Tuesday, February 4, 2020

Platform Digital Tempatan Dilancarkan, Mr Mufe - My Lepak Buddy

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Perkembangan dunia digital memberi saingan sengit kepada pembina-pembina platform digital di luar sana untuk terus menghasilkan aplikasi digital yang berdaya saing, berguna dan bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat. Terkini, penggiat pemain media digital tempatan menghasilkan Mr Mufe - My Lepak Buddy. Apa benda Mr Mufe nie ?

Ikuti butirannya !


Peningkatan kelajuan akses internet, telah menyediakan pilihan kepada pengguna untuk mengakses kandungan digital pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Sebagai contoh Netflix, iflix, Amazon Prime, VIU, dan banyak lagi. Kesemua platform ini menggantikan media tradisional televisyen. Bahkan kini, banyak media televisyen menawarkan platform online streaming.

Menyedari peningkatan dan permintaan kandungan digital yang semakin meningkat tanpa sempadan ini, Malaya United Films & Entertainment Sdn. Bhd. tampil dengan sebuah platform online streaming terbaharu, Mr Mufe - My Lepak Buddy. Ia bakal beroperasi sepenuhnya di pasaran tempatan pada pertengahan tahun ini dengan memberikan tumpuan terhadap kandungan utama dalam Bahasa Malaysia dan hanya menawarkan kandungan-kandungan yang segar, tulen dan terbaharu sahaja.

Antaranya seperti :
  • Telefilem
  • Drama Bersiri
  • Filem Pendek
  • Filem Cereka
  • Program Realiti
  • Gameshow
  • Bual Bicara
  • Program Masakan
  • Program Kesihatan
  • Program Kecantikan


Bagi kandungan yang sudah sedia ada, ia lebih tertumpu kepada filem tempatan yang telah tamat tempoh tayangan di pawagam tetapi tidak punya platform lain untuk filem mereka ditayangkan. Sebahagian kandungan yang bakal dltawarkan adalah kandungan terbitan Malaya United Films Entertainment sendiri manakala sebahagian lagi adalah kandungan yang diperolehi hasil kerjasama dengan syarikat-syarikat produksi tempatan yang lain.

Platform ini juga akan turut memberi manfaat kepada pemain industri dan karyawan seni untuk terus berkarya menerusi produk seni mereka dan pada waktu yang sama menambah peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja seni tempatan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka. Malah, pemain industri dan karyawan seni juga memiliki hak ke atas harta intelek mereka sendiri biarpun memggunakan platform Mr Mufe - My Lepak Buddy untuk menayangkan kandungan program mereka.

Platform Mr Mufe - My Lepak Buddy ini juga tidak tertumpu hanya di Malaysia sahaja tetapi ia juga di beberapa negara lain. Namun, untuk fasa yang pertama, platform ini akan mula beroperasi di Malaysia, United Arab Emirates, Pakistan, Indonesia dan India secara serantak dan ia boleh ditonton secara PERCUMA. Hanya kandungan premium seperti filem cereka sahaja yang akan dikenakan bayaran USD0.99 sen untuk satu filem.


Untuk pengguna yang mahu menikmati kandungan dari negara lain seperti United Arab Emirates, Pakistan, Indonesia, dan India, hanya bayaran bulanan sebanyak USD2.99 akan dikenakan. Namun, sebagai perkenalan mesra, bagi tempoh enam bulan pertama Mr Mufe - My Lepak Buddy beroperasi, pengguna berpeluang untuk menikmati semua kandungan dari negara lain secara percuma tidak termasuk Filem Ceraka. Kandungan program Mr Mufe - My Lepak Buddy juga boleh dinikmati tanpa gangguan iklan. lni kerana iklan selama 30 saat hanya dipaparkan pada awal kandungan sahaja.

Harga iklan yang ditawarkan untuk pengiklan juga sangat murah iaitu sebanyak USD00.05 untuk tempoh masa 10 saat per slot. Bagi memastikan kandungan-kandungan program Mr Mufe - My Lepak Buddy tidak menjadi mangsa cetak rompak, Malaya United Films Entertainment memperkenalkan teknologl Blockchain baharu serta mewujudkan sistem CDN (Content Delivery Network) tersendiri serta Cloud Computing.


Pihak Malaya United Films Entertainment mengalu-alukan kerjasama daripada pihak industri kandungan dan karyawan seni tempatan. Peluang ini harus direbut bagi memastikan industri kreatif kita akan terus rancak dan bernafas di samping meningkatkan ekonomi penduduk dan negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mr Mufe - My Lepak Buddy, boleh ikuti butiran lanjut di pautan berikut,


16 comments:

  1. Dapat juga undangan untuk hadir ke majlis ini cuma tidak berkesempatan pergi. Bagus juga platform ini satu peluang untuk karyawan terus berkarya. Yurannya pun murah.. bolehla tonton sepanjang hari gitu haha..

    ReplyDelete
  2. Moga adanya platform ini akan memberi rezki yang lebih luas kepada penggiat seni tanah air dan menjadikan mereka lebih bermotivasi untuk menghasilkan karya yang lebih indah

    ReplyDelete
  3. Wow.. Platform baru... Nanti nak try.. Klu best, boleh lepak lama2 dengan Mr Mufe..jom Support industri tempatan.. Good job dude.. ����

    ReplyDelete
  4. Woww hebatnye. Tahniah launching platform ni. Dapat membantu jugak para karyawan berkarya dan menambah pendapatan

    ReplyDelete
  5. pergh terbaikla..ada tempat lepak terbaru ni..ade cerita, ade program..semua tu pulak yang tak membosankan..agak2 bosan boleh buka mr mufe ni..

    ReplyDelete
  6. Ini mcm youtube ke? Atau platform utk koleksi cerita melayu?

    ReplyDelete
  7. Bagus ada platform macam ni. I wish can create something like this for all genuine online writers too.

    ReplyDelete
  8. This is an awesome news. Bagus ada local platform macam ini. Boleh la lepak sana.

    ReplyDelete
  9. bolelah try nie..platform hasil kerja anak tempatan..ada promosi untuk 6 bulan pertama lagi..best2

    ReplyDelete
  10. okay, tak sabar nak download. bolehlah layan movie2 tu sampai pengsan haha :)

    ReplyDelete
  11. Wah... Menarik! Rancangan, program yang ada dalamnya kita suka laaa.. Congrats! Satu platform yang seiring teknologi masakini

    ReplyDelete
  12. Menarik kan apps ni. Kita boleh bagaimana syrk tempatan juga boleh pergi.lebih jauh

    ReplyDelete
  13. Bagus ada platform mcm ni, moga ada rezeki buat pengiat seni kita utk terus berkarya..harap lebih berkualiti bila dah ada platform ni. Kita pun seronok le nanti nak menonton dirumah

    ReplyDelete
  14. Miss Cindy, there is a whole channel (Folder) by the name Blogger's Corner for Visual Bloggers. The online writers can come to our Studio to read their own Articles in front of camera or lebih kurang someone will read for them

    Thank you Zharif Azis for beautiful write up.

    Kindly correct the official Social Links as follows:

    Instagram : https://www.instagram.com/MufeWorld

    Facebook : https://www.facebook.com/MufeWorld

    Twitter : https://www.twitter.com/MufeWorld

    Thank you

    ReplyDelete

  15. Kindly correct the official Social Links as follows:

    Instagram : https://www.instagram.com/MufeWorld

    Facebook : https://www.facebook.com/MufeWorld

    Twitter : https://www.twitter.com/MufeWorld

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah tahniah. boleh lah jadi platform untuk mereka yang fokus bidang ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...