Tuesday, July 9, 2019

TFP Group Berkolaborasi Bersama Tune Talk Melancarkan Platform E-wallet Terbaru, OneCALL

Assalamualaikum dan salam sejahtera

OneCALL mobile fintech product merupakan satu platform e-wallet terbaru hasil kolaborasi antara TFP Group dan juga Tune Talk. Gabungan kedua-dua syarikat gergasi ini bakal mewarnai dunia tanpa tunai yang kini semakin mendapat tempat di seluruh dunia. Ikuti butirannya !


Walaupun dunia tanpa tunai ini masih lagi dikira baharu di Malaysia, namun aplikasi yang menawarkan perkhidmatan ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Melihat potensinya yang besar, TFP Group mengorak langkah mencipta aplikasi e-wallet nya sendiri hasil kerjasama bersama Tune Talk.


OneCALL merupakan aplikasi yang bakal dilancarkan tak lama lagi. Mensasarkan golongan yang tidak mempunyai akaun bank, adalah satu tindakan yang aku kira bijak kerana mengikut anggaran yang mereka buat, sebanyak 8% dari 24 juta rakyat Malaysia tidak mempunyai akaun bank. Tambahan lagi, sebanyak 66% pekerja asing juga tidak memiliki kemudahan perbankan di Malaysia ini. Seperti yang kita sudah sedia maklum, terdapat ramai warga asing yang mencari rezeki di negara kita, ini termasuklah warga asing daripada Bangladesh, Indonesia, Nepal dan banyak lagi.

Transaksi pembayaran yang tidak melibatkan saluran perbankan sebanyak RM20 billion telah dianggarkan di negara kita. Oleh itu, aplikasi e-wallet OneCALL ini dijangka menjadi satu kejayaan besar. Terdapat banyak feature lain yang boleh dilakukan oleh aplikasi OneCALL ini, antaranya termasuklah menjadi mesin ATM secara maya, membayar bill dan juga terlibat secara langsung dalam program keusahawanan B40.


Untuk mereka yang menggunakan aplikasi OneCALL juga akan menikmati perkhidmatan yang ditawarkan oleh Tune Talk seperti plan internet, sms dan kelebihan-kelebihan lain seperti Tune Talk Big Points, tebusan tiket penerbangan dan promosi pelancongan bersama Air Asia. Kesemua ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan, jadi boleh teroka lagi nanti benda nie.


Menurut CEO TFP Group, Abdul Latib Bin Tokimin, syarikat-syarikat yang bergantung kepada warga kerja asing seperti industri pertanian, pembinaan, perlombongan, pembuatan dan restoran-restoran boleh bekerjsama dengan jabatan sumber manusia yang mana skim penggajian pekerja asing ini dimasukkan melaluit e-Wallet aplikasi OneCALL.

Bukan itu sahaja, TFP juga mensasarkan perkhidmatan e-wallet OneCALL ini ke sistem-sistem pengurusan di kesemua institusi pendidikan yang mana para pelajar boleh mendapat kelebihan melalui pembelian di dalam kampus tanpa tunai. Sangat menarik bukan ?


Sama-sama kita nantikan aplikasi OneCALL ini dilancarkan nanti ya. Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman sesawang

OneCALL : http://onecall.my/
TFP Group : http://tfp.com.my

17 comments:

  1. Tadi baca pay wechat. Ni e wallet plak. Segalanya mudah dengan teknologi. Tak perlu bawa tyiunai semasa urusan pembelian. Setakat ni pandai guna bigpay, online banking dan kad debit je. Kena dapatkan yang baru la sebab kita ke arah yang lebih maju

    ReplyDelete
  2. Jadi, one call tu apps kepada pengguna kad sim tune talk eh? macam akak punya digi, ada apps redeem reward dari telco tu eh? cuma ada penambahan e-wallet utk beli barang la eh. soon mesti ada banyak merchant join kan. bestnya!!

