Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sejak kerajaan mula membenarkan pembukaan semula taman-taman tema negara setelah hampir 3 bulan lebih ditutup akibat pandemik Covid-19, banyak promosi sedang berlangsung sejak pembukaan semula taman-taman tema ini. Baru-baru ini aku dan rakan-rakan sempat berkunjung ke KL Bird Park. Ikuti butirannya !
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
Ini merupakan kali pertama aku ke KL Bird Park walaupun ia terletak di bandaraya Kuala Lumpur. Serious aku tak tahu pon kewujudan tempat ini sebelum ini sehinggalah kenalan aku bercerita mengenainya. Baru aku tahu, ada tempat yang penuh dengan kehijauan di tengah-tengah bandaraya KL ini. Taman Burung Kuala Lumpur merupakan sebuah taman tema yang menempatkan pelbagai jenis dan spesis burung. Bahkan KL Bird Park memegang jolokan sangkar burung terbang bebas terbesar di dunia tau. Ia berkeluasan 20.9 ekar. Sempena pembukaan semula KL Bird Park selepas kerajaan membenarkan taman tema beroperasi, mereka sedang mengadakan promosi untuk semua warga Malaysia sehingga hujung bulan Julai ini.
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
KL Bird Park atau Taman Burung Kuala Lumpur ini menempatkan lebih 200 jenis spesis burung. Lebih kurang 3000 ekor burung terdapat di Taman Burung Kuala Lumpur ini. Memang sarat dengan burung-burung berkicauan dan berterbangan sebaik sahaja pengunjung melangkah masuk ke dalam taman ini. Dan lebih menyeronokkan, burung-burung ini sangat mesra alam di mana mereka tidak takut dengan manusia. Tidak akan terbang sekiranya kita datang dekat. Jadi, bolehlah kalian bergambar bersama burung-burung di dalam taman ini.
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
Pelbagai spesis burung itu termasuklah burung enggang, burung nuri, burung merak, burung unta, flamingo, swan, burung kakak tua dan banyak lagi. Sangat menarik dan cantik-cantik burung-burung di sini. Setiap spesis burung di sini sangat unik dan ada tu memang kita tak pernah nampak atau sukar untuk dijumpa di luar. Bulunya berwarna-warni dan pelbagai bentuk dan corak. Sumpah cantik !
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
Burung-burung yang terdapat di sini bukan sahaja menempatkan burung-burung tempatan tapi burung-burung dari luar negara juga ditempatkan di sini. Jadi, tak perlu susah-susah untuk keluar negara, di KL Bird Park ada menempatkan burung-burung eksotik dari serata negara.
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
Oleh kerana taman burung ini sangat luas dan mempunyai beberapa bahagian, jadi pengunjung dinasihatkan memakai kasut yang bersesuaian dan selesa bagi memudahkan untuk meneroka tempat ini. Boleh tahan penat juga tawaf satu taman burung nie. Jadi pemilihan kasut yangs esuai sangat penting untuk elak daripada sakit kaki ya.
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
Sebaik sahaja pengumuman oleh pihak kerajaan yang membenarkan semula taman-taman tema negara dibuka semula, KL Bird Park mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pengunjung-pengunjung yang hadir, dan juga bagi mengelakkan burung-burung di sini berjangkit dengan penyakit-penyakit merbahaya. Oleh itu, pematuhan SOP yang ketat perlu diikuti setiap masa sepanjang berada di dalam taman burung ini.
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
Setiap sudut di Taman Burung nie diletakkan notis supaya pengunjung mematuhi setiap SOP yang digariskan yakni sentiasa mengekalkan jarak antara satu sama lain. Pihak KL Bird Park cuba semaksima mungkin untuk mengelakkan pengunjung daripada terdedah dengan risiko jangkitan. Jadi pengunjung tidak perlu risau untuk datang ke sini kerana ianya selamat dan terjaga. Walaubagaimanapun, ibu bapa perlu lebih peka dengan anak-anak yang mereka bawa supaya mereka juga mengikuti SOP yang ditetapkan.
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
Pengunjung boleh mengabadikan kenangan di sini dengan bergambar bersama burung-burung ini. Kesemua burung ini sangat jinak dan mesra. Bahkan ada yang boleh bercakap dan bertanyakan khabar. Sangat menghiburkan mendengar burung-burung di sini bertanya khabar.
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang untuk memberi makan pada burung-burung di sini. Makanan dibekalkan oleh pihak KL Bird Park dan pengunjung boleh membelinya dengan harga yang sangat murah. Seronok tau bagi burung-burung makan. Comel je gelagat mereka berebut-rebut untuk makan dan minum.
