Friday, July 17, 2020

Vivo Memperkenalkan Dua Peranti Telefon Pintar Baharu X50 & X50 Pro Yang Membawa Teknologi ke Level Yang Lain

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan menghadir ke majlis pengenalan peranti terbaru Vivo iaitu Vivo X50 dan X50 Pro. Kedua-dua peranti telefon pintar ini mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri kerana teknologi yang digunakan untuk peranti ini tidak terdapat di peranti telefon pintar yang lain. Ikuti butirannya !

Vivo X50/X50 Pro

Era globalisasi kini menitikberatkan kecanggihan dan peranti yang berteknologi terkini. Dengan meluasnya penggunaan media sosial, ramai kini lebih memilih peranti telefon pintar pelbagai guna dalam satu peranti.Oleh itu, banyak jenama pengeluar telefon pintar bersaing secara sihat untuk memastikan peranti mereka menjadi pilihan orang ramai.

Vivo X50/X50 Pro

Hal ini tidak ketinggalan buat jenama terkemuka Vivo. Sebuah jenama peranti teknologi yang sering mengeluarkan peranti terkini. Terbaharu, peranti telefon pintar Vivo X50 dan X50 Pro menjadi taruhan buat mereka dengan memperkenalkan teknologi kamera yang sangat canggih iaitu teknologi "Gimbal".

Vivo X50/X50 Pro

Aku pasti, ramai di antara kalian yang masih asing dengan perkataan ini. Hal ini kerana, Vivo merupakan pelopor kepada teknologi  Gimbal ini.Apa itu teknologi Gimbal ? Teknologi Gimbal membantu menstabilkan video serta imej dalam apa juga pergerakan. Teknologi seperti ini snagat bagus untuk merakam detik-detik pergerakan yang memerlukan larian, menari dan juga berpusing. Aku percaya, ramai videographer di luar sana gembira dengan adanya teknologi gimbal ini pada peranti telefon pintar. Kini, mereka tidak perlu lagi mengusung stabilizer ke mana-mana untuk mendapatkan imej atau video yang dirakam dalam keadaan bergerak.

Vivo X50/X50 Pro

Vivo X50/X50 Pro

Bukan itu sahaja, kamera pada peranti ini dilengkapi dengan Big Eye Camera yang mengandungi 4 lensa berkualitikan 48MP untuk kamera utama, 8MP bagi kamera wide angle, 13MP untuk tangkapan portrait dan 8MP 5x telescope lens. Dengan kecanggihan ini, gambar yang terhasil sangat jelas dan terang biarpon mengambil gambar di waktu malam. Dengan bantuan Extreme Night Vision mode dan Starry Sky Mode, pengguna kini boleh mendapatkan gambar yang cantik di waktu malam. Bukan itu sahaja, Vivo X50 Pro dilengkapi dengan 5x TelescopeLens yang menyokong sehingga 60x Hyper Zoom. Satu ciri yang meletakkan Vivo X50 Pro di level yang lain.

Vivo X50/X50 Pro

Peranti Vivo ini ternyata bukan sahaja hebat dari segi teknologi, namun rekabentuknya juga sangat diberi perhatian bagi mengambil kira keselesaan pengguna untuk memegang dan menggunakan peranti ini. Rekabentuknya yang melengkok dan nipis, menjadikan peranti ini betul-betul muat dan selesa untuk pegangan tangan.
  • Vivo X50 : 7.55mm dengan berat 174.5g
  • Vivo X50 Pro : 8.04mm dengan berat 181.5g

Vivo X50/X50 Pro

Buat gamers di luar sana, anda boleh menjadikan peranti Vivo ini sebagai pilihan kerana ia menyokong permainan atas talian yang berkelajuan tinggi serta low latency. Berikut merupakan antara ciri-ciri yang ada pada peranti Vivo terbaru :
  • Cip Qualcomm Snapdragon 765G processor (Refresh rate pada kelajuan 90Hz)
  • Pengecasan pantas dengan 33W Flash Charge 2.0
  • 3D sound tracking (suara jelas merakam dalam keadaan jauh ataupun dekat)