    ReplyDelete
  3. Tak sangka ramai juga yang tak ada akaun bank dan masih selesa dengan pembayaranbil ke pejabat pos daripada atas talian. Time consuming kot nak beratur bagai. Sekarang memang masing2 cashless, bnyk aplikasi e-wallet dah muncul. This one berbeza sebab target foreigner yg susah nak buka akaun bank.

    ReplyDelete
  4. Another e-allet feature is coming. Kalini Onecall pula eh. Best jugak dia kerjasama dengan Air Asia hehe, kalau dapat tebus ticket Air Asia tu memang berbaloi. Btw baru perasan tak follow Zharif ahahha, Nad follow sini #1284

    ReplyDelete
  5. Nampaknya e-wallet semakin meluas di Malaysia. akan tetapi security kena 100% kerana takut setiap program sebegini ada bug @ error.. hehe. No system is safe..

    ReplyDelete
  6. Wah menarik ni. tak sabar nak tunggu, dengar kata diorang pun akan ada sim kad nanti. mesti menarik giler kan produk ni.

    ReplyDelete
  7. Sekarng ni dah macam2 kemudahan untuk menyenangkan pengguna. Pilihan di tangan kita nak pilih mana yang terbaik dan menyenangkan kita. Nak tunggu gak OneCall ni, tengok ok ke idok..:D

    ReplyDelete
  8. First time ni dengar e wallet untuk orang yang tak ada akaun bank. Apps e wallet ni makin banyak dekat Malaysia kan. Tapi salah satu kebaikan banyak pilihan e wallet ni, kite boleh pilih mana yang sesuai dengan kita dna mana yang boleh bawak lebih benefit untuk kita kan

    ReplyDelete
  9. Makin senang la nak berurusan dengan OneCall ye - seperti tagline dia, OneCall SettleAll. Setakat ni hanta TuneTalk ek? Telco lain belum lagi ke?

    ReplyDelete
  10. Wahhh... dah semakin banyak digital wallet dekat Malaysia ni. Senanglah semua orang cashless sekarang. I pun jenis sentiasa cashless, kalau ada yang datang minta sedekah selalunya tak ada duit nak bagi. LOL... Tapi nampak maca menarik la Tune talk punya offer ni. I mmg nak cari no lagi satu untuk kerja, mungkin boleh cuba pakai tune talk ni kot.

    ReplyDelete
  11. Maakin banyak kan aplikasi e-wallet sekarang ni. Tapi serius mudah kalau cashless ni sebab macam sis kengkadang rushing sampai tak sempat nak pi cucuk duit.. Tapi OneCALL ni memang untuk mereka yang takde akaun bank sahaja or macam kita ni pun boleh guna??

    ReplyDelete
  12. banyak betul aplikasi sekarang yang guna ewallet kan, bagus juga tak perlu nak bawa cash ke sana sini. dan semuanya cashless kan. memang mudah

    ReplyDelete
  13. Too many e-wallet app recently! But is a good effort that we can easily go out at ease without wallet and cash! Will check this out!

    ReplyDelete
  14. Majunya sekarang ni kan. Nak buat pembayaran tanpa ada akaun
    bank pun boleh ye.
    Tak pernah lagi guna apps e-wallet.
    Walaupun sekarang banyak kemudahan dah menggunakan apps ni.
    Nampaknya kena belajar lagi ni tentang e-wallet.
    Kalau tak ketinggalan jauh ni.

    ReplyDelete
  15. Semakin maju dan pelbagai kemudahan utk org ramai, npknya akan dtg org2 Tua kena blj cara ni.. haaap0

    ReplyDelete
  16. Wow another ewallet in the market, well nowadays it's good that consumers has many choices.

    ReplyDelete
  17. Banyak sgt pulak e-wallet skrg ni. Mmg memudahkan sbb xyah bawak cash. Just kalau dapat transfer inter-e-wallet ni lagi best. Takde la kena topup kat semua e-wallet pastu balance x guna-guna huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...