Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nama Cyberjaya pasti sudah tidak asing lagi pada semua namun sekiranya bertanyakan soal makanan, pasti ramai tidak tahu atau tidak berapa cakna tempat makan best di Cyberjaya. Dalam benak fikiran semua pasti membayangkan tempat makan berkonsepkan barat, timur tengah dan juga fast food restaurants. Walhal sebenarnya banyak je kedai makan lokal yang sedap dan menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan di bumi Cyberjaya nie. Ikuti butirannya !
Restoran Sana Sini |
Baru-baru ini aku dan rakan-rakan berkesempatan mengunjungi Dpulze Shopping Centre, iaitu sebuah gedung membeli-belah yang cukup terkenal di Cyberjaya. Boleh dikatakan, pelbagai kedai-kedai menarik semuanya terdapat di dalam Dpulze nie. Kami sempat singgah makan di satu restoran tempatan yang terletak di tingkat LG, iaitu Restoran Sana Sini.
Restoran Sana Sini |
Ia merupakan sebuah restoran tempatan yang menyajikan pelbagai sajian atau menu tempatan dan juga menu-menu barat. Restoran ini agak mengejutkan kerana ruangnya agak luas ya jika nak dibandingkan dengan restoran-restoran lain yang terdapat dalam Dpulze nie. Bahkan siap menyediakan tempat permainan kanak-kanak lagi tau. Lebih menarik lagi, pengunjung yang datang bertandang makan di sini boleh menikmati salad, soup, ice cream dan popcorn secara percuma.
Restoran Sana Sini |
Untuk mereka yang berkeluarga besar, mempunyai anak kecil atau mereka-mereka yang hendak makan dalam kelompok yang besar, boleh jadikan Restoran Sana Sini sebagai lokasi untuk bersantap. Sangat sesuai dan boleh memuatkan sehingga 100 orang dalam satu masa. Tapi oleh kerana kita masih dalam fasa berjaga-jaga akibat pandemik Covid-19 ini, jadi bilangan pelanggan dalam satu masa haruslah dikurangkan mengikut SOP yang telah digariskan. Walaupun begitu, restoran ini tetap boleh memuatkan ramai orang.
Restoran Sana Sini |
Portion makanan di sini agak besar ya. Untuk mereka yang berselera kecil, mungkin akan mengambil sedikit masa untuk menghabiskan. Portion yang besar, bahan-bahan yang meriah dan rasanya juga tidak mengecewakan. Aku sempat mencuba 20 menu yang menjadi pilihan pengunjung-pengunjung di sini. Dan antara 20 menu tersebut, hidangan yang menjadi pilihan aku sudah semestinya Salted Egg Chicken Wing, King Prawn Kway Teow with Ginger and Egg dan juga Spaghetti Aglio Olio Seafood.
Restoran Sana Sini |
Restoran Sana Sini |
Secara keseluruhannya, semua makanan dekat sini rasa dia sangat memuaskan dan sedap. Sangat mengenyangkan dan harga dia pon berpatutan. Jadi kalau korang berpeluang berkunjung ke sini, jangan lupa singgah makan di Restoran Sana Sini okay. Lepasnie jangan pening-pening bila ditanya nak makan di mana dekat Cyberjaya nie.
Restoran Sana Sini |
RESTORAN SANA SINI, DPULZE SHOPPING CENTRE
LG 01, Dpulze Shopping Centre, Persiaran Multimedia, Cyber 12, Cyberjaya
Instagram : https://www.instagram.com/sanasinirestoran/
Semua nampak sedap beno laaaa...nasi 7 tu, tu kalau makan sorang, agak-agak boleh habis tak ek?
ReplyDeleteSis suka laa sebab dia banyak menu salted egg heheheh..
nice..... i like the name so much... i wanna try the nasi 7 so much!!!
ReplyDeleteKalau portion besar2 camni kena makan kongsi2 la hehehe. Semua makanan ampak sedap dan menyelerakan la. Macam2 pilihan ada .. Barat ada timur pon ada.
ReplyDeletekalau portion besar kena makan ramai-ramai baru syok. Kalau tak, bazir duit sebab tak habis haha
ReplyDeleteYummy!!!!!!! Nampak gaya nyer kita pun kena dine lah kat restaurant Sana Sini ini nanti. Dah byk sgt baca review pasal restaurant ini. Lagi pun dekat sahaja dgn rumah. Thank you for sharing ya.
ReplyDeletePerghhh.... Sedapnya tengok! Meriah sungguh.. Portion nya banyak tul, menarik ni boleh share share makan. Nanti nak bawak family laaa
ReplyDeletewahhh sedapnya menu-menu diaaaa....tgk gambar pn dh terliur dik oiii....boleh laa bawk family p sana nnti cuba menu dia....tq sharing..
ReplyDeleteLazat kan makanan dia - next time kita gather-gather sini lagi ye. Teringin nak makan lagi haha
ReplyDeleteYang paling menarik nasi 7 benua tu. :)
ReplyDeleteNampak sedap2 makanannya tu..lagi2 nasi 7 benua tu..da makin banyak restoran muncul dengan menu ni..tak payah jauh2 gi penang dah..hihi
ReplyDeleteSuka makanan kat sini. Sedap2 dan menarik... nanti nak repeat balik makan kat sini
ReplyDeletewah banyaknya food dia jamu. memang nampak sedap semuanya
ReplyDeletewah.. dalam restoran ni ada disediakan taman permainan kanak-kanak jugak? menariknya.. tengok pada menu pun memang menyelerakan
ReplyDeletemakanan dia semua mmg nampak sedap dan best. environment pun nampak selesa :)
ReplyDeleteMenunya nampak menarik... Nak cuba nasi 7 tu.. macam best pula..
ReplyDeleteWow semua hidangan nampak sedap sedap belaka, i like to try their noodles.
ReplyDelete