Thursday, August 1, 2019

Berjumpa & Bergambar Dengan Siti Nurhaliza Buat Kali Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau korang mengikuti kehidupan aku dan mengenali aku, korang pasti tahu yang aku nie sangat meminati Dato' Sri Siti Nurhaliza. Aku meminati beliau sejak aku mula mengenal apa itu muzik, penyanyi dan dunia hiburan. Dari aku kecil sehinggalah sekarang, aku mengikuti perkembangan beliau. Cuma sekarang tidak sefanatik dahulu. Sekarang fanatik aku masih terkawal. Kalau dulu, toksah cakap. Ibarat cubit peha Tokti, peha aku terasa sakitnya. Gituhh !


Perasaan fanatik ini hanya wujud untuk Tokti sahaja. Aku tidak ada perasaan sesuka ini pada artis yang lain. Kalau jumpa artis lain, rasa biasa-biasa je. Tak dapat bergambar pon tak apa. Tapi dengan Tokti, perasaan tu lain. Rasa nak berjurai air mata nampak Tokti buat kali pertama iaitu sewaktu aku menghadiri ulangtahun Jakel pada 31 January 2019 yang lalu. Boleh rujuk entri tu dekat SINI.


Waktu tu memang menangis lah cerita dia. Rasa sebak dapat melihat Tokti buat kali pertama. Bayangkan ya, artis yang selama ini ko puja-puja, ko hafal KESEMUA lagunya, berada depan mata kau. Rasa tak percaya, terkejut, dan gembira teramat sangat.

Ketika aku hadir event tersebut, aku tidak dimaklumkan akan kedatangan Dato' Sri Siti Nurhaliza. Yang aku tahu aku hanya datang situ untuk sama-sama memeriahkan majlis ulangtahun Jakel sahaja. Tuptup masa perarakan masuk, emcee mengumumkan VIP-VIP kehormat masuk ke dewan, nama Tokti disebut !!! Ya Allah berair air mata jantan nie nokkk. 


Gembira dia tidak terungkap rasanya. Tiada perkataan yang boleh gambarkan perasaan aku ketika itu. Tapi ketika event tersebut, aku tidak dapat bergambar bersama beliau, sebabnya ramai orang dan agak segan untuk minta bergambar dan rasa tak manis pulak ajak bergambar sewaktu beliau di meja makan VIP. Event tersebut lebih kurang macam event makan malam. Jadi tak manis nak ajak beliau bergambar. Tak apa, aku pendam sahaja, dapat tengok Tokti secara dekat pon dah gembira. Yer, sangat dekat ya, lebih kurang 2-5 langkah sahaja. 


Baru-baru ini barulah impian aku jadi kenyataan sebab aku dapat bergambar bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza di event Shopee. Boleh baca di SINI untuk event Shopee tu. Ya Allah sangat gemuruh ya nak bergambar bersama. Muka asyik tak bagi kerjasama, Tangan menggigil. Aduhaiii. 


Alhamdulillah sangat di atas peluang ini. Bersyukur dapat jadi media/blogger untuk cover event. Dapatlah aku bertemu dengan artis kesayanganku secara dekat pada event tertutup seperti ini. Berblogging nie banyak memberikan aku pengalaman manis, peluang dan rezeki yang tidak aku sangka-sangka. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Terima kasih buat mereka-mereka yang pernah bekerjasama dengan blog Jejakakaula, PR-PR yang dikasihi, rakan-rakan blogger yang banyak bagi job pada aku. Terima kasih sangat-sangat. You know who you are. Hanya Allah yang boleh balas jasa kalian. Terima kasih sangat-sangat. Semoga tidak serik untuk bekerjasama lagi.

Ucapan macam menang anugerah, padahal dapat jumpa dan bergambar dengan Tokti je pon 😂


Tarikh pertama kali berjumpa : 31 January 2019 di event JAKEL
Tarikh pertama kali bergambar bersama : 29 July 2019 di event SHOPEE
.
Akhirnya berjumpa dan dapat bergambar bersama juga setelah 26 tahun hidup atas muka bumi ini. Gembira sangat !

1 comment:

  1. Wah!! bestnya dapat bergambar dan jumpa dgn tokti..She is my inspiration too!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...