewa dari dorang. Buat pengunjung yang datang ke sini, JANGAN sewa life jacket dekat kaunter tu sebabnya korang boleh dapat harga jauh lebih murah dekat tasik tu. Kat kaunter pintu masuk depan tu, sewa satu life jacket RM5, tapi sewa life jacket dekat bawah RM1 je weyhh. Jimat banyak.

Kesian abg nie, tak ada yang sewa life jacket dari dia sebab semua pengunjung dah sewa life jacket dekat kaunter pintu masuk.
RM1 je kot sewa life jacket dengan abg nie.
 

Rugi kitorang sewa dekat kaunter. Dah sampai dekat tasik tu baru tahu. Tak boleh nak buat apa lah. Next time, kita sewa life jacket bila dah dekat tasik ya. Jangan sewa dekat kaunter pintu masuk.



Lepastu kami pergi bagi makan helang tapi malang sekali, orang yang bawa kitorang nie lupa nak bawa makanan untuk helang-helang tu. Nasib baiklah dah bagi makan dekat helang masa mangrove tour tadi, jadinya tak adalah ralat sangat tak dapat bagi helang makan masa island hoping nie.

Dan lokasi terakhir untuk aktiviti Island Hoping ialah singgah bermandi-manda di Pulau Beras Basah. Masa untuk mandi air laut pulak. Kitorang mandi-manda sambil buat tiktok. Manjang nak buat tiktok tau masa dekat Langkawi nie. 




Selepas 3 jam ber-island hoping, kami pulang semula ke homestay. Ya Allah penat gila ya satu hari buat aktiviti yang melibatkan air. Balik homestay memang rasa nak tidur je. Tapi tak naklah habiskan waktu kitorang dekat sini dengan tidur, jadinya lepas maghrib kitorang pergi berjalan-jalan di kawasan Pantai Chenang. Dari Homestay kitorang nak ke Pantai Chenang sangat dekat. Tak sampai 5 minit pon. 

Makan malam kitorang pon dekat area Pantai Chenang. Makanannya okay je, tapi harga dia agak mahal ya. Tak berbaloi rasanya. Lebih baik makan dekat kedai seafood hari first day yang kitorang pergi tu. Berbaloi dan sedap gila.


Malam tu kitorang berjalan kaki sepanjang Pantai Chenang tu. Usha-usha harga barang, ada yang pergi mengurut kaki dekat tepi jalan. Lepastu kitorang lepak dekat Starbucks dan tengok persembahan live band dekat Chenang Mall tu.

Hari seterusnya di Langkawi, kami bersarapan di kedai makan Nasi Dagang Pak Malau. Nasi Dagang Pak Malau nie agak terkenal ye. Ramai pelancong datang makan bersarapan di sini. Nasi Dagang dia memang sedap gila. Tak hairanlah Nasi Dagang Pak Malau nie popular. 



Serious cakap, makan nasi dagang tu tanpa lauk pon dah sedap gila. Sangat-sangat mengenyangkan. Banyak juga menu lain yang disajikan dekat sini, bukan nasi dagang semata. Jadi kalau korang berkesempatan ke Pulau Langkawi, jangan lupa bersarapan di sini okay. Bukan takat menunya sahaja yang sedap dan terkenal, rupanya Pak Malau sendiri pon memang terkenal dalam kalangan pengunjung di sini. Orangnya ramah dan kelakar. Pandai buat lawak dan silap mata.


Dah topup perut, kitorang terus bergerak ke Gunung Mat Cincang untuk menaiki cable car. Cable Car nie juga merupakan antara lokasi dan aktiviti wajib untuk pengunjung datang melihat keindahan Pulau Langkawi dari puncak Gunung Mat Cincang. Makin meriah ya kawasan Skycab Langkawi nie. Macam-macam tarikan dorang tambah.





