Monday, July 6, 2020

Menyertai Alam Flora City Hunt 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Okay, kali nie aku nak throwback satu hunt yang aku turut serta pada tahun lepas. Yer, tak silap baca. TAHUN LEPAS. Baru berkesempatan untuk update hari nie. Walaupun benda nie dah lama, tapi nak simpan dalam blog buat kenangan di masa hadapan. Hihi.

Alam Flora City Hunt 2019

Alam Flora City Hunt 2019 telah berlangsung pada 17 November 2019. Kak Ruby yang pelawa untuk join dalam group dia. Satu kumpulan 4 orang ahli. Jadi untuk hunt kali nie, kumpulan aku terdiri daripada Kak Ruby, Marou, Zul dan aku. Semangat nak join hunt lagi sebab masa nie sebab kitorang baru menang masa join Miss Shopia Hunt. Tu yang rasa macam ada peluang lagi untuk menang hunt kali nie. Confident ke idakk ?

Nak join Alam Flora City Hunt nie sangat mudah ya. Tak perlu bayar apa-apa pon. Hanya sekadar menghantar barang-barang kitar semula seberat 20kg. Tak kesahlah barang apa sekalipon asalkan ia boleh dikitar semula. Jadi kitorang bajet setiap ahli bawa 5kg barang kitar semula. Masa kena hantar barang-barang kitar semula untuk ambil race kit, Marou dan Zul datang lambat. Jadinya aku dan Kak Ruby timbanglah barang kitar semula kitorang dahulu. Sekali timbang, barang aku dengan Kak Ruby je dah 21.8kg. Tak campur lagi barang kitar semula dari Marou dan Zul. Barang kitorang je dah lepas berat minimum. Hahahaha.

Alam Flora City Hunt 2019

Alam Flora City Hunt 2019

Sebaik sahaja menghantar barang-barang kitar semula, baru ahli kumpulan boleh collect race kit. Tak hantar barang kitar semula dikira tak menyertai pertandingan sebab nak collect race kit kena ada slip menghantar barang-barang kitar semula.

Alam Flora City Hunt 2019

Alam Flora City Hunt 2019

Seawal Subuh gajah kami semua dah berkumpul di Dataran DBKL. Masa nie jalan clear je yer. Tak ada orang langsung. Maklumlah, jam 5 pagi aku dah bertolak ke destinasi. Hari semakin cerah, semakin ramai berkumpul. Masa nie, banyak gila acara running dari pelbagai organisasi diadakan serentak. Memang penuh dengan manusia. Budak sekolah pon ramai tau. Tak faham kenapa tempat flag off semua sama dan larian mereka diadakan pada tarikh yang sama.

Alam Flora City Hunt 2019

Alam Flora City Hunt 2019

Untuk pengetahun korang semua, untuk acara hunt kali ini ada hadiah untuk kategori pakaian terbaik. Jadinya, banyaklah kumpulan menghiasi setiap ahli dengan pelbagai barang-barang kitar semula. Menarik-menarik pakaian dorang. Kitorang hias simple-simple je sebab tak berapa nak aim menang untuk kategori pakaian terbaik. Lebih kepada nak menang untuk kategori keseluruhan. Wahhh yakinnya kamu !

Sangat teruja ya untuk memulakan hunt nie. Sebaik sahaja wisel flag off ditiupkan, kami menerima tugasan yang pertama. Ada beberapa check point yang kami perlu pergi dan di setiap check point ada tugasan, soalan dan arahan yang kami perlu lakukan untuk mengumpul markah dan mendapatkan klu ke lokasi seterusnya. Boleh lihat contoh tugasan-tugasan yang kami kena lakukan di bawah :

Alam Flora City Hunt 2019

Alam Flora City Hunt 2019

Alam Flora City Hunt 2019

Setiap tugasan, kami kena post di sosial media. Setelah mendapatkan beberapa jumlah likes yang diperlukan, yakni sekurang-kurangnya 10 likes, barulah kami boleh mendapatkan klu untuk ke check point seterusnya. Mujurlah ahli kumpulan kami nie semua jenis yang famous amos, jadi setakat nak dapat 10 likes tu apalah sangat. Tibehhhhhh !