Kedua-dua peranti ini didatangkan dengan 3 warna eksklusif dan memeri impak yang mewah dan bergaya :
  • Vivo X50 : Frost Blue dan Gloze Black
  • Vivo X50 Pro : Alpha Grey

Vivo X50/X50 Pro

Anda semua pasti terjua setelah membaca keistimewaan dan kecanggihan kedua-dua peranti terbaharu Vivo ini bukan ? Bagus, jadi jangan lepaskan peluang untuk mengetahui harga kedua-dua peranti ini yang bakal diumumkan pada tanggal 21 July 2020 di Facebook rasmi Vivo Malaysia. Sama-sama kita nantikan okay !


18 comments:

  1. Wah henfon baru Vivo. Cantik plak warna Alpha Grey tu. Harga pun not bad.

    ReplyDelete
  2. menariknya..warna pun cantik. terpegun tengok camera HP vivo ni. teringin plak nak beli satu.

    ReplyDelete
  3. Phone Vivo sentiasa ada model yang baharu. Hard fan phone sebegini akan menunggu-nunggu kemunculan phone baharu ini. Semoga ada yang membeeli nya hehe

    ReplyDelete
  4. Zharif mesti lebih teruja kan dapat hadiah lucky draw lagi walau pun bukannya telefon bimbit.. apa pun tak sabar nak tahu beapa harga Vivo X50 yg akan diumumkan pada 21 Julai nanti.

    ReplyDelete
  5. Makin hari makin canggih hp Vivo, kamera dia pun hebat...mula nak gak le beli satu Vivo, buat guna selpie, tapi tgggu yang ini keluar le baru decide..

    ReplyDelete
  6. This is indeed a new level of smartphone and a good option for those who want a photography-centric smartphone.

    ReplyDelete
  7. waaahh! hp skrg ni makin canggih.. tapi itulah, fungsi handphone lebih kepada kamera je skrg..huhu

    ReplyDelete
  8. Betul la tu. Vivo pelopor teknologi Gimbal. Mesti best kan keupayaan kamera dia kan. Adakah perlu Rawlins memilik sebuah juga?

    ReplyDelete
  9. Wow....... cantik lah phone terbaru ViVo nie. Sure hot nanti. Thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
  10. Sis antara yang paling happy baca ada teknologi gimbal tu. Yelah nak editing video kalau taknak bergegar sangat kenalah rekod statik. Eh lenguh lah..Vivo sangat memahami.

    ReplyDelete
  11. Pergh bgusla, ambil gambr atau video tak gegar.. Ni yang kita mahukan.. Ehhehe.. Semakin canghih sekarang vivo.. Banyak kelebihan dia..

    ReplyDelete
  12. Wow mmg phone mcm ni lah yang saya suka, design cantik, dan camera pun cantik! Yg lain2 saya xkisah sangat 😝

    ReplyDelete
  13. Wow banyak phone baru kebelankangan ni banyak phone baru, nanti nak check out this model also.

    ReplyDelete
  14. Memang menarik peranti pintar Vivo terbaru ni. Dapat pegang and godek2, memang spesifikasi yang hebat. Tapi dah beli phone baru dah. Tak sure bila nak tukar phone lgi. hehe

    ReplyDelete
  15. Tahniah Vivo. Makin rambang la mata sis nak buat pilihan kelak. Semua jenama best-best.

    ReplyDelete
  16. hebat kan spec phone ni..suak tengok...kalau dapat seketul ni..confirm kauliti video jadi lebih terbaik hehehe

    ReplyDelete
  17. Bestnyaaa banyak betul handphone2 terbaru yg keluar ye tapi yg ni juga best.. Boleh la usha nnt mmg kena tukar phone dah ni..

    ReplyDelete
  18. Wahhh.. vivo kuarkan fon baru
    Bestnyaaa.
    Pernah jadi pengguna vivo sebelum ni.
    Memang best..
    Sekarang beralih lain pulak.
    Heheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...