Macam biasa, tak ada apa pon dekat atas nie selain menjadi lokasi untuk bergambar. Sejuk angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Untuk kunjungan kali ini, untuk ke bahagian bridge dia, aku berpeluang untuk naik skyglide untuk ke bahagian bridge tu. Selalunya kena menapak sikit macam kena mendaki untuk ke situ. Tapi oleh kerana malas nak berjalan memenatkan diri, kitorang ambil skyglide yang disediakan. Tiket untuk dewasa pergi dan balik RM16. Agak pricey untuk perjalanan yang sekejap itu tapi malas nak berpeluh, bayar sajalah. 



Kunjungan ke Skycab kali ini aku berpeluang untuk masuk ke galeri 3D Art Langkawi. Selama hari nie cuma beli tiket untuk naik cable car tu je, tapi kali nie kitorang beli tiket harga pakej, jadinya dapatlah masuk ke dalam galeri nie. Sebenarnya malas nak masuk sebab dah penat tapi membazir pulak kalau tak masuk. Dah bayar pon kan, jadi masuk jelah. 



Dalam nie banyaklah hasil seni 3D yang boleh dijadikan lokasi untuk bergambar. Nampak macam real lukisan-lukisan dinding dekat sini. Nak ambil gambar dari satu dinding ke satu dinding, aku rasa sampai besok pon tak habis sebabnya banyak sangat. Jadi aku pilih mana yang berkenan jelah. Bertingkat-tingkat tau galeri nie, serious besar dan luas gila. 



Tak sabar nak keluar dari Skycab tu sebabnya perut dah lapar gila. Kitorang dah memang aim nak makan Laksa Ikan sekor dekat dengan lapangan terbang Langkawi tu. Laksa kat sini pon merupakan salah satu port wajib makan kalau datang ke Langkawi.


Lepastu kitorang memulakan aktiviti shopping barang untuk bawa balik ke semenanjung. Tiberr semenanjung. Besoknya dah nak balik, jadinya kenalah shopping hari ini. Kitorang naik flight untuk balik, tu pasal takut tak sempat dan terkejar-kejar. Macam biasa, datang Langkawi mesti nak bawa balik coklat. Jadi kitorang borong coklat dekat Haji Ismail Group, borong kuali dan macam-macam lagilah. Banyak betul yang dibelinya. Siap ada beli bagasi baru okay untuk letak barang-barang shopping okay. 

Balik homestay, rehat sekejap, tukar baju then keluar semula untuk makan malam. Kali nie kami makan dekat Wan Thai Restaurant dekat Pekan Kuah. Wan Thai nie kuah tom yam dia best. Sedap ! Tapi harga dia agak pricey ya. Again, berbaloi lagi makan dekat kedai seafood chinese tu. 




Kitorang makan dengan kawan Kak Lily dan Abg Rizman malam tu. Dia tulah owner company kereta sewa yang kitorang sewa tu. Next time kalau datang sini, boleh roger dia. Manalah tahu boleh dapat special price. Tiberr. 


Masa untuk pulang. Malam tu semua dah mula packing barang-barang untuk balik. Bagasi aku sumpah berat gila. Betul-betul lepas had maksimum bagasi tau. Tak lebih dan tak kurang sikit pon. Tepat-tepat. Fuhhh ! Mujurlah cukup, malas aku nak repacking dan pindah-pindahkan barang.


Pulaknya masa nak balik nie, kad pengenalan aku boleh hilang pulak. Adoii buat masalah betul. Mujur jumpa dan ingat kali terakhir letak dekat mana. Kalaulah tertinggal dekat Selangor, tak ke menyusahkan. Dah lah dah dekat waktu nak berlepas. Apa-apa pon Alhamdulillah, semuanya okay-okay sahaja. Percutian yang kami rancang berjalan dengan lancar. Seronok dapat bercuti dengan dorang nie, semua jenis kepala masuk air. Manjang asyik nak ketawa je.

Terima kasih buat semua yang menjayakan percutian kali ini, Kak Lily, Abg Rizman, Maha, Rawlins dan juga Faries. Semoga ada rezeki kita pergi bercuti sama-sama lagi.

1 comment:

  1. I suka gambar mandi tu letak LOVE. Hahaha menyembunyikan apa sahaja yang timbul

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...