Okay sekarang aku nak sajikan gambar-gambar di sepanjang tugasan yang kami perlu buat di setiap check point.

Alam Flora City Hunt 2019

Alam Flora City Hunt 2019

Macam-macam tau tugasan kena buat dalam satu check point. Contoh tugasan untuk check point nie, kitorang kena tanam pokok. Lepastu ada tugasan tu, kitorang kena singgah ke mana-mana kedai makan untuk dapatkan 3 makanan daripada makanan-makanan yang disenaraikan. Tak kesahlah kedai makan mana sekalipon, asalkan kedai makan tu ada jual makanan yang disenaraikan, kena beli dan tapau masuk dalam mangkuk tingkat yang diberi. Nasib baik jumpa kedai makan yang jual semua makanan-makanan yang ada dalam senarai. Sebabnya masa nie pagi-pagi lagi kot, jadi tak banyak kedai makan buka lagi. Jumpa je, terus pilih tiga makanan dan bungkus dalam mangkuk tingkat.

Alam Flora City Hunt 2019


Alam Flora City Hunt 2019

Ada satu tugasan tu kitorang kena lukis tong kitar semula mengikut kreativiti masing-masing. Katanya tong sampah yang paling cantik akan dapat markah lebih. Buat simple-simple je pon tak apa sebenarnya, asalkan kriteria wajib yang perlu ada dekat poster tu kena ada. Ikutlah kreativiti masing-masing.

Yang kelakarnya kan, tong sampah nie kitorang kena usung sampai ke garisan penamat tau. Ya Allah, kau bayangkan jelah berlari ke check point seterusnya dengan tong sampah. Dah lah dari satu check point ke satu check point jauh-jauh. Mujurlah tong sampah nie jenis yang beroda. 

Alam Flora City Hunt 2019

Alam Flora City Hunt 2019

Ouh ya, lepastu ada satu tugasan nie kitorang kena buat persembahan depan panel tau. Kena menyanyi sambil menggunakan alat muzik yang diberikan. Lirik dan irama semua sudah diberikan, tinggal nyanyi je. Masalahnya kitorang semua nie bukan penyanyi. Suara semua kelaut dalam. Hahaha. Main alat muzik apatah lagi. Bedal sajalah labu. Nyanyilah macam mana hauk sekalipon. Asalkan selesaikan tugasan. 

Lepastu kena main roda impian. Sekali kena lompat katak pulak. Allahu dikk nonn. 

Alam Flora City Hunt 2019

Roda impian tu merupakan tugasan yang terakhir. Terus kami berlari ke garisan penamat sepantasnya, dengan harapan dapatlah menjadi top 3. Gigih ke idakk ? 

Ouh ya, sepanjang pertandingan nie, mana-mana tempat yang kami lalu dan terjumpa sampah, peserta digalakkan kutip dan letak dalam beg yang disediakan. Katanya boleh dapat markah tambahan sekiranya kita buat benda nie. Kami pon gigihlah kutip weyhh. Penuh jugaklah beg-beg tu.

Alam Flora City Hunt 2019

Alam Flora City Hunt 2019

Selain dapat medal, dapatlah juga sijil penyertaan. Kami tak menang pon, berjaya dapat nombor 5 daripada 20 kumpulan. Kalau tak silap 20 kumpulan kot. Aku pon tak ingat dah. Kira okaylah tu jadi top 5 kan. Masa nie nak tunggu panel kira markah, ya Allah lambat gila. Dahlah panas gila sebab matahari dah tegak atas kepala. Disuruhnya duduk bawah panas matahari semasa sesi penyampaiaan hadiah pulak. Sabor jelah. Hahahaha

Alam Flora City Hunt 2019

Pemenang untuk best dress nie kan merupakan kawan aku, yang juga merupakan tukang jahit baju raya aku. Hahahaha. Dia nie bab-bab maie memang nombor satu. Kreatif ! Aku mintak dia jahitkan baju pelik-pelik pon dia boleh buat. Tak sangka boleh jumpa dia dekat acara nie. Terkejut masa nampak dia pagi tu sebab tak tahu pon dia join jugak. Tak payah nak terkejut sangat kot, sebabnya kitorang berhubung pon cuma sekali setahun. Itupon sebab nak tempah baju raya je. Kalau bukan hari raya, memang tak berhubung langsung. Hahahaha

Alam Flora City Hunt 2019

Alam Flora City Hunt 2019

Itu sahajalah cerita dan pengalaman sepanjang menyertai Alam Flora City Hunt 2019 nie. Banyak benda aku belajar dari acara hunt nie. Dan aku rasa, aku perlu senaraikan beberapa points yang aku rasa team Alam Flora kena improve untuk acara hunt akan datang.