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
Ouh,kalau datang ke sini, jangan lupa untuk tengok tentatif program di papan kenyataan dan juga pamplet yang disediakan ya. Dari situ, kalian boleh bajet masa untuk melihat dan menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang hari KL Bird Park ini beroperasi. Antara salah satu aktiviti yang aku sempat tengok ialah pertunjukkan burung. Sangat menghiburkan melihat telatah burung-burung di sini. Sangat bijak dan sangat berbakat ya.
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
Penat juga ya satu hari meronda KL Bird Park nie. Tak apa, habis je jelajah taman burung nie, pengunjung sangat disarankan untuk menikmati hidangan-hidangan yang ada di Hornbill Restaurant & Cafe yang terletak di pintu keluar KL Bird Park. Serious cakap, makanan dekat sini sedap sangat ! Portion makanan yang besar dan harga dia pon berpatutan. Kalau sekadar datang untuk makan sahaja pon boleh tanpa perlu masuk KL Bird Park sebabnya restoran ini berada di luar taman burung ini. Memang ramailah orang luar datang hanya untuk makan di sini.
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
Jom pakat ramai-ramai datang ke KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur). Bersempena promosi pembukaan semula setelah sekian lama ditutup disebabkan PKP, KL Bird Park mengadakan promosi di mana harga tiket lebih murah berbanding biasa.
Butiran harga tiket KL Bird Park :
Dewasa (Warganegara): RM16
Warga emas dan kanak-kanak (Warganegara) : RM6
PROMOSI INI SAH SEHINGGA 31 JULY 2020
Inilah masanya untuk membawa keluarga tersayang berkunjung ke Taman Burung Kuala Lumpur setelah sekian lama terperuk di dalam rumah, pasti mereka bosan. Alang-alang sebelum sekolah mula beroperasi semula tu, bawalah mereka berjalan ke sini, asyik bawa masuk shopping mall je kan. Apakata cuba bawa mereka ke sini. Mesti dorang suka.
|
KL Bird Park (Taman Burung Kuala Lumpur) |
KL BIRD PARK (Taman Burung Kuala Lumpur)
920 Jalan Cenderawasih, Taman Tasik Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
Waktu operasi : Setiap hari (9AM-8PM)
Tel : 03- 22721010
Website : www.klbirdpark.com
Email : info@klbirdpark.com
Banyak spesis burung kat sini. Ada yang tau nama dalam bahasa Inggeris atau nama panggilan tapi bila baca nama kat papan tanda tu, nama dalam bahasa Malaysia ada yang tak pernah dengar pun. Memang ilmu baru untuk Qiss dan pendedahan dengan alam ni penting untuk anak-anak belajar tentang kehidupan burung. Nanti nak bawa sepupu lak ke sini.
ReplyDeleteseronok jugak tempat ni. boleh bawak budak-budak tengok pelbagai jenis burung. anak2 saya kecil2 lagi. mesti teruja. terima kasih atas cadangan tempat
ReplyDeletemenarik tempat ni kalau bawa anak-anak. Tempatnya luas dan banyak pepokok, jadi taklah panas sangat kan. Harga tiket plak ada promosi ya, bolehla ajak diorang ni jenjalan
ReplyDeleteDapat lah hilangkan bosan juga kan berjalan-jalan dekat sini. Yang penting sentiasa ikut SOP.
ReplyDeleteNampak betul muka tu nervous time bergambar reramai dengan burung tu. Takut ek? Hehehe
ReplyDeleteWaaa bestnyaaa, masuk taman burung ni best, suka akan bunyi-bunyian kicauan burung tu, kadang sampai jadi ajuk-ajuknya kita hahahaha..
ReplyDeleteBelum pernah pergi lagi, nanti nak gak le try masuk sini..
Wah bestnya.. saya pun tak pernah lagi ke birdpark ni.. ada kesempatan nanti saya ke sini
ReplyDeleteMemnag best dekat sini. Haritu bawak anak2 depa enjoy ye.. Memng luas lenguh juga kaki ni.. Hehehe..
ReplyDeleteBestnya tempat ni.. macam2 spesis burung ada.. bawa anak2 mesti diaorang semua excited
ReplyDeletewa so many types of birds there. a good place to bring the kids to. The tickets is so affordable now. great time to visit it with family
ReplyDeleteWah, dah lama xmasuk KL bird Park nie.. Dah buka skrg, boleh la AM bawa anak2 ke sini nanti. Menu di Hornbill pun nmpk menarik
ReplyDeleteWah best nyer go to KL Bird Park, i been there once tempat tu memang awesome.
ReplyDeleteBestnya jalan-jalan di KL Bird Park
ReplyDelete