  • Extra mark untuk peserta seolah-olah tak diambil kira. Mereka kira markah utama sahaja. Dan biarpun ada markah extra, tetap tak dapat melawan markah utama. Seolah-olah langsung tidak membantu. Sebagai contoh, kreativiti lukisan poster di tong sampah. Juri langsung tak tengok tong sampah mana yang paling cantik. Nak kata dorang judge masa nak serahkan klu, macam mustahil. Sebabnya macam mana nak tahu tong sampah siapa paling cantik ? Kalau tahulah kreativiti lukis tong sampah tiada pengiraan, kitorang buat ala kadar je. Asalkan lepas kriteria yang kena ada. Tak perlu buang masa buat cantik-cantik.
  • Kutip sampah sepanjang menyertai acara ini. Katanya ada markah extra, tapi sedih. Apa pon xde. Gigih je kutip sampah dengan harapan dapat markah extra. Yer, tahu. Motif utama hunt nie tentang kebersihan dan kitar semula. Kena ikhlas. Tapi, kalau dah janji kata ada markah extra, kenalah buat. Jangan hanya sekadar janji.
  • Pengiraan markah yang SANGAT-SANGAT lambat. Aku rasa dorang sangat tidak sistematik dalam pengurusan kiraan markah nie. Tu pasal ambil masa begitu lama. Sepanjang hunt tu berlangsung, should be sorang tengok sama ada kumpulan tu dah selesaikan semua tugasan dan kriteria yang perlu ada. Contoh posting di social media beserta hashtag tu. Dahlah setiap tugasan kena post gambar. Kriteria gambar pulak, semua peserta ikut peraturan ke ? Ini pon menjadi tanda tanya. Once dah selesaikan tugasan, terus cek so that tak adalah nak kena kumpul sampai ke hujung baru nak cek, baru nak kira satu per satu. Setiap check point pon ada soalan-soalan yang kena jawab tau. Tunggu sampai ke pnghujung baru nak cek jawapan dan kira markah, memang lambatlah cerita dia.
  • Medal untuk hunt nie sangat sedih !!!!! Langsung tak kreatif. Bertemakan alam sekitar dan kitar semula. Buatlah medal yang kreatif dan melambangkan tema Alam Flora itu sendiri. Sebagai contoh, medal berbentuk tong sampah kitar semula ke atau pokok ke. Apa-apalah yang ada kena mengena. Korang lihat sahajalah medal yang peserta dapat nie, tak rasa meyhhhh k ? Macam asal buat dan asal ada medal. Hahaha

Alam Flora City Hunt 2019

Tapi tak ralat sangat pon sebabnya, literally join hunt nie tak perlu bayar apa-apa. Aku harap team Alam Flora dapat pertingkatkan dan perbaiki mana yang kurang bagi memastikan keadilan dan kelancaran acara di hunt yang akan datang. Apa-apa pon, gembira je dapat turut serta hunt nie. Aku memang suka acara ala-ala explorace macam nie. Bolehlah panggil lagi kalau ada acara sebegini ya. Nak jadikan aku ahli kumpulan sangatlah dialu-alukan. Tapi make sure ahli kumpulan jenis yang semangat dan berdaya saing sebab aku tak suka ahli yang lembik, lembab dan tak membantu.

Alam Flora City Hunt 2019

Alhamdulillah, team hunt untuk kali ini sangat-sangatlah bagus dan memberi kerjasama yang sangat baik. Terima kasih Kak Ruby, Marou dan Zulhelmi. Walaupon kita tak menang apa-apa, tapi enjoy dapat bekerjasama dengan kalian untuk hunt kali ini. Next time kalau ada lagi, boleh join.

No comments:

Post a